10 Shampoo Terbaik : Kelemumur Berkeping Teruk dan Rambut Gugur baik untuk lelaki atau wanita

Adakah anda mengalami kekerapan menggaru kulit kepala dan kelemumur akan selalu kelihatan apabila memakai pakaian berwarna gelap.
Masalah kelemumur kebiasaannya akan terjadi pada yang sering terdedah di bawah matahari yang mengakibatkan kekeringan kulit kepala, kulit kepala jenis berminyak, memakai produk yang salah atau alergi. Sehingga ada kalanya yang mengalami kelemumur berkeping sehingga mengakibatkan rambut gugur.
Kelemumur akan muncul daripada kulit kepala yang tidak sihat dan langkah-langkah untuk menghilangkan kelemumur adalah dengan merawat kulit kepala anda.
Senarai 10 Shampoo Terbaik Untuk Lelaki dan Wanita Malaysia
Jika anda menghadapi masalah rambut gatal akibat kelemumur, anda boleh mencuba 10 shampoo terbaik yang disyorkan di bawah ini untuk merawatnya :
1) Shampoo Terbaik : Innisfree Green Tea Mint Fresh Shampoo 300ml (RM26.00)
Ini adalah 3 langkah untuk penjagaan rambut dengan ekstrak teh hijau dan jeju mint untuk rambut dan kulit kepala. Syampu ini mampu menyegarkan kulit kepala dan bebas silikon. Ia dapat membantu pengawalan sebum kulit kepala dan membuang sisa dari rambut dan kulit kepala anda kerana ia diformulasikan daripada mint.
Kelembapan dapat ditambah pada rambut dan kulit kepala anda akan menjadi segar dengan teh hijau dan komponen bebas silikon. Apa yang terbaik tentang syampu ini adalah pewanginya yang sangat segar dan berasaskan semula jadi.
2) Shampoo Terbaik : L’Oreal Els Fall Resist Anti-Dandruff Shampoo 3760ml (RM15.90)
Rawatan 3 kali aksi rawatan penjagaan yang dapat memperkuat dan menggalakkan pertumbuhan yang lebih tebal, dan dapat menyuburkan akar rambut dan folikel dapat ditawarkan oleh syampu L’Oreal ini. Rumusannya daripada arginine dapat membantu menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung.
Dengan pemakaian syampu ini, kulit akan terasa lebih segar dan bermaya.
3) Shampoo Terbaik : Dalan d’Olive Anti-Dandruff Shampoo (RM38.00)
Syampu anti-kelemumur Dalan d’Olive ini dijamin 100% sabun minyak zaitun yang dijamin kualitinya antara yang terbaik. Penjagaan yang nyata diperlukan setiap kali anda menggunakannya supaya anda dapat mencapai hasil yang sebenar dan memuaskan.
Dengan kandungan protein sutera dapat memberikan kelembutan pada rambut dan dengan bahan yang kaya dengan aktif kompleks dapat membantu mencegah rambut gugur.
Anti-bakteria yang terdapat di dalamnya akan melawan bakteria yang menyebabkan kelemumur dan kesannya, kulit kepala akan lebih sihat dan bebas masalah.
4) Shampoo Terbaik : Himalaya Anti-Dandruff Shampoo (RM24.70)
Syampu Himalaya Anti-Kelemumur ini akan memberi peluang kepada anda untuk merasakan kesegaran kulit kepala dengan pemakaian produk dari bahan semulajadi ini.
Ianya sangat efektif dalam merawat akar yang menyebabkan kelemumur dengan rawatan lembut pada kulit kepala dan rambut anda. Kesan pengurangan serpihan, keguguran rambut, kegatalan kulit kepala, kelemumur dapat dicegah dari muncul kembali sememangnya dapat dilihat dengan penggunaan harian syampu ini.
5) Shampoo Terbaik : Natural Olive Essence Hair Care Silky Charming Hair Shampoo Anti-Dandruff (RM35.90)
Minyak zaitun sememangnya sangat baik untuk rambut. Antara manfaatnya adalah menyuburkan rambut, melembapkan, melembutkan rambut dan merawat kulit kepala berkelemumur.
Dengan set penjagaan rambut minyak zaitun ini, rambut anda akan lebih sihat dan hasil peningkatan yang lebih baik dapat dilihat dalam 2-3 minggu.
