≡ Menu

Semakan WTD Online oleh Jabatan Akauntan Negara


Semakan WTD Online oleh Jabatan Akauntan Negara

Pada yang mencari kemudahan Wang Tidak Dituntut WTD online, buat masa ini belum ada lagi.

semakan wtd

Walaubagaimanapun, ada berita baik untuk anda.

Berita Semasa dimaklumkan yang mana Jabatan Akauntan Negara ANM telah berusaha membangunkan satu platform semakan WTD online untuk kemudahan anda melakukan semakan walau di mana anda berada.

Tidak kira anda berada di rumah, di luar kawasan boleh akses melalui telefon pintar, tablet mahupun komputer anda.

Dijangka semakan WTD online tersebut boleh anda gunakan bermula tahun hadapan.

Berdasarkan maklumat mypt3.com, Berbanding semakan WTD online atau dikenali dengan semakan egumis anm yang jauh lebih mudah dan menyenangkan pengguna, cara konvensional yang sekarang digunakan untuk anda melakukan semakan WTD masing-masing agak menjengkelkan. Iaitu, mana-mana daripada anda yang mahu mengetahui status duit dan wang yang ada maish disimpan oleh Jabatan Akauantan Negara boleh menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara yang berdekatan dengan anda.

Apa yang perlu anda lakukan apabila sampai ke kaunter Jabatan Akauntan Negara ANM adalah seperti berikut :

  • Bawa salinan kad pengenalan anda
  • Isi borang tuntutan di sana berserta dengan tandatangan anda
  • Anda juga perlu bawa bersama salinan penyata kaun bank yang anda mahukan pihak ANM masukkan wang tidak dituntut anda kelak, yang mana penyata maklumat bank tersebut sudah pun disahkan

Tahukah anda selama ini duit akaun simpanan, akaun semasa, insurans, gaji, dividen, deposit Syabas, deposit TNB dan lagi yang terbiar adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Akauntan Negara untuk menjaga amanah tersebut sehinggalah anda tampil untuk mengambil hak anda di sana.

Tetapi ramai yang tidak tahu, sehinggalah ada viral di media sosial yang mana ada yang berjaya membawa balik RM14,000 dan juga mengetahui mereka mempunyai sejumlah RM5,000 di dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara yang selama ini pun mereka tidak sedar.

Sehinggalah viral tentang berita ini di internet.

Cara Semakan WTD Online

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Semakan WTD Online,Belum Ada
[/table]

Untuk yang mahukan melakukan check secara online. Nantikan tahun 2018 ini.