Soalan Lazim Temuduga SPA Kerajaan. Bongkar contoh soalan spa untuk Interview Terbaik?
Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat.
Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai dan lambakan graduan yang cemerlang ketika ini.
Selain dari kelulusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, penuntut juga akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti dan yang paling pentingnya persediaan anda dalam temuduga kerajaan mahupun swasta.
Seperti yang dijanjikan, Berita Semasa ingin berkongsi koleksi soalan lazim temuduga kerajaan dan temuduga swasta juga akan diselitkan jika ada…
Senarai Soalan Lazim Temuduga SPA Kerajaan : 20 Soalan Lazim Popular?
Soalan Lazim Temuduga Kerajaan (Cari jawapan dan mahirkan dengan soalan-soalan di bawah ini):
- Sila perkenalkan diri anda?
- Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8)?
- Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
- Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
- Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan dan Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
- Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
- Pada pendapat anda, mengapakah Barrack Obama berjaya diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat?
- Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut??
- Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka masa pendek dan panjang?
- Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
- Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta??
- Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.?
- Jika anda diarahkan ditempatkan di Sabah Sarawak, adakah anda sanggup?
- Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
- Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
- Sekarang, negara jiran kita masih diselubungi dengan konflik penentangan Baju Merah terhadap kerajaan? Bolehkah anda terangkan apa sebenarnya yang berlaku di Thailand sekarang ini dan punca terjadi krisis tersebut?
- Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta??
- Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini sekaj keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari??
- Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
- Apa yang anda faham dengan Rancangan Malaysia Kesembilan?
- Soalan Temuduga SPA : Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini selepas keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari?
- Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
- Soalan Temuduga SPA : Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga timbalannya
- Soalan lazim Temuduga SPA : Siapakah Siapakah Ketua/ Menteri Besar anda?
- Soalan lazim Temuduga SPA : Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka kepada negara
- Soalan Temuduga SPA : Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala??
- Soalan lazim Temuduga SPA : Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
- Soalan lazim Temuduga SPA : Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
- Soalan lazim Temuduga SPA : Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
- Soalan Temuduga SPA : Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
- Soalan temuduga SPA : Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan bidang pekerjaan sebelum ini. Kenapa berpindah?
- Soalan temuduga SPA : Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?
P/S Senarai soalan lazim temuduga kerajaan yang sering diajukan kepada calon oleh panel penemuduga telah dikongsikan sebahagiannya. Anda boleh cari jawapannya. Sebahagiannya ada di Berita Semasa. Boleh semak di arkib atau gunakan ruang carian.
PP/S : Berita Semasa akan sedaya upaya membantu para graduan terutamanya dan Berita Semasa akan tambah daripada masa ke semasa bagi senaraian soalan lazim temuduga kerajaan