Pada dasarnya, SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sistem SPPBS guru ini dibangunkan secara online digunakan kalangan guru Malaysia bagi memudahkan kemaskini serta memasukkan data prestasi murid berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. SPPBS online guru adalah bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
Komponen SPPBS guru terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
- Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP)
- Manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Kemudahan SPPBS Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Online
- Untuk kajian dan perbandingan prestasi, statistik juga disediakan dalam SPPBS online ini bagi mempermudahkan proses menambahbaik prestasi untuk akan datang dalam apa jua termasuk prestasi gred ataupun prestasi matapelajaran semasa.
- Pendek kata dalam SPPBS online ini, segala berkaitan maklumat diri, termasuk kelas semasa atau sebelum ini termasuk juga sejarah prestasi seorang pelajar/murid dapat disimpan untuk rujukan serta di cetak apabila ia sempurna untuk masa depan nanti melalui SPPBS.
- Apa sahaja bekenaan peperiksaan serta pentaksiran peperiksaan boleh terus diakses oleh setiusaha peperiksaan, guru matapelajaran, JPN, PPD termasuk hal-hal berkaitan pendaftaran matapelajaran serta prestasi murid tersebut boleh disemak melalui SPPBS online
- Sistem SPPBS ini adalah sistem berpusat bagi memudahkan urusan pentaksiran pelajar dan kemaskini dan memasukkan data prestasi pelajar yang mana ia boleh diakses secara online dan lebih sistematik.
Akses SPPBS Guru Online Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
- SPPBS Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah : sppbs.moe.gov.my/sppbs
- SPPBS Sekolah Rendah
- SPPBS Sekolah Menengah
Problem SPPBS Online Beri Masalah Kepada Guru?
Walaupun tujuannya adalah baik dan bermatlamat memberikan kemudahan, tetapi disebabkan sistem SPPBS guru ini merupakan sistem yang agak baru oleh sebab itu sistem SPPBS online ini masih mempunyai kelemahan yang kadangkala mengalami masalah untuk diakses.
Ia mungkin disebabkan banyak data yang dimasukkan serta kadangkala ia mengalami masalah akses.
Namun demikian, penambahbaikan harap terus dilaksanakan supaya masalah akses sistem SPPBS guru secara online tidak terus berpanjangan…