≡ Menu

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan 2017

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan 2017

Kepada calon yang menduduki dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan SPMU 2017.

spm ulangan

Peperiksaan ulangan SPMU akan dijadualkan berlangsung dari 13 sehingga 16 Jun 2016 yang melibatkan Bahasa Melayu, Matematik, dan Sejarah iaitu tidak melebihi dari 3 kertas subjek diambil.

Bagi calon persendirian yang berminat daftar peperiksaan SPM Ulangan SPMU, anda boleh mula lakukan pendaftaran dari 1 Mac hingga 31 Mac 2017.

Nota dan Informasi Peperiksaan SPM Ulangan SPMU

  • Bagi mata pelajaran yang sudah didaftar, calon adalah wajib menduduki semua kertas peperiksaan tersebut.
  • Kedatangan TIDAK HADIR akan diberikan bagi mata pelajaran berkenaan sekiranya calon tidak dapat menghadiri dan menduduki mana-mana kertas peperiksaan ulangan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khususnya bagi calon persendirian.
  • Butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan haruslah disemak sebelum ulangan peperiksaan Ulangan SPM. Sekiranya ada kesilapan maklumat pada butiran, calon hendaklah maklumkan kepada pihak JPN dan Borang Pembetulan Maklumat Calon haruslah diisi.
  • Bayaran RM30.00 akan dikenakan kepada calon. Pembayaran haruslah dilakukan kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar dengan menggunakan Kiriman Wang atau Wang Pos.
  • Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan 2016 hendaklah dibaca dengan teliti dan Borang Pengakuan Calon haruslah ditandatangani.

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Cara Daftar SPM Ulangan,KLIK SINI
Jadual Peperiksaan,KLIK SINI
Semak Keputusan SPMU,KLIK SINI
[/table]

Di bawah ini ada disertakan jadual lengkap peperiksaan akan berlangsung selama 3 hari iaitu 6 sehingga 8 Jun 2017.

Bagi calon peperiksaan SPM ulangan SPMU, kami ucapkan selamat menghadapinya dan selamat maju jaya dalam kertas subjek yang diambil Semoga dengan berkat usaha yang cemerlang, anda akan mendapat kejayaan. Amin. Insya Allah.

P/S : Kepada yang berminat boleh lakukan pendaftaran SPMU secara online dengan cara pada pautan di jadual atas