≡ Menu

Check CCRIS. Sumber Bank Negara Malaysia BNM. Cara Semak?


Semak ccris online percuma dari pihak BNM. Sumber Bank Negara Malaysia BNM. Cara Semak?

Entahlah. Bila lihat sekarang ini. Segala macam perbelanjaan kebanyakannya bergantung kepada pinjaman dan loan bank.

check ccris

Daripada sebenar-besar pinjaman sehinggalah sekecil-kecil pinjaman. Daripada pinjaman perumahan sehingga ke personal loan atau hutang kad kredit. Semuanya berpunca kepada kos sara hidup hari ini yang semakin melambung tinggi.

Jikalau pinjaman tersebut diserahkan kepada peminjam yang bijak menguruskan kewangannya, tiada masalah yang timbul.

Tetapi malangnya kadangkala ada yang mengambil jalan singkat untuk mendapatkan wang mudah dari bank untuk berbelanja lebih daripada kemampuan. Akhirnya apabila pinjaman tersebut tidak dibayar, ia memberikan kesan yang tidak bagus kepada peminjam untuk membuat loan yang seterusnya terutamanya loan yang lebih penting iaitu pinjaman perumahan.

Ini kerana pada masa itu credit score yang dipandang oleh pihak bank melihatkan trend pembayaran pinjaman semula yang tidak baik untuk bulan-bulan sebelum itu.

Itu sebablah ilmu itu sangat penting.

Berita Semasa sangat-sangat sarankan kepada anda semua, sebelum anda pergi kepada mana-mana pihak bank, sila semak dan check ccris report anda terlebih dahulu. Ini kerana ia dapat berikan satu gambaran awal samada anda layak pinjam atau tidak.

  • Jikalau terlampau banyak bulan tidak bayar, susah
  • Jikalau terlampau banyak pinjaman, juga susah
  • Jikalau gaji dan pendapatan rendah, juga susah

Apatah lagi sekarang ini Bank negara Malaysia BNM telah mengarahkan semua bank di Malaysia mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum luluskan pinjaman. Dalam erti kata lagi syarat lulus pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, kelulusan kad kredit juga telah pun diperketatkan.

Check CCRIS Report Secara Online

Boleh berurusan terus dengan Bank Negara Malaysia BNm. Percuma sahaja.

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,pautannya
Semakan CCRIS Online,KLIK SINI
[/table]

Ataupun jikalau anda mahu check CCRIS dengan lebih cepat lagi. Boleh pergi ke mana-mana cawangan AKPK yang berdekatan dengan rumah dan kediaman anda. Boleh dapatkan pada masa itu juga.

Hanya perlu bawa kad pengenalan. Dan pegawai yang bertugas akan berikan satu sainan report CCRIS kepada anda. Mudah bukan?

P/S : Untuk makluman anda masih ramai lagi yang tidak tahu betapa mudahnya untuk mendapatkan check CCRIS dan juga salinan report. Jadi untuk anda yang sudah tahu ini boleh warwarkan dan sharekan bersama di Whatapps dan Facebook anda sekarang