Anda akan terasa lebih berkeyakinan dan rambut bebas dari sel-sel kulit mati di kulit kepala yang menyebabkan kelemumur.
6) Safi Shayla Shampoo Anti-Dandruff (RM13.65)
Bagi wanita bertudung, syampu ini sangat sesuai untuk anda.
Rambut akan busuk dan tidak sihat apabila tiada pendedahan cahaya matahari yang boleh menyebabkan pengeluaran peluh dan sebum berlebihan pada kulit kepala yang menjadi penyebab kegatalan kulit kepala, masalah rambut dan perasaan tidak selesa yang tidak tertanggung.
Kandungan Habbatus Sauda dikenali sebagai ramuan yang hebat untuk menyembuhkan kulit kepala yang bermasalah, melembapkan rambut untuk lebih terurus dan menanggalkan kepingan tanpa mengeringkan kulit kepala.
7) Shampoo Terbaik : GVC Anti-Dandruff Care Shampoo 700ml (RM23.94)
Syampu penjagaan anti-kelemumur ini tulen dengan pembersihan organik minyak habbatus sauda yang fungsinya untuk menyahtoksik rambut anda.
Ianya dapat membantu menghilangkan dan menghalang kemunculan semula kelemumur dengan formula pelindungnya, manakala kandungan campuran ekstrak maca root semula jadi dan vitamin B5 membantu dalam menguatkan folikel untuk mengurangkan keguguran rambut.
Dan anda tidak perlu khuatir kerana syampu ini bebas daripada parabens, minyak mineral, ALES, SLES, pewarna tambahan dan yang paling penting tidak diuji pada haiwan.
8) Shampoo Terbaik : VLCC Dandruff Control Shampoo 200ml (RM32.20)
Cara pemakaian syampu ini adalah dengan mengurut secara perlahan-lahan ke rambut dan kulit kepala yang basah, dibiarkan selama 2-3 minit dan kemudian bilas dengan teliti.
Kelemumur dapat dikurangkan secara berkesan tanpa mengeluarkan kelembapan rambut dengan gabungan unik rumusan rosemary dan pudina.
Ekstrak daun pudina membantu melegakan kulit kepala. Manakala fungsi minyak rosemary pula sebagai anti-bakteria untuk melindungi daripada jangkitan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur. Kesannya rambut akan lebih sihat, kelihatan berkilat dan bebas kelemumur.
9) Shampoo Terbaik : Pantene Pro-V Anti-Dandruff Shampoo 670ml (RM24.90)
Syampu yang mempunyai tekstur yang lembut dan berwarna putih ini sangat hebat kerana perbezaan boleh dirasakan walaupun hanya pada cucian yang pertama. Dengan beberapa kali penggunaan sahaja kelemumur akan berkurang.
Bukan setakat itu sahaja, malah ia tidak akan mengeringkan kulit kepala kerana dengan penggunaan biasa, formula pelembap di dalamnya mampu menyuburkan kulit kepala dan menjadikannya lebih sihat. Kesinaran pada warna rambut anda dapat dilihat di samping membantu untuk menghilangkan kelemumur.
10) Shampoo Terbaik : Dove Shampoo Dandruff Care 375 ml (RM15.75)
Syampu ini mampu melegakan kulit kepala yang gatal dengan lancar dan secara lembut. Dari basuhan pertama lagi, serpihan dapat dibersihkan dan kelemumur dapat dilawan adalah antara fungsi formula syampu ini.
Telah terbukti bahawa kelemumur dan kulit kepala gatal berjaya dihilangkan dan rambut dapat dibersihkan secara berkesan melalui formulasinya daripada zinc pyrithione. Ianya sesuai untuk kegunaan hari-hari kerana kesannya yang cukup lembut dan dapat menyuburkan dari akar ke hujung rambut.
Sampai di sini sahaja perkongsian kami mengenai shampoo terbaik untuk menangani masalah kelemumur. Moga-moga anda dapat mencari produk yang betul-betul sesuai untuk merawat masalah yang dihadapi.
Anda semua pasti mahu kulit kepala bebas minyak dan kelemumur bukan! Insya Allah semoga akan tercapai apa yang dihajati oleh anda.