Tarikh Pembelian No Pin UPU 2016 (UNIK ID). Nombor BSN!


Tarikh Beli No Pin UPU 2016. Nombor UNIK ID dari BSN untuk Politeknik, Matrikulasi, Politeknik, UiTM.

no pin

Tarikh pembelian no pin BSN atau nombor unik ID dan tidak lupa juga boleh juga digunakan untuk permohonan dan kemasukan ke UPU, Politeknik, Matrikulasi, UiTM sudah dibuka sekarang di cawangan Bank Simpanan Nasional BSN yang berhampiran dengan anda.

Berdasakan semakan Berita Semasa pada portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon lepasan SPM dan STPM yang mahu hantar permohonan UPU boleh mulakan pembelian  No Pin UPU (UNIK ID) bermula 18 Januari 2016 ini.

Tarikh tutup pembelian no pin UPU 2016 akan ditutup pada pukul 4 petang 4 April 2016.

Untuk makluman anda semua, pembelian no pin UPU bukan sahaja akan merangkumi IPTA semata, tetapi juga untuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi permohonan secara online sesi akademik 2016/ 2017. Jelas?

Cara Pembelian No PIN BSN (Unik ID) Kemasukan UPU 2016

  1. Masukkan No PIN
  2. Pilih Urusan “Beli PIN”
  3. Pilih Jenis Permohonan.Contohnya Permohonan IPTA.
  4. Pilih Jenis Program IPTA : Contoh Lepasan “SPM”
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pelajar/My Kad. “YA” untuk meneruskan urusan “TIDAK” untuk memasukkan semula no kad pengenalan jika salah
  6. Semak Maklumat Pembelian Nombor PIN UPU. “SETUJU” untuk meneruskan urusan “BATAL” untuk membatalkan urusan.
  7. Resit Dicetak, Urusan Selesai. Contoh Resit:

Lagi Makluman Mengenai No Pin BSN

Pastikan anda memilih kategori yang betul tanpa sebarang kesilapan. Dan jangan biarkan hilang. Simpan dengan cermat.

Pemohon boleh membeli no. unik id/no. pin di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) dan pemegang kad GIRO boleh membeli terus di
mesin ATM atau secara SMS banking apabila permohonan kemasukan ke
IPTA/Politeknik/ILKA telah dibuka untuk capaian ketika ini.
a) Kategori A (Bermula dengan RM
10.60) merangkumi Lepasan SPM/Setaraf,
Lepasan SKM, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti,
Lepasan Sijil ILKA.
 b) Kategori B (bermula dengan RM15.60) beli nombor PIN (UNIK
ID) :
Merangkumi Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi
Undang-undang, Lepasan STAM, Lepasan Diploma/Setaraf, Asasi UiTM dan
Asasi UM
KLIKJadual Tarikh dan Caj pembelian Nombor PIN BSN
KLIKPermohonan UPU dan Semakan UPU

Contoh paparan di mesin ATM boleh anda semak gambar di bawah ini :

upu pembelian second intake

{ 14 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }
  • Syuhadah Jan 9, 2014, 10:53 pm

    Bila tarikh nak beli nombor pin upu untuk lepasan spm 2014 ?

  • Anonymous Jan 13, 2014, 12:46 pm

    No pin id yang dibeli pada bulan oktober 2013 boleh digunakan lagi ke untuk permohonan 2014

  • one Jan 13, 2014, 12:46 pm

    No pin id yang dibeli pada bulan oktober 2013 boleh digunakan lagi ke untuk permohonan 2014

  • Fadzilah Binti Abdul Rasit Feb 5, 2014, 10:15 pm

    Tarikh pembelian pin upu itu memang 1 hari ?

  • danial haikal Feb 17, 2014, 7:17 pm

    macam mana kalau salah tulis nama? tapi ic betul. contoh: muhammad danial bin rosli. tapi nama ic muhammad danial haikal bin rosli. macam mana tu?

  • Mohd Husaini bin Saidi Feb 20, 2014, 9:44 am

    Kenapa la tidak diwujudkan secara online? Zaman dah berubah, masih kena beratur di kaunter BSN ke? Nak buat ikut kad BSN tu bagi sape yang ade kad sahaja.

  • nor saadah Mar 1, 2014, 9:58 pm

    no pin politeknik bila boleh pohon?

  • Anonymous Mar 19, 2014, 2:41 am

    nak isi cam manaa permohonan ni

  • nasir Mar 21, 2014, 8:28 pm

    Klau lps ambil keputusan spm blh beli lagi ke no pin

  • eira Apr 4, 2014, 4:31 pm

    Beli kat atm bsn je ke ? Kat atm lain tak boleh ?

  • neshanti May 5, 2014, 5:55 pm

    bila boleh beli pin lagi??terlepas tarikh awal

  • izzati Jan 21, 2015, 8:26 am

    untuk urusan beli pin boleh ke guna ATM card ibubapa atau kena ATM card pemohon sendiri

  • niesa Mar 18, 2015, 3:33 pm

    No pin kalau hilang..boleh semak online ke?

  • Fin Feb 2, 2016, 1:59 pm

    Kalau tak ada kad bank boleh ke beli no unik pin upu tu ?

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini