≡ Menu

Senarai Ranking Universiti Malaysia IPTA IPTS? UM Terbaik !


Senarai Ranking Universiti Malaysia Malaysia IPTA IPTS? Universiti Malaysia UM 27 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Mahasiswa?

Bukan senang, untuk melihatkan kedudukan dan ranking universiti di Malaysia berada sama tinggi dalam senarai ranking universiti terbaik di Asia yang lain apatah lagi tersenarai dalam kalangan universiti terbaik di dunia pada hari ini.

ranking universiti

Syaratnya, orang politik kena kurangkan masuk campur dalam urusan pengurusan universiti di Malaysia.

Biarkan mereka fokus menguruskan universiti masing-masing dengan cara dan buah fikiran kalangan intelek dan tokoh akademik tanpa birokrasi dan arahan atas yang melampau.

Dan hari ini berita terkini yang mengembirakan kalangan akademik khususnya dari Universiti Malaya amnya dan rakyat Malaysia umumnya apabila Universiti Malaya Malaysia (UM) terus berjaya berada mengekalkan kedudukan mereka di dalam kalangan senarai ranking 30 universiti terbaik di Asia sekaligus terus diangkat sebagai ranking universiti malaysia terbaik di  Malaysia berdasarkan kajian QS Quacquarelli Symonds Asia

Malah kedudukan UM lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia IPTA IPTS 2016/2017


[table sort=”desc,asc”]
No,Senarai Universiti,Kategori,Ranking
1,Universiti Malaya (UM),IPTA,27
2,Universiti Putra Malaysia (UPM),IPTA,49
3,Universiti Sains Malaysia (USM),IPTA,51
4,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),IPTA,55
5,Universiti Teknologi Malaysia (UTM),IPTA,63
6,Universiti Teknologi Petronas (UTP),IPTS,127
7,Universiti Utara Malaysia (UUM),IPTA,137
8,International Islamic University Malaysia (UIA),IPTA,151
9,Taylor’s University,IPTS,179
10,Universiti Teknologi MARA – UiTM,IPTA,181
11,Universiti Multimedia (MMU),IPTS,193
12,Universiti Malaysia Sabah (UMS),IPTA,211-220
13,Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP),IPTA,221-230
14,Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),IPTA,251-300
15,Limkokwing University of Creative Technology,IPTS,251-300
16,Universiti Malaysia Pahang (UMP),IPTA,251-300
17,Universiti Malaysia Terengganu (UMT),IPTA,251-300
18,Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),IPTS,251-300
19,Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR),IPTS,251-300
20,UCSI University,IPTS,301-350
21,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),IPTA,301-350
[/table]

Tahniah Berita Semasa ucapkan. Ketua Penyelidik QS Ranking juga mengatakan :

“reputasi universiti Malaysia semakin meningkat dalam institusi akademik antarabangsa”

Jikalau Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya naik kedudukan kedua universiti terbaik Malaysia. Manakala Universiti Teknologi Petronas (UTP) terus menjadi universiti IPTS terbaik Malaysia. Tahniah diucapkan.

Semoga ranking universiti terbaik oleh Universiti Malaysia terus diperbaiki di pada masa akan datang sekaligus membuka mata ramai pihak, bahawa pihak institusi pendidikan di Malaysia yang menjadi tunjang utama kepada lonjakan pencapaian dan pelaburan masa depan Malaysia sebenarnya benar-benar diberikan perhatian serius oleh kerajaan Malaysia.

P/S : Apa respon balas kalangan mahasiwa, mahasiswi, bekas pelajar dan juga pensyarah melihatkan pencapaian universiti masing-masing pada tahun 2016 ini berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2016 IPTS IPTA kali ini? Bagaimana pula untuk siri ranking tahun 2017 pula?

PP/S : Anda boleh semak kedudukan seperti di bawah ini ranking universiti terbaik Malaysia daripada Universiti Malaya sehingga kedudukan terakhir yang disandang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bagaimana pula Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem) bila boleh tersenarai dalam ranking univeristi terbaik Malaysia?

Semak Sejarah Ranking Universiti Terbaik Malaysia IPTA IPTS Dari Tahun 2014-2016

Klik 3 gambar di bawah ini untuk perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya.