Senarai Kenaikan Harga Barang Naik. Punca Harga Minyak Naik, Nilai Ringgit Jatuh. Inflasi Melonjak!

8


Senarai Kenaikan Harga Barang Naik. Punca Harga Minyak Naik, Nilai Ringgit Jatuh. Inflasi Melonjak!

senarai harga barangBermula kelmarin Facebook rasmi Perdana Menteri kesayangan ramai rakyat Malaysia dihujani dengan “peluru dan bom ayat 20 sen” daripada kalangan pengguna Facebook sebagai respon kepada pengumuman rasmi kenaikan harga minyak naik baru-baru ini.

Rakyat tidak sempat menahan penat dan lelah mendepani dengan siri kenaikan sebelum ini, terus dicampakkan dengan berita kenaikan harga minyak naik seperti ini. Persoalannya sampai bila?

Hakikatnya dengan kenaikan harga minyak tersebut, rakyat bukan sahaja berhadapan dengan cabaran kenaikan kos pengangkutan tetapi juga bakal berhadapan dengan beberapa lagi siri kenaikan termasuk kenaikan kos harga barang, kos pengangkutan barangan contohnya dek kerana kesan rantaian disebalik kenaikan harga minyak baru-baru ini. Ini sekaligus poket rakyat Malaysia terus bocor dan menyebabkan perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia atau dispossible income rakyat Malaysia semakin menyusut.

Dan berdasarkan dapatan dan kajian yang dilakukan oleh Namura Research, dijangka inflasi di Malaysia setinggi 2.8 peratus semuanya gara-gara kejatuhan nilai mata wang Malaysia terkini yang terus merosot teruk. Bermakna seperti pada laporan Berita yang pernah Berita Semasa keluarkan sebelum ini, setiap kali kejatuhan ringgit Malaysia yang turun sebegini rupa (jatuh berterusan) bermakna rakyat Malaysia semakin miskin.



  • Kos import mahal
  • Harga makanan tinggi
  • Inflasi naik

Di bawah tersenarai beberapa siri pengumuman dan laporan berita yang menunjukkan kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan daripada pihak kerajaan mahupun swasta. Walaubagaimanapun, laporan ini hanya berdasarkan faktor kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia dan kenaikan harga minyak setakat akhir bulan Januari lalu. Jadi adakah akan ada perubahan lagi selepas ini?

Senarai Harga Barang Naik di Malaysia. Respon Kerajaan?

Perkara Butirannya
Kadar bayaran wad hospital kerajaan wad kelas pertama naik 50 peratus
wad kelas kedua naik 20 peratus
wad kelas ketiga masih kekal RM3 semalam
Harga minyak naik 40 sen sejak Januari
Rawatan di klinik gigi kerajaan naik (Mac 2017) Cabut gigi naik dari RM1 kepada RM15
Cuci gigi naik daripada RM2 kepada RM25
Scalling naik daripada RM2 kepada RM55
Ikan sardin naik Kepada RM10 sekilogram
Ikan kembung naik Kepada RM12 (kg)
Ikan cencaru naik Kepada RM12 (kg)
Ikan bawal hitam naik Kepada RM22 (kg)
Ikan tongkol naik Kepada RM9 (kg)
Sotong sederhana naik Kepada RM32 (kg)
Udang sederhana naik Kepada RM35 (kg).
Harga kelapa naik dari RM2 kepada RM3 sebiji
Harga ayam proses naik Daripada RM8.50 kepada RM9 sekilo
Harga limau mandarin naik Daripada antara RM15 hingga RM25 kepada RM16 kepada RM27 sekotak
Kenaikan Taska di Selangor naik naik sebanyak RM10 ke Rm50
Kadar bas sekolah naik RM10 hingga RM20 sebulan
Harga kereta naik Antara 5 peratus ke 10 peratus. Malah boleh cecah 15 peratus
Harga tayar naik Antara 5 peratus ke 10 peratus
Harga minyak masak Sudah naik

 

P/S : Bayaran BR1M akan tiba tidak lama sahaja lagi, adakah ia meringankan beban dan kekusutan anda mendepani denga kos hidup yang semakin tinggi hari ini?

