PTPTN Loan. 7 Soalan Lazim Yang Sering Pelajar Tanya
Zaman dahulu dengan sekarang lain. Zaman dahulu ibu bapa terpaksa menjual tanah, lembu, kambing di kampung semata-mata mahu memastikan kos pengajian anak masing-masing di Universiti dan pengajian tinggi dilangsaikan.

Ditambah pula kos dahulu untuk masuk ke universiti awam sangatlah kecil dan kurang membebankan. Berbanding sekarang universiti swasta semakin bertambah dek kerana jumlah yang celik untuk mengikuti pengajian tinggi semakin melonjak tinggi.
Disebabkan kurangnya dana pendidikan yang boleh digunakan oleh kalangan pelajar untuk sambung ke peringkat lebih tinggi, kerajaan telah menubuhkan agensi tabung pendidikan apa yang dipanggil sebagai perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional yang menawarkan PTPTN loan kepada anda semua yang berminat.
Jikalau anda berminat untuk memohon PTPTN loan ini dengan harapan dapat membiayai kos pengajian anda kelak. Tetapi sebelum itu, anda perlu pastikan samada anda mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional.
Mungkin 7 persoalan di bawah berserta jawapan yang tepat membantu anda dapat mendapatkan PTPTN loan pada jumlah yang dikehendaki sesuai dengan tempat pengajian anda kelak
7 Persoalan PTPTN loan?
Semak 7 persoalan seperti di bawah ini :
1) Adakah anda merupakan warganegara Malaysia?
Tawaran ini adalah satu keistimewaan yang ditawarkan dan diberikan khususnya kepada kalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan tips mypt3, jangan lupa kemaskini ptptn untuk membolehkan anda terima duit pinjaman ini.
2) Adakah anda terdiri dari kalangan umur yang tepat untuk memohon?
Pastikan umur anda ketika hantar pemohonan tidak lebih daripada umur 45 tahun. Tidak boleh lebih daripada itu
3) Adakah anda ada menerima tawaran untuk belajar di universiti awam, universiti swasta ataupun di politeknik?
Jikalau anda dapat tempat di USM. Sila tunjukkan surat tawaran anda atau buktikan yang anda belajar di intitusi tersebut
4) Adakah anda ditawarkan kursus yang diiktiraf oleh MQA?
Pastikan kursus tersebut di universiti tempat anda belajar diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi ataupun MQA
5) Adakah anda telah menerima biasiswa JPA, Biasiswa MARA ataupun pinjaman pendidikan selain daripada PTPTN loan?
Jikalau ada, sila jauhkan diri untuk mohon PTPTