Rakyat Singapore Terkaya di Asia?

Masih belum lagi. Tetapi mereka berpeluang untuk merampas kedudukan teratas sebagai rakyat yang paling kaya di Asia sedikit masa lagi.
Ini kerana rakyat Singapore ketika ini merupakan rakyat kedua paling kaya di Asia dan keempat di dunia.
Singapore ranks second in Asia Pacific and fourth globally in terms of average personal wealth, according to the inaugural global wealth report by Credit Suisse Research. Average wealth per adult in Singapore has grown strongly in the last decade, rising from S$137,100 (RM322,185) per adult to over S$327,216 (RM768,957) in 2010.
The rise in financial health is supported by a period of strong domestic economic growth and asset price increases. Singapore’s two-fold increase in average wealth per adult has also been accompanied by a 7 per cent slide in average debt. Source: The Straits Times/ANN
Persoalannya bagaimana mereka berjaya mencapai kejayaan seperti ini? Ada cakap-cakap yang mengatakan, Singapore ini negara kecil, jadilah senang dan lebih mudah untuk diuruskan.
Rakyat Singapore Terkaya Dia Asia Sebab Singapura Negara Kecil?
Bolehlah senang-senang rakyat negara Singapore terkaya di Asia. Bolehkah begitu? Erm…..Jikalau begitulah pendapatnya, agaknya lagi 30 tahun negara kecil seperti Timor Leste berpeluang menjadi negara maju.
Kalau begitu negara Amerika, Kanada dan Australia atau negara-negara sewaktu dengannya mesti mengharapkan negara Malaysia lebih maju dan kaya dari mereka sebab Malaysia sebuah negara kecil, senang diurus?
Boleh tak kita sebagai rakyat Malaysia menerima kenyataan bahawa Singapura sebuah negara yang lebih maju dan kaya dari kita, dan kita perlu belajar dari mereka dengan hati terbuka tanpa sebarang perasaan cemburu dan iri hati?
Bagi kami sendiri alasan seperti ini agak basi, kerap kali Berita Semasa mendengar ada dikalangan kita begitu sukar untuk menerima hakikat dengan hati yang terbuka dan belajar mencontohi apa yang sepatutnya baik untuk negara kita, Malaysia.
Bukan semua yang kita setuju dengan Singapore. Itu sudah pastinya. Tetapi ada juga yang perlu kita ambil perhatian daripada apa rakyat Singapore lakukan terhadap negara Singapore selama ini dan begitulah sebaliknya……