≡ Menu

Surat Cikgu Jay Kassim Guru MRSM : Tegur Najib dan Kabinet


Surat Cikgu Jay Kassim Guru MRSM yang dilaporkan bersama oleh mypt3 : Tegur PM Najib Razak dan Kabinet Gagal Urus Ekonomi dan Kewangan Malaysia

Banyak berita-berita yang kurang enak yang kita dengar melibatkan ekonomi negara hari ini.

cikgu jay kassim

Satu demi satu bebanan dicampakkan ke atas rakyat Malaysia yang sedang menampung lonjakan kos sara hidup di Malaysia yang terus melambung tinggi.

Melihatkan sahaja cukai GST Malaysia 6 peratus rakyat sudah tidak lalu menghadapinya, tidak seindah seperti syurga yang diceritakan oleh jurucakap NO.1 GSt Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan, betapa baik dan sangat bagusnya GST kepada rakyat Malaysia.

Suka atau tidak, rakyat Malaysia baik tua, miskin, lelaki, perempuan, bekerjaya, pelajar sekolah, penganggur semuanya terpaksa terus melaksanakan tanggungjawab kepada kerajaan bagi menambah dan memenuhkan kantung kerajaan Malaysia.

Terbaru, kenaikan harga minyak bulan Julai terus menjadi berita wajib yang perlu diterima rakyat Malaysia. Naik sahaja memanjang. Rakyat Malaysia bukannya tidak pernah pergi ke UK. Di sana, harga minyak turun naik setiap hari, tetapi bezanya sistem di sana sangat telus. Apabila harga minyak dunia turun, harga minyak yang dijual kepada rakyat UK juga turun. Begitulah juga sebaliknya.

Malangnya, harga minyak di Malaysia tetap naik walaupun harga minyak dunia turun. Pengiraan apakah yang digunapakai kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia?

Nah…..terbaru Cikgu Jay Kassim telah tampil berkongsi dan meluahkan isi pendapat melihatkan apa yang berlaku pada hari ini. Cikgu Jay Kassim begitu kesal apabila Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan bersama barisan kabinetnya dilihat terus gagal menguruskan hal ekonomi dan pengurusan kewangan negara.

Surat Cikgu Jay Kassim Cikgu MRSM : Tegur Najib Razak dan Kabinet Diedahkan

Malah…..aduan, surat dan luahan hati Cikgu Jay Kassim seperti di bawah ini disokong oleh orang ramai yang semakin muak dengan cara Datuk Seri Najib Razak menguruskan negara. Anda boleh semak gambar-gambar yang dikongsikan di bawah ini yang ada menyentuh isu :

  1. GST tidak menolong orang miskin
  2. Dengan kenaikan harga minyak Julai, ia merupakan satu lagi bebanan tambahan kepada rakyat Malaysia
  3. Kerajaan Malaysia sepatutnya utamakan nasib dan masalah rakyat sendiri
  4. Cikgu Jay Kassim berharap kerajaan menjadi jaguh kepada rakyat Malaysia, bukannya penindas rakyat marhaen

Berita Semasa difahamkan Cikgu Jay Kassim merupakan seorang guru di sebuah Maktab Rendah Sains Mara MRSM.

Di pihak Berita Semasa, kami ucapkan tahniah kepada Cikgu Yay Kassim. Malaysia memerlukan lebih ramai rakyat Malaysia umumnya dan kakitangan awam yang berani seperti ini dalam melontarkan pendapat.

Bagi Berita Semasa sendiri, sebenarnya Cikgu Jay Kassim bukanlah “lawan tauke” pun, cuma beliau tampil berani yang tidak ramai mampu lakukan sepertinya meluahkan masalah rakyat Malaysia yang terbeban angkara kos sara hidup di Malaysia semakin melonjak tinggi sekarang.

P/S : What a brave letter from a government servant! Secara realitinya jarang-jarang sekali Malaysia akan berjumpa penjawat awam seperti ini kerana……….tetapi cikgu Jay Kassim cukup berani. Tahniah!

PP/S : Diharapkan Cikgu Jay Kassim tidak dihantar ke sekolah pedalaman selepas ini. Insyaallah.