≡ Menu

Rosmah Mansor Shopping Mutiara RM487,687 (AU$150 K) & Anak Datuk Najib Shopping (AU$60 K) ?

Rosmah Shopping Mutiara RM487,687 (AU$150 K) dan Anak Najib shopping jam rolex ?

Bukan apa, baru sahaja semalam keluar berita yang Malaysia nak tawarkan diri untuk jadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2019, sempena ulang tahun ke-30. Itu laporan daripada Bernama.

rosmah shopping

Lain pula laporan berita daripada akhbar yang berpengaruh di Australia dan mypt3 ada memetik mengenai Rosmah mansor pula…Bukan mengenai beg tangan Rosmah Birkin.

Di bawah ini adalah keratan akhbar daripada “The West Australian” pada hari Isnin (31 Oktober 2011) iaitu semalam. Dan paparan yang kami nak fokuskan kali ini adalah pada halaman yang ke-10. Sekali imbas tiada apa yang menarik selain pusing-pusing, hanya berkisar liputan mengenai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Cuma….

Cuma ada satu bahagian di halaman tersebut yang ada kena mengena dengan Malaysia dan “turut diberikan liputan” secara percuma di sana.

rosmah mansor shopping

Lokasi shopping mutiara di David Jones :

622 Hay Street
Perth, WA 6000

Telephone(08) 9210 4000
http://www.davidjones.com.au/stores/Hay-Street-Mall

Ketika berita ini ditulis, tukaran matawang Australian Dollar terhadap Ringgit Malaysia adalah :

1.00 AUD = 3.24853 MYR

Seorang, sudah diketahui identiti yang shopping AU$60,000 (RM195,117) iaitu anak Rosmah Mansor isteri Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia), seorang lagi siapa? Siapakah First Lady shopping AU$150,000 (RM487,687) untuk sekali belanja semasa berada di Australia??

P/S : Siapakah itu? Adakah benar First Lady yang dimaksudkan itu adalah Rosmah Mansor? Benarkah Rosmah shopping sebanyak itu di sana?