Royalti Minyak Kelantan. Sampai Bila Rakyat Kelantan Harus Menunggu Hak Mereka?
Bagi kami, isu royalti minyak Kelantan ini cukup mudah untuk difahami.

Ini memang terbukti hak negeri Kelantan iaitu hak bersama seluruh rakyat Kelantan. Mengapa mahu menafikan hak mereka walaupun berlainan ideologi politik masing-masing
Persoalannya sekarang kenapa kerajaan persekutuan mengambil “jalan sukar” untuk menguruskan pemberian hak seperti ini?
Bangsa Melayu Sendiri Nafikan Hak Royalti Minyak Kelantan
- Yang DiPertuan Agong Melayu dan juga beragama islam
- Perdana Menteri Melayu & beragama Islam
- Majoriti ahli parlimen adalah adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam
- Majoriti rakyat Kelantan Melayu
- Tunku Razaleigh Hamzah – bekas CEO Petronas yang menandatangi Perjanjian Akta Petroleum 1974 (Dokumen asal ada di sini) yang masih hidup pun mengatakan ia hak negeri kelantan. Pulangkan semula hak mereka, biarkan mereka uruskan hasil royalti minyak Kelantan tersebut sendiri
Jangan kita buat perjanjian , kita “pijak semula” perjanjian tersebut”
Apabila kita bercakap tentang hak, kita kena pulangkan hak tersebut semula kepada penerima yang sepatutnya. Jika kita mahu hak kita dihormati, hormati dahulu hak orang lain.
P/S : Jadi tuntutan kami jelas pulangkan semula hak royalti minyak Kelantan kepada rakyat Kelantan bukannya wang ehsan
PP/S : Kalau wang ehsan mengapa negeri-negeri lain tidak dapat? Mengapa jikalau tiba untuk negeri Kelantan berlainan pula cara dan mekanisme untuk mereka merasai hasil mahsul yang berada di bumi negeri mereka?