≡ Menu

10 Serum Terbaik di Malaysia Untuk Wajah Yang Bagus

10 Serum Terbaik di Malaysia Untuk Wajah Yang Bagus bagi mengelakkan masalah wajah parut jerawat dan wajah kulit berminyak. Semak review

Bagi masalah kulit wajah seperti kasar, kedutan, kering, pori yang terbuka dan jerawat, serum wajah adalah solusi terbaik untuk permasalahan ini.

serum terbaik

Terdapat pelbagai serum popular yang boleh didapati di pasaran seperti SK-II dan L’oreal yang mengandungi ceramide.

Setiap orang pasti mengimpikan wajah mulus, cantik tanpa cacat cela di wajah. Oleh itu, serum boleh digunakan mengikut fungsi yang diinginkan seperti untuk melembapkan, mencerahkan dan mencegah proses penuaan.

Untuk melembapkan kulit, anda boleh memilih produk serum yang mengandungi ceramide, sphingolipid, cholesterol stearate,, hydrogenated soya lecithin, kolagen dan hyaluronic acid. Bahan-bahan ini mampu menghidrasi kulit ke tahap optimum dan mampu menjaga kelembapan kulit.

10 Cadangan Serum Terbaik Malaysia Untuk Wajah Bermasalah

Berikut di bawah adalah cadangan serum terbaik untuk anda. Anda boleh memilih produk serum terbaik mengikut jenis, keperluan dan masalah kulit anda.

10. Serum Terbaik : Pond’s Age Miracle Firm & LIft

Menganjalkan kulit dan membuatkan wajah nampak lebih muda

Boleh dikatakan produk Pond’s adalah antara yang popular di Malaysia. Harganya yang sangat mampu milik sangat sesuai dengan wanita Malaysia dan mampu memberikan hasil maksimum dan mengagumkan pada kulit wajah anda.

Age Miracle Firm & Lift ini adalah salah satu produk Pond’s yang terbaru. Ia berfungsi untuk menganjalkan dan memperkuat kulit dengan cepat serta buat kulit nampak lebih muda. Bagi yang berusia dalam lingkungan 20-30 tahun, serum ini sangat sesuai buat anda.

9. Serum terbaik : Hanasui Serum Vitamin C

Dapat mengurangkan pembentukan garis halus pada wajah

Hanasui Serum ini terdiri daripada kandungan utama Vitamin C dan pelbagai campuran bahan lain lagi. Serum ini mampu mengurangkan pembentukan garis halus pada wajah, menegangkan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit.

Selain itu, ia sesuai dipakai untuk semua jenis kulit dan mudah meresap ke dalam kulit. Jika produk ini digunakan secara rutin dan konsisten, pasti anda akan merasai hasil nyata pada wajah setelah menggunakannya.

8. Serum Terbaik : Dr. Rashel Pearl Collagen Elastin Serum

Serum lengkap untuk segala jenis masalah kulit

Di dalam satu produk ini, ia memiliki 8 fungsi sekaligus iaitu melembapkan, menutrisi, mengurangkan kedut dan jerawat, memutihkan, melembutkan, mencerahkan serta menggantikan sel-sel kulit mati di wajah.

Ia mengandungi elastin yang fungsinya untuk menjaga kulit agar tetap anjal dan fleksibel. Kulit wajah yang kusam dan letih dapat dikembalikan semula dengan bantuan serbuk mutiara di dalamnya. Serum ini juga akan menggantikan sel-sel baru dengan mengangkat sel-sel kulit mati.

7. Serum Terbaik : Bioaqua 24K Gold Skin Care

Mengembalikan keanjalan kulit dengan serum emas

Bagi menjaga kelembagan kulit wajah anda, serum ini diformulasikan daripada 24K active gold, minyak jojoba, kolagen dan ekstrak ginseng.

Kandungan emas di dalam serum ini adalah baik untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan kekotoran pada kulit wajah. Di samping itu, penghasilan kolagen juga dapat diransang untuk memperbaiki tekstur kulit supaya lebih anjal dengan adanya 24K Gold ini, Produk ini jelas sekali sesuai bagi mereka yang mahu mengembalikan keanjalan wajah.

6. Serum Terbaik : L’oreal Revitalift Day Cream

Untuk kulit awet muda dan kekal cantik

Produk ini mengandungi Pro Retinol A yang merupakan teknologi baru untuk merawat kulit yang dilengkapi dengan anti-kedutan. Dengan penggunaan secara teratur dan konsisten, kulit wajah akan lebih cerah dan garis halus dan cela pada wajah juga akan turut berkurang.