PP/S : Jangkaan Ahli Ekonomi UOB Malaysia Julia Goh menjangkakan akan ada kemungkinan berlakuย penyelarasan gas dan kenaikan tarif elektrik TNB naik serta pemotongan subsidi. Sama-sama kita nantikan!


Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Bajet: Harga Minyak Dunia US$110. Terkini US$66? Kerajaan Bakal Potong Peruntuk... Bajet: ย Harga Minyak Dunia US$110. Terkini US$66? Kerajaan Bakal Potong Peruntukkan? Jikalau dahulu ramai "ahli nujum" dan "tukang ramal" menjangkakan harga minyak dunia yang terus melonjak naik ...
SEBARKAN

8 Komen Bernas

  1. ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ

  2. Inilah yang merisaukan, FEb 2.30, Mac 2.50 April 2.70, Mei .2.90. Jun 3.10, Julai, 3.30, Ogos-3.50, Sept MH 3.70, Ogos, 3.90, Sept 4.10, Okt RM 4.30 seliter, Nov, Rm 4.50 seliter dan Dis RM 4.70 sama currency dengan Ringgit.
    Alamat Malaysia dah NAzak!

  3. Rasanya kjaan prlu mewujudkan mekanisma harga siling utk ron 95 kalau tidak tiada had kenaikn petrol ron 95 ini blh/ akn menyusahkan/merisaukn jugak kebanyakan rakyat .Ron 96 ok tiada limit kenaikan bergantung pd harga pasaran.Cth had siling 2.50 seliter. Walaubagaimanapun bila harga turun seharusnya harga ron 95 ini turun seiring dgn harga peneurunan tersebut.

  4. Rasanya kjaan prlu mewujudkan mekanisma harga siling utk ron 95 kalau tidak tiada had kenaikn petrol ron 95 ini blh/ akn menyusahkan/merisaukn jugak kebanyakan rakyat .Ron 96 ok tiada limit kenaikan bergantung pd harga pasaran.Cth had siling 2.50 seliter. Walaubagaimanapun bila harga turun seharusnya harga ron 95 ini turun seiring dgn harga penurunan tersebut.Kita lihat harga makanan tak turun2 seiring dgn harga minyak yg turun

  5. Harga makanan tak turun mungkin harga gula naik sbb khuatir rakyat msia akn kena kencing manis.Daging lembu tak turun sbb nanti org ramai kena darah tinggi.Hu selamat Msia.Jgn ada yg kelaparan oklah……

  6. Kalau bersetuju sekali sekala had siling ini blh diubah mengikut kesesuian jika relevan

  7. apa kisahnya sangat bab harga minyak naik tu. kan ke kereta makin banyak dijalanan, kereta baru,kereta buruk, mahal dan murah berderetan. jam sana jam sini. tu tanda ramai rakyat malaysia dah kaya raya, dengan hutang kereta, hutang rumah, hutang peribadi, hutang kad kredit, hutang motosikal , dan ntah apa lagi. bukan nak bergaya pun, cuma keperluan asas aje bagi rakyat biasa.
    minyak petrol naik, minyak masak naik, minyak angin naik, (virgin coconut oil, naik tak? mahal pun orang beli juga. )
    makanan pun kenalah naik jugak, sebab obesiti dah jadi masaalah besar kat Malaysia ni.
    biarlah kita semua rakyat malaysia kurus , sihat dan menawan belaka.
    jadi naikkanlah harga beras, tepung segala jenis, gula, daging , ayam, dll. biar kami rakyat Malaysia makan sikit sebab tak mampu nak beli. biarlah kami makan nasi dengan kangkong aje, sedap tu, kangkong rebus, goring ,masak lemak, masak asam pedas…. lagi lagi resipi kangkong. bulih tanam sendiri pulak tu.
    rakyat malaysia pulak kenalah banyak berjalan kaki, berbasikal, berjogging dll, jimat duit petrol. exerciselah pulak.
    bab ikan naik harga tu…. kenalah tanya sikatak , kenapa panggil hujan……

  8. Dah dipesan jangan pilihlah buah yang elok jangan sesekali pilih buah yang rosak dan mudah rosak.sekarang apa dah jadi. Salah siapa. Padan muka hang

Kongsikan Pandangan Bernas Bersama Kami Di Sini. Bincangkan..

Please enter your comment!
Please enter your name here