≡ Menu

Semakan bppt : Cara Dapat Diskaun Dari Kad Bank Rakyat

Semakan BPPT : Dapat Diskaun Dari Kad Bank Rakyat

Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar Kad Debit Pelajar KADS1M secara online?

semakan bppt

Kepada para pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi), mulai tahun ini, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) akan digantikan dengan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit).

Oleh itu, kami akan kongsikan serba sedikit cara membuat permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M dan semakan bppt secara online ataupun talian.

Pelajar hanya boleh menggunakan Kad Debit untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih di seluruh Malaysia.

Lanjutan Tarikh Permohonan KADSIM Debit Online

Adalah dimaklumkan bahawa, jika mana-mana pelajar IPT yang masih belum memperolehi Kad Siswa Debit 1 Malaysia (KADS1M) tetapi telah pun mendaftar, anda diminta untuk membuat semula permohonan secara online di laman web Bank Rakyat.

Permohonan perlu dilakukan semula kerana telah didapati ramai daripada para pelajar tidak membuat permohonan KADS1M secara online menyebabkan tiada rekod yang diperolehi hasil daripada semakan Bank Rakyat.

Tarikh tutup permohonan semula boleh dilakukan pada atau sebelum 30 Oktober.

Apakah Itu KADS1M?

KADS1M adalah kad debit yang memberi kemudahan kepada para pelajar IPT untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang Terpilih. Pembelian alat tulis, buku-buku dan alatan komputer adalah sangat digalakkan bagi para pelajar.

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M adalah diwajibkan untuk semua pelajar IPT. Mulai 16 Februari sehingga 31 Mac, permohonan online boleh dilakukan menerusi semakan bppt Bank Rakyat.

Semakan BPPT : Syarat Kelayakan Permohonan KADS1M Debit

Permohonan KADS1M adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS di bawah seliaan berikut:

  1. Kementerian Pengajian Tinggi
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Institut Perguruan
  4. Kementerian Sumber Manusia
  5. Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

Ciri-Ciri KADS1M Debit Pelajar

Berikut di bawah adalah ciri-ciri yang boleh didapati dalam KADS1M :

  1. Kad 3 dalam 1
  2. Kad diskaun pelajar
  3. Sejumlah RM250 akan dikreditkan dalam akaun pelajar
  4. BB1M (RM250 telah dikreditkan dalam kad)
  5. Kad debit dan ATM
  6. Pengeluaran maksima adalah RM240. Pelajar boleh berurusan dengan Bank Rakyat untuk menutup terus akaun berkenaan sekiranya pelajar hendak mengeluarkan RM250 sepenuhmnya.

Cara Memohon Kad Siswa KADS1M Secara Online

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk membuat permohonan Kad siswa (debit) pelajar secara online:

  1. Borang e-permohonan secara online hendaklah diisi di www.bankrakyat.com.my/bppt sebelum 31 Mac iaitu tarik tutup permohonan KADS1M. (Permohonan dilanjutkan sehingga 30 Oktober)
  2. Alamat emel hendaklah dipastikan betul sebelum dimasukkan
  3. Sebelum KADS1M Debit dapat diambil di cawangan Bank Rakyat, pelajar perlu menunggu e-mail dari Bank Rakyat setelah selesai memohonnya
  4. Pengesahan status permohonan adalah menerusi emel permohonan oleh Bank Rakyat
  5. Untuk pengambilan KADS1M Debit, cawangan Bank Rakyat yang telah dipilih boleh dikunjungi
  6. Semasa mengambil kad, RM5.00 akan dicaj dan perlu dibayar

Semasa pengambilan KADS1M Debit, dokumen di bawah adalah diperlukan untuk dibawa bersama :

  • Kad pelajar dan 1 salinan
  • MyKad dan 1 salinan
  • Bagi pelajar yang sudah mempunyai akaun bank di Bank Rakyat, anda tetap perlu memohon KADS1M Debit
  • Layak kepada pelajar berstatus aktif pada 30 Disember 2016

Semakan BPPT : Semakan Status Permohonan Secara Online

Di bawah ini, dikongsikan cara-cara membuat semakan status permohonan KADS1M.

Mulai 1 Jun, satu sistem semakan status permohonan KADS1M boleh diakses secara online yang disediakan oleh Bank Rakyat. Berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan, pelajar boleh mengambil KADS1M berkenaan dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.

  1. Melalui aplikasi semakan bppt, KLIK SINI
  2. Masukkan No. IC / No. Kad Pengenalan
  3. Klik butang ‘semak’

Cara Hubungi

Sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1 300 80 5454 untuk sebarang pertanyaan mengenai KADS1M.

Selamat memohon kami ucapkan kepada para pelajar bagi Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M secara online.

Oleh itu, bagi menikmati kemudahan yang terdapat di kad debit pelajar KADS1M yang serba menarik, adalah dinasihatkan kepada para pelajar untuk tidak melepaskan peluang yang telah diberikan dengan membuka akaun permohonan