Selain itu, perlindungan daripada UVA dan UVB, untuk mencegah penuaan juga akan diberikan melalui pemakaian serum ini. Serum ini dapat meremajakan kulit seterusnya membuatkan wajah tampak lebih muda.

5. Serum terbaik : SK-II Cellumination Cream Ex

Mencerahkan dan menghilangkan bintik hitam pada wajah

Anda perlu mencuba produk SK-II ini sekiranya anda memiliki masalah dengan bintik hitam dan kusam pada wajah. Serum ini dikhususkan bagi sesiapa yang menginginkan kulit wajah yang sihat, segar dan cerah.

Ia adalah serum harian yang membantu mencerahkan kulit dan melembapkan wajah dengan baik. Serum SK-II ini juga membantu menghaluskan kulit wajah dan mengurangi bintik hitam. Serum ini cepat meresap ke dalam kulit agar wajah lembap sentiasa dan tidak kering.

4. Serum Terbaik : Olay Regenerist Micro – Sculpting Serum

 Regenerasi kulit dengan cepat

Serum anti-penuaan Olay ini sudah melalui ujian dermatologi, mengandungi bahan yang tidak berminyak, dapat menganjalkan dan menggantikan sel-sel kulit mati. Serum ini boleh dipakai oleh semua jenis kulit dan mudah diserap.

Fungi formula anti-penuaan ini adalah untuk meregenerasi kulit dengan cepat dan melembapkan kulit. Dalam masa 2 minggu, kulit akan terhidrasi dan garis-garis kedutan wajah dapat dikurangkan. Perubahan pada wajah akan dilihat pada wajah anda, dimana pada waktu yang singkat, kulit anda akan lebih anjal dan fleksibel.

3. Serum Terbaik : Biokos Martha Tilaar Derma Bright

Sekatakan warna kulit dan mencegah tanda-tanda penuaan pra-matang

Fungsi serum ini adalah melambatkan pembetutkan melanin yang menjadi penyebab kemunculan bintik hitam pada wajah anda. Kulit anda akan lebih bercahaya hasil daripada inovasi baru dengan Total Whitening Concept.

Bekas jerawat mampu dihilangkan dan warna kulit wajah boleh disekatakan dengan pemakaian yang rutin. Selain itu, ia mampu menjaga kehalusan kulit wajah dan melambatkan timbulnya tanda-tanda penuaan pra-matang.

2. Serum terbaik : KLEEM Organics Vitamin C Serum

Serum yang kaya dengan Vitamin C dan Hyaluronic Acid

Fungsi kandungan Vitamin C di dalam serum ini sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan radiasi sinar matahari. Setelah serum ini diaplikasikan, kulit ini akan nampak cerah dengan segera kerana kandungan Vitamin C di dalamnya yang cepat diresap ke dalam kulit.

Produk ini menggabungkan bahan organik dan juga bahan semulajadi, degan terkandungnya anti-penuaan yang membantu penghasilan kolagen dan menghaluskan garis dan kedutan pada wajah. Justeru itu, selain dari melindungi kulit, ia juga membantu menjaga keanjalan kulit supaya nampak lebih muda. Harga serum ini berpatutan dan mampu milik, namun mampu memberikan kesan yang sangat bagus.

1. Serum terbaik : SK-II R.N.A Power Radical New Age Essence

Serum Anti-Penuaan yang mengagumkan

Memang tidak dinafikan lagi produk-produk SK-II adalah antara yang berkualiti tinggi. Hasil yang diberikan oleh produk SK-II dijamin tidak akan membuat anda kecewa walaupun harganya tergolong dalam kategori mahal. Serum anti-penuaan ini merupakan salah satu produk unggul bagi SK-II. Bagi melambatkan proses penuaan kulit (kulit tua), serum ini adalah pilihan sempurna buat anda.

Pelbagai jenis vitamin, mineral, amino acid dan organic acid yang terkandung dalam produk ini. Gabungan varian bahan ini memberikan hidrasi pada kulit wajah anda. Serum ini juga mampu membuatkan wajah lebih cerah dan menghilangkan kedutan pada wajah dengan sempurna. Ia sesuai dipakai oleh segala jenis kulit.

Kesimpulannya, kesabaran adalah penting untuk mendapatkan kesan yang maksimum dan optimum pada wajah kerana ianya tidak boleh dilakukan dalam masa 1 malam sahaja. Sekian itu sahaja perkongsian serum terbaik Malaysia untuk entri kali ini.