Ranking FIFA 2017 Bola Sepak Dunia Terkini. Malaysia?
Bola sepak Malaysia dahulu cukup digeruni.
Apabila masuk dalam pertandingan bola sepak baik dari peringkat Asia Tenggara, Asia mahupun peringkat Olimpik kehadiran kita diseri oleh pasukan lawan.
Aksi pasukan bola sepak Malaysia ibarat singa lapar. Ada masanya kulit kita dicalar, ada masanya kita membaham pasukan lawan. Tapi jarang sekali kita mendengar pasukan kita “diratah” dan “dikunyah” oleh pasukan lawan. Itu cerita dahulu…
Bola sepak Malaysia ibarat permainan yoya.
Ketika peminat bola sepak memberikan harapan menggunung kepada prestasi pasukan Malaysia, entah apa silapnya prestasi pasukan Malaysia tiba-tiba boleh berpusing 360 darjah dan menjunam semula dalam tempoh sekelip mata.
Terbaru, ranking FIFA 2017 Malaysia berada di kedudukan yang mengecewakandalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
- Ketika pasukan Malaysia gagal bermain dengan baik, jurulatih acapkali bertukar. Kepimpinan atas masih lagi “kebal”
- Ketika ranking FIFA Malaysia jatuh, senaraian pemain dan jurulatih cukup goyah. Bila-bila masa sahaja boleh ditukar ganti. Tetapi…..kepimpinan atas masih lagi “utuh” di atas sana
- Ketika pasukan Malaysia tidak menunjukkan prestasi yang sebenar dan acapkali kalah dalam beberapa perlawanan, pemain dan jurulatih begitu teruk dihentam oleh kalangan peminat bolasepak Malaysia. Tetapi kepimpinan atas masih terus teguh bersama-sama jawatan masing-masing yang dilihat begitu “galat” untuk ditinggalkan mereka
Jikalau mahu dibandingkan daripada infrastruktur dan kemudahan yang disediakan Malaysia lebih dilihat jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara seperti Myanmar dan Tajikistan. Tetapi…hakikatnya, ranking FIFA 2017 dunia telah menunjukkan prestasi yang memalukan kepada negara Malaysia :
Vietnam yang suatu ketika dahulu hanya dipandang enteng sahaja dalam dunia bola sepak telah berjaya diangkat sebagai negara terbaik di rantau Asia Tengara apabila masih lagi tergolong dalam 100 pasukan bola sepak terbaik dunia.
Ranking FIFA 2017 (Kalangan Negara-negara Asia Tengara)
- Mari kita lihat kedudukan negara kita yang tercinta Malaysia dalam ranking FIFA 2017?
- Di mana kedudukan kita dikalangan negara-negara jiran termasuklah Vietnam, Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand bagi ranking FIFA 2017 yang terkini
- Adakah semakin baik? Atau……mari kita sama-sama semak kedudukan terbaru berdasarkan perkongsian gambar-gambar di bawah:
Secara keseluruhannya, Sepanyol masih lagi mengungguli ranking FIFA dunia, apabila Argentina masih lagi kekal sebagai pasukan No. 1
Pemain-pemain Malaysia ada potensi sebenarnya. Mereka sudah membuktikannya sebelum ini. Tetapi sayangnya adakalanya kurang konsisten. Pasukan Malaysia jikalau digilap dan diuruskan dengan betul, insyaallah pasukan ada peluang untuk bangkit semula sekurang-kurangnya menjadi gergasi bola sepak yang dominan di Asia Tenggara.
P/S : Jadi, bagi kami sudah tiba masa, bola sepak Malaysia perlukan nafas baru secara keseluruhannya.