≡ Menu

SSPN PTPTN : Banyak Kelebihan dan Keistimewaan


SSPN PTPTN. Banyak Kelebihan dan Keistimewaan

Mungkin melihatkan kepada kadar pembayaran semula dikalangan bekas-bekas peminjam mereka yang cukup liat untuk bayar semula pinjaman mereka melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, supaya dana mencukup untuk terus menyumbang dana kepada peminjam pada masa akan datang.

sspn ptptn

Akhirnya bermula pada tahun 2012 PTPTN telah keluarkan satu mekanisme baru untuk siapa-siapa yang mahu buat permohonan pinjaman PTPTN.

PTPTN telah mewajibkan kepada anda semua-semua yang berminat untuk membuat PTPTN loan, perlu ada akaun SSPN PTPTN samada anda buka melalui bank Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat, RHB Bank ataupun Maybank.

Ini semua dilakukan supaya kalangan yang mahu sambung ke pengajian tinggi mempunyai simpanan SSPN PTPTN.

Yang menariknya ia adalah patuh syariah di mana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang akan menguruskan simpanan anda untuk tujuan pelaburan di masa akan datang.

Senarai Kelebihan Yang Ditawarkan

Ada keistimewaan lain yang akan anda perolehi selagi anda ada akaun SSPN PTPTN ini termasuklah :

  1. Dapat pelepasan cukai pendapatan kepada
  2. Kadar dividen tahunan yang menarik
  3. Semestinya simpanan anda akan dijamin oleh kerajaan Malaysia
  4. Perlindungan takaful akan ditawarkan kepada anda secara percuma dengan syarat simpanan terkumpul mestilah melebihi RM1 ribu

Cara Mudah Untuk Bukan Akaun SSPN PTPTN

Mudah sahaja

1. Pergi mana-mana cawangan bank terpilih yang berdekatan
2. Daftar akaun dengan simpanan minima sebanyak RM20
3. Hanya perlu isi nobor kad pengenalan pada borang permohonan
4. Tiada dokumen yang perlu di bawa bersama

Itu sahaja

P/S : Tidak semestinya yang mahu mohon pinjaman pendidikan, perlu buka akaun ini tetapi sesiapa sahaja yang mahu menikmati pelbagai faedah yang bakal diterima dipelawa untuk juga buka akaun ini