Bajet 2017 Rumah Pertama : Projek Perumahan Yang Benar-Benar Mampu Milik? Bagaimana pula best property investment in malaysia?
Berdasarkan semakan yang telah dilakukan Berita Semasa melihatkan kepada apa yang diperkatakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM melalui laporan yang telah dikeluarkannya, kos sara hidup telah melonjak sehingga ke angka 33 peratus.

Ia telah merangkumi beberapa sektor dan kategori termasuklah daripada telekomunikasi, makanan, barangan, perubatan, perbankan
Dipihak pemain industri hartanah Malaysia, pastinya mereka mengharapkan supaya Bank Negara Malaysia melenturkan sedikit garis panduan untuk memberikan pinjaman kepada pembeli rumah pertama yang boleh diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pada pembentangan Bajet 2017 Malaysia.
Dipihak pemain industri hartanah, pastinya mereka mengharapkan supaya Bank Negara Malaysia melenturkan sedikit garis panduan untuk memberikan pinjaman kepada pembeli rumah pertama yang boleh diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pada intipati Bajet 2017 Malaysia.
Ini semua diminta bagi meneruskan survival masing-masing dikalangan pemaju hartanah di Malaysia. Selepas mengambil kesempatan dengan kelopongan yang ada dalam industri hartanah sehingga menyebabkan harga rumah di Malaysia di tahap yang tidak munasabah utnuk dibeli sepertimana yang pernah didedahkan dalam kajian oleh Khazanah Research Institute baru-baru ini, nah sekarang nantikan sahaja perkembangan terkini dan tindakan seterusnya dari Bank Negara Malaysia.
Bajet 2017 Rumah Pertama. Keperluan Rakyat VS Kehendak Pemaju Hartanah?
Bagi Berita Semasa cukup-cukup pemaju hartanah di Malaysia “makan besar” selama bertahun-tahun
Samada mereka akan beri lampu hijau atau tidak bagi kelonggaran Bajet 2017 Rumah pertama, sama-sama kita nantikan.
Walauapapun, kritikan dan saranan oleh pelbagai pihak oleh Bank Negara Malaysia BNM, Berita Semasa lebih yakin yang BNM tahu apa yang perlu dilakukan dalam menguruskan dasar monetari negara. Apa yang terbaik untuk negara ini.
Kerajaan hanya mengumumkan sahaja dalam pembentangan Bajet 2017 Rumah Pertama punya dasar. Tetapi mereka tetap perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang “lebih pakar” termasuk daripada Bank Negara.
- Dengan keadaan pasaran kerja di Malaysia tidak menentu
- Inflasi di Malaysia pada tahun ini yang dijangka antara 2.5 – 3 peratus
- Kenaikan Harga barang yang semakin melonjak
- GDP Malaysia yang rendah berbanding tahun sebelumnya. Ada kemungkinan lebih rendah daripada jangkaan Bank Negara Malaysia 4.0 antara peratus hingga 4.5 peratus
Semua ini perlu diambil kira. Butiran statistik ada di bawah ini :
Lihat bagaimana statistik harga rumah di Malaysia yang dilihat telah membuat kalangan yang tidak kemampuan terus menjadi melarat dan ketinggalan.
Tetapi telah menjadikan kalangan yang berkemmapuan bertambah kaya dan kaya sehingga kadangkala menindas kalangan yang di bawah. Data dan statistik anda boleh semak pada gambar-gambar di bawah:
P/S : Nasihat Berita Semasa kepada kalangan fresh graduate atau yang tercari-cari peluang beli rumah pertama di Malaysia, apa yang boleh Berita Semasa katakan jangan terburu-buru ketika membeli rumah.
PP/S : Beli rumah pertama yang sesuai dengan kapasiti dan kemampuan anda bayar pinjaman perumahan setiap bulan. Jikalau mahu “upgrade” rumah anda selepas itu terpulang. Jangan ikutkan kata hati.
PP/S : Anda ada sebarang idea untuk dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2017 rumah pertama?