Cukai Jualan Hartanah (RPGT Malaysia) Naik Menjadi 30 Peratus Pada Bajet
Spekulasi harga rumah semakin menjadi-jadi sekarang ini sehingga akhirnya menyukarkan dan ada juga yang sehingga telah menyekat golongan yang berpendapatan rendah dan juga serdahana untuk memiliki rumah kediaman mereka sendiri.
Berita Semasa dimaklumkan yang mana kerajaan menaikkan cukai jualan hartanah RPGT Malaysia kepada 30 peratus sebagai langkah terakhir untuk tujuan mengekang aktiviti spekulasi harga rumah dan isu kenaikan yang semakin membimbangkan.
Sebenarnya yang ramai rakyat Malaysia mengadu lebih kepada situasi yang melibatkan penjualan unit rumah baru kepada pembeli yang pertama. Mekanisme menaikkan Cukai Jualan hartanah (RPGT Malaysia) hanya lebih kepada aktiviti “subsale”.
Projek perumhan baru tetapi harga yang ditawarkan melambung berlipat kali ganda. Apa yang boleh Berita Semasa jangkakan, apabila cukai RPGT Malaysia dinaikan semata tanpa disusuli dengan mekanisme & langkah pencegahan yang lain, dikhuatiri pemilik hartanah akan menaikkan harga semata-mata mahu menampung kos cukai yang tinggi terutamanya di lokasi yang strategik & menguntungkan.
Kadar Cukai RPGT Malaysia VS Kawalan Harga Rumah
Pemaju tetap beli tanah disebabkan boleh jual rumah yang mahal. Masalah hartanah di Malaysia. Kebanyakan projek perumahan disediakan oleh pihak swasta. Permintaan tinggi, tetapi unit rumah mampu milik yang disediakan agak rendah.
Nah…itu sebablah pemaju boleh meletakkan sesuka hati harga rumah yang ditawarkan sekarang.
- Rakyat Malaysia berharap harga rumah (harga pemaju kepada pembeli rumah pertama) ditawarkan pada harga mampu milik. RM400,000 ke waha bukan mampu milik
- Mekanisme yang diberikan kerajaan kelak, hanya tertumpu kepada perolehan pendapatan kerajaan melalui cukai melibatkan penjualan jualan hartanah. Ist pemilik kepada 2nd pemilik dan seterusnya.
- Tiada mekanisme untuk Syarikat-syarikat perumahan yang cukup bermaharajalela sekarang ini?
Ini antara langkah yang boleh Berita Semasa kongsikan yang dirasakan mampu mengekang sedikit sebanyak spekulasi harga yang terus melonjak di Malaysia.
- Sepatutnya warga asing tidak dibenarkan sama sekali membeli hartanah freehold. Dan jikalau warga asing asing mahu beli juga, hanya dibenarkan untuk tempoh yang singkat sahaja.
- Nilai hartanah yang warga asing dibenarkan beli hanya pada harga jutaan ringgit sahaja. Dan cukai RPGT Malaysia untuk warga asing juga mestilah berkali ganda berbanding rakyat tempatan
- Hanya benarkan expatariat beli atau sewa kondominimum sahaja. Jikalau rumah, memang expatariat tidak dibenarkan beli sama sekali. Tidak boleh.
- Kerajaan wujudkan “bank tanah” yang menawarkan kepada pemaju pada harga yang berpatutan dengan syarat pemaju mesti menyedia banyak kediaman dan rumah mampu milik
- Anda ada lagi mahu tambah senaraiannya?
Kerajaan sepatutnya leboh fokus untuk menumpukan ke arah mengawal aktiviti pemaju yang kebanyakan menindas kalangan pembeli.
Jikalau dahulu ya, Berita Semasa akui kebanyakan pemaju perumahan mungkin mengambil hanya 30% keuntungan dari harga jualan rumah. Tetapi tidak untuk sekarang. Sekarang pemaju lebih senang untuk mengambil 60% (walaubagaimanapun ini pun sudah menjadi kebiasaan pemaju hari ini). Kebiasaannya 100%, malah ada yang sampai 150% margin keuntungan untuk harga rumah.
Rumah-rumah yang kosnya sekitar RM 100,000, sudah meningkat menjadi RM 250,000 atas “kerakusan” pemaju perumahan dan juga spekulator yang seolah-olah, berpakat dalam hal ini.
Oleh itu, kerajaan perlu tumpu untuk mencari penyelesaian daripada peringkat akar umbi lagi daripada sekarang. Apa kata anda pula?
Kadar Cukai RPGT Malaysia yang terkini dikongsikan kepada anda seperti pada jadual di bawah ini..
[table sort=”desc,asc”]
Tahun,Kadar Tahun 1,Kadar Tahun 2, Kadar Tahun 3, Kadar Tahun 4, Kadar Tahun 5
1995-2007,30 Peratus,30 Peratus,20 Peratus,15 Peratus,5 Peratus
2008-2009,-,-,-,-,-
2010,5 Peratus,5 Peratus,5 Peratus,5 Peratus,5 Peratus
2011,10 Peratus,10 Peratus,5 Peratus,5 Peratus,5 Peratus
2012,10 Peratus,10 Peratus,5 Peratus,5 Peratus,5 Peratus
2013,15 Peratus,15 Peratus,10 Peratus,10 Peratus,10 Peratus
2014,30 Peratus,30 Peratus,30 Peratus,20 Peratus,15 Peratus
[/table]
P/S : Anda akan mendapat kelebihan dan keistimewaan sekali seumur hidup untuk jual rumah anda tanpa dikenakan cukai RPGT Malaysia. Gunakan dengan sebaiknya pada hartanah yang betul.