≡ Menu

Semakan Daftar Pemilih Online : Ketahui Status Anda Pengundi


Semakan daftar pemilih dan daftar pengundi oleh SPR Malaysia

Apa yang kami nampak sekarang kesedaran rakyat “mengambil berat” setiap apa yang berlaku di Malaysia sangatlah tinggi ketika ini.

semakan daftar pemilih

Tetapi sayangnya apabila menyentuh pula kesedaran rakyat Malaysia untuk buat semak daftar pemilih SPR Malaysia masih lagi kurang.

Pilihanraya Negeri Sarawak semakin hampir. Bila-bila masa sahaja. Tetapi anda sudah bergelar sebagai pemilih atau masih lagi sebagai pemerhati pada pilihan raya kerana tidak layak membuang undi?

Kami tidak pernah sama sekali setiap kali menjelangnya pilihanraya, untuk mengatakan anda sepatutnya:

  • mengundi calon daripada parti B kerana kebaikannya ataupun
  • jangan sesekali mengundi calon daripada parti A kerana keburukannya

Lakukan Semakan Daftar Pemilih SPR Sekarang

Semuanya kami pulangkan semula kepada anda sebagai seorang warganegara Malaysia umumnya dan pengundi di Sarawak amnya yang ada kelayakan untuk mengundi. Kami merasakan pembaca Berita Semasa sudah matang dalam memilih baik dan buruk, yang mana hitam, yang mana putih.

Tetapi apa gunanya, jika anda acapkali meluahkan pendapat dan bercakap soal politik tetapi hakikatnya anda belum lagi bertindak buat semakan daftar pemilih untuk dizahirkan melalui melalui “undi emas” anda dalam Pilihanraya Umum ke 14 kelak (mandat kerajaan Malaysia hari ini sehingga tahun 2018?

Statistik yang disuarakan sendiri oleh Timbalan pengerusi Suruhanraya Pilihanraya SPR Malaysia mengatakan:

  • Orang Melayu dan Bumiputera berusia 21 tahun ke atas di negara ini kurang ambil untuk mendaftarkan diri untuk menjadi pemilih bagi mengundi pada hari pilihanraya
  • Angka yang masih belum buat semakan daftar pemilih SPR bukan sedikit tetapi membabitkan membabitkan 2.1 juta orang Melayu dan Bumiputera
  • 60 peratus yang masih tak buat semakan daftar pemilih adalah mereka yang di bawah 40 tahun
  • 3.7 juta rakyat masih belum mendaftarkan diri

Berita Semasa tidak merasakan untuk buat semakan daftar pemilih cukup membebankan. Hanya curi sedikit masa anda untuk buat semakan daftar pemilih SPR. Banyak pilihan yang ada untuk daftar sebagai pemilih, antara ialah :

  • melalui penolong pendaftar bagi wakil parti politik
  • melalui wakil jabatan
  • melalui wakil pertubuhan
  • melalui wakil universiti
  • melalui pejabat pos di seluruh negara. Berikan sahaja IC anda kepada kakitangan pejabat pos untuk diisikan maklumat untuk anda. Dalam 5 minit segala proses selesai

Pokok pangkalnya, anda mahu bertindak atau tidak sahaja. Semuanya terpulang kepada anda. Ada 2 pilihan untuk anda buat semakan bagi memastikan di mana anda sudah benar-benar layak untuk mengundi semasa Pilihanraya Umum ke 14 kelak. Antaranya ialah:

[table sort=”desc,asc”]
Semakan Daftar Pemilih Secara Online,Pautan
Pautan Alternatif LINK 1,KLIK SINI
[/table]

Semakan Daftar Pengundi Secara SMS

semakan daftar pengundi

Cuma kepada SPR, kami merasakan sistem SPR juga patut diperbaiki kerana apa yang kami perhatikan setakat ini, SPR mengambil masa 2 bulan untuk mengemaskinikan nama kalangan yang layak mengundi. Bagi Berita Semasa ia satu tempoh yang terlalu lama.

  1. Suruhanjaya Pilihanraya akan compile/proses pendaftaran 4 kali setahun (setiap suku tahun)
  2. Contohnya, jika anda buat semakan daftar pemilih antara bulan Januari – Mac (suku pertama), bulan April barulah nama pemilih tersebut akan masuk dalam senarai “draf” (di mana masa ini semua orang boleh buat bantahan jikalau ada senarai nama yang dicurigai)
  3. Pada bulan Mei – nama-nama yang dalam “draf” akan diluluskan untuk masuk dalam senarai semakan daftar pemilih secara rasmi
  4. Untuk suku kedua tempoh daftar pemilih (April-Jun), July – masuk draf, Ogos – masuk secara rasmi
  5. Bagi suku tahun ketiga tahun lepas, hanya 12,400,437 yang diwartakan sebagai pemilih berbanding rakyat yang layak mendaftar sebanyak 16,131,571 orang

Ini diperkuatkan dengan trend rakyat Malaysia yang lebih gemar bertindak di saat-saat akhir. Apa yang menyebabkan ada dikalangan daripada kalangan rakyat Malaysia masih lagi “liat untuk buat semakan daftar pengundi SPR? Apa sebabnya?