≡ Menu

Cincin Rosmah Mansor? Bersumpah CINCIN RM24 Juta Bukan Miliknya Kerana Rosmah Mansor Tiada Duit! Kes Tutup?


Cincin Rosmah Mansor? Bersumpah CINCIN RM24 Juta Bukan Miliknya Kerana Rosmah Mansor Tiada Duit! Kes Tutup?

Mungkinkah isu cincin Rosmah Mansor ini ada dimasukkan dalam sebahagian daripada 164 halaman mukasurat yang berharga RM150 dalam buku biografi Rosmah Mansor?

cincin rosmah

Sebelum ini suami Rosmah Mansor, iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak pernah bersumpah di masjid di Permatang Pauh, Pulau Pinang mengenai isu pembunuhan Altantuya Shariibuu. Kali ini giliran Rosmah Mansor pula…’

KLIK : Berapa banyak harta Rosmah Mansor berdasarkan laporan berita mypt3.com

Kontroversi isu cincin Rosmah yang kononnya bernilai RM24 Juta mula meletup sejak 2 tahun lalu. Dan ini jawapan dan penjelasan terkini Rosmah Mansor mengenai isu ini untuk tahun 2013:

  1. Datin Seri Rosmah Mansor boleh bersumpah dengan nama Allah beliau tidak pernah memiliki cincin bernilai RM24 juta seperti mana ramai yang mendakwa Rosmah mansor memilkinya
  2. Rosmah Mansor mengakui pernah melihat cincin RM24 juta tersebut dan Rosmah Mansor berani bersumpah bagi mematahkan dakwaan isu cincin RM24 juta itu.

Antara bait-bait perkataan yang menarik perhatian kami semasa penjelasan Rosmah Mansor mengani isu cincin Rosmah Mansor yang kononnya bernilai RM24 juta ini ialah :

“Sebaliknya, cincin tersebut dipamerkan kepada mereka yang mempunyai wang. Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya melihat (dan merasakan) ianya benar-benar cantik, itu saja,” kata Rosmah Mansor

Isu  Cincin Rosmah Mansor RM24 Juta? Video Rosmah Mansor Tidak Kisah Bersumpah!

Cuma kami ada sedikit kemusykilan selepas meneliti semula isu cincin Rosmah Mansor yang kononnya bernilai RM24 juta. Kastam sudah mengesahkan cincin RM24  juta ini masuk ke Malaysia. Malangnya, tiada pembeli? Datang jauh-jauh ke Malaysia semata-mata untuk memuaskan hati penonton untuk melihat keindahan cincin tersbeut.

Kemudian dipulangkan semula kepada syarikat yang merupakan pemilik cincin RM24 juta tersebut berdasarkan kenyataan menteri di Parlimen. Begitu?

Apa kata anda pula mengenai isu cincin RM24 juta ini selepas mendengar penjelasan dan “keberanian” Rosmah Mansor bersumpah untuk menafikannya?