SPR Malaysia. PRU 14 Bukan 13 Oktober 2017 Tapi Februari 2018
Suka atau tidak, bersedia atau tidak tarikh pilihanraya sudah tidak lama. Mungkin bulan Oktober, mungkin bulan November, mungkin bulan Disember 2017.

Tetapi ramai pemerhati dan penganalisis politik termasuk laporan portal mypt3.com menjangkakan yang Pilihanraya Umum oleh SPR Malaysia akan diadakan tahun ini juga selepas pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana penganalisis politik merasakan keselamatan politik UMNO Barisan nasional semakin tergugat selepas berlakunya kepastian gabungan antara pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sehinggalah terlahirnya secara rasmi Pakatan Harapan.
Tiba-tiba, politik Malaysia dikejutkan dengan satu video yang tersebar luas yang menunjukkan kononnya Pilihanraya Umum 14 akan diadakan pada 13 Oktober 2017. Rupa-rupanya ia hanyalah video yang memperlihatkan latihan simulasi melibatkan kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Simulasi tersebut dikatakan memilih tarikh pilihanraya 13 Okober 2017 sebagai contoh sahaja.
Semakan SPR Malaysia juga telah tampil menafikan penyebaran info dan video tersebut yang mengatakan Pilihanraya UMUM akan didakan pada tarikh tersebut. Sekali lagi apa yang terpapar di dalam video tersebut hanyalah contoh semata-mata.
Video Penafian Tarikh Pilihanraya oleh SPR Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=1Gp3o5d8g64
Walaubagaimanapun berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan berita Sin Chew besar kemungkinan akan diadakan selepas sahaja sambutan Tahun Baru Cina. ini.