≡ Menu

SL1M Malaysia SLIM : Peluang Cari Kerja Untuk Graduan


SL1M Malaysia SLIM. Peluang Cari Kerja Untuk Graduan IPTA 2017 dan IPTS 2018

Berita Semasa ramai lagi kalangan graduan universiti awam IPTA dan swasta IPTS yang masih lagi tercari-cari peluang untuk cari kerja kosong sesuai dengan kelayakan dan kemahiran yang anda ada.

sl1m

Tetapi tidak semudah itu dalam keadaan peluang jawatan kosong di Malaysia cukup terhad melihatkan lambakan graduan universiti setiap tahun.

Melihatkan situasi dan isu melibatkan anda semua, kerajaan malaysia tampil dengan satu prgram yang dinamakan SL1M Malaysia dikenali dengan Skim Latihan 1Malaysia bertujuan meningkat modal insan dalam diri anda semua sesuai dengan kehendak pasaran pekerjaan dan majikan di Malaysia

SL1M Malaysia akan membantu anda :

  1. Meningkat tahap kemahiran dan keupayaan anda yang diperlukan untuk anda dapat kerja kosong dan jawatan kosong melalui usahasama SLIM dengan Syarikat Berkaitan Dengan Kerajaan GLC ataupun syarikat swasta
  2. Anda akan menerima bayaran elaun RM1,000 sebulan untuk tempoh maksimum selama tempoh 12 bulan bersamaan setahun
  3. Tempat tinggal juga disediakan untuk anda
  4. Anda akan melalui latihan untuk tempoh selama 2 bulan untuk menjalani latihan kemahiran insaniah (soft skill training)
  5. Selain itu 6 bulan juga diperuntukkan untuk anda melalui latihan industri (on job training) yang telah pun disahkan EPU, JPM
  6. Jikalau anda tidak menimbulkan sebarang masalah disiplin, peraturan syarikat dan paling pentingnya melepasi syarta kelayakan yang telah ditetapkan syarikat, anda tiada masalah untuk mendapat kerja dan jawatan kosong sebelum anda tamat latihan industri lagi

Menarik bukan? Jadi apa syarat kelayakan SL1M Skim Latihan 1Malaysia? Adakah anda salah seorang graduan yang bakal terpilih? Mari lihat syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah ini :

Cara Daftar Permohonan SL1M Skim Latihan 1Malaysia


[table sort=”desc,asc”]
Mestilah warganegara Malaysia
Anda tiada kerja walaupun sudah 6 bulan lamanya anda menerima ijazah atau transkrip
Anda sudah bekerja tetapi tidak setara dengan kelayakan gaji yang anda terima
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
Graduan Lepasan Institut Pengajian Tinggi IPT dalam dan luar negara yang diiktirah kerajaan Malaysia
SLIM Malaysia memberikan keutamaan kepada graduan luar bandar yang keluar mereka gaji dan pendapatan mereka adalah rendah
Pastikan anda telah daftar di Jobs Malaysia atau Kementerian Sumber Manusia
[/table]

Antara syarikat GLC yang terlibat ialah :

  1. SIRIM
  2. MAS
  3. TNB
  4. Telekom Malaysia (TM)
  5. Malaysia Airports Bhd
  6. PETRONAS
  7. CELCOM
  8. Lembaga Tabung Haji
  9. Sime Darby
  10. Maybank
  11. Affin bank

Cara Daftar Permohonan SL1M Malaysia Skim Latihan 1Malaysia

Bagi kalangan anda yang berminat boleh terus daftar permohonan anda bagi menyertai program SL1M, anda boleh daftar JobsMalaysia dengan cara klik sini, Apply Online