≡ Menu

Rumah Bina Negara RISDA : Hanya Bayar RM250 Sebulan


Semakan Keputusan Permohonan Rumah Bina Negara Rumah RISDA. RM250 Sebulan

Berita baik kepada kalangan anak muda dan belia yang terus tercari-cari rumah mampu milik untuk anda.

rumah bina negara

Terkini kerajaan telah sediakan dana sebesar RM200 juta yang mana skim rumah mampu milik terbaru di bawah nama program perumahan Rumah Bina Negara (RUMah BN) yang akan dibina di seluruh negara Malaysia.

Jadi sasaran dan tujuan projek rumah mampu milik ini disasarkan kepada kumpulan rakyat Malaysia yang tinggal di luar bandar dan tidak lupa khususnya kepada golongan belia dan anak muda masih lagi sukar untuk beli rumah pertama dalam hidup masing-masing.

Berita Semasa boleh katakan anda sememangnya, jikalau anda melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan layak dan lulus terpilih untuk memiliki unit seperti ini. Banyak duit dan perbelanjaan anda dapat dijimatkan.

Anada juga boleh juga mohon bantuan risda ini seperti mana yang diwarwarkan oleh mypt3

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Bina Negara RISDA yang telah pun ditetapkan :

  1. Umur mesti berada dilingkungan antara 18 hingga 45 tahun
  2. Mesti sudah berkahwin
  3. Kalangan yang berminat untuk memiliki rumah mampu milik di kawasan luar bandar
  4. Masih belum memiliki rumah pertama sendiri
  5. Generasi kedua pekebun kecil RISDA
  6. Mesti masih tinggal di kawasan luar bandar
  7. Ada tanah sesuai untuk dibangunkan

Butiran Permohonan Rumah Bina Negara RISDA

Jikalau berminat boleh semak lagi butiran tambahan bagi bantuan RISDA ini melibatkan permohonan rumah bina negara ini seperti info pada jadual di bawah ini :


[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Skim Rumah Bina Negara RISDA,Harga rumah RM65 ribu dan kerajaan tawar insentif sebanyak Rm20 ribu
Saiz Keluasan Rumah,700kps (3 bili tidur dan 2 bilik air)
Bayaran ansuran bulanan,hanya RM250 sebulan sahaja
Sasaran Unit Menjelang Tahun 2020,2 ribu daripada Felcra dan 2 ribu daripada FELDA; 5 ribu daripada RISDA
Kementerian dan Agensi Terlibat,RISDA dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Cara Permohonan Rumah Bina Negara RISDA,Boleh dapatkan borang tersebut di mana-mana cawangan RISDA yang terdekat
,pejabat Parlimen dan DUN masing-masing di tempat anda
Telefon bantuan hotline,03-42564022 (Bahagian program Khas RISDA)
[/table]

P/S : Ada yang berminat di sini?