Sistem Baru subsidi minyak (Diesel Petrol) 1 September : Gaji Bawah RM5000 Layak Subsidi Penuh! Setuju Cara Ini?
Semua sedia maklum, rakyat Malaysia akan disajikan dengan mekanisme baru dalam pengagihan subsidi petrol dan diesel bermula September 2014.

Sebenarnya bayangan corak sistem semakan subsidi minyak bantuan minyak petrol dan diesel yang ingin digunapakai kelak pernah Berita Semasa keluarkan dahulu (DI SINI) pada 5 bulan lepas iaitu awal tahun 2014 ini.
Dan akhirnya butirannya terlepas lebih awal daripada dijangka….
Alhamdulillah pada peringkat setakat ini, Berita Semasa dapatkan rasakan corak mekanisme yang ingin digunapakai kelak lebih baik.
- Yang mana kerajaan Malaysia merancang untuk mengemaskinikan fungsi MYKAD sedia ada yang akan mengandungi maklumat pendapatan anda semua @
- Satu cara lain anda semua boleh juga memohon kad subsidi minyak dari JPJ yang mana butiran seperti maklumat cukai peribadi atau korporat di dalam kad subsidi tersebut.
- Kad subsidi akan mengandungi mengandungi maklumat seperti nama pembawa, alamat dan kuota bahan api bulanan.
- Ia perlu dilalukan di stesen minyak sebelum mengisi minyak yang diperlukan
- Jika pemandu telah melebihi had bahan api yang dibenarkan bagi bulan itu, pemandu tersebut boleh membeli (tambahan) bahan api pada harga pasaran. Sudah bersedia?
Butiran Sistem Baru Subsidi Minyak : Jual Petrol Diesel 1 September
- Kapasiti enjin Kereta < 2.0 Liter + Gaji <RM5000 Sebulan = Layak Dapat Penuh Subsidi Minyak
- Gaji RM5000 – RM10000 Sebulan = Layak Dapat Subsidi Minyak 300 Liter Sebulan
- Gaji > RM10000 sebulan = Tidak Layak Dapat
- No Plat Kereta Asing = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
- Anda tergolong di kategori yang mana satu?
Tempoh Perlaksanaan Sistem Baru?
- Pemilik kereta persendirian : Bermula September
- Pemilik kenderaan komersil : Oktober & November
Akhirnya berdasarkan mekanisme seperti di atas ini, kerajaan dapat penjimatan yang tinggi sejumlah RM9.8 bilion.
Apa respon balas anda dengan Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September kali ini? Bersetuju atau tidak? Mengapa?
P/S : Maaf sistem ini tidak jadi diteruskan. Yang mana harga minyak terus dijual pada harga pasaran tanpa sebarang subsidi kepada pengguna kenderaan di Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=KHDxmFdYC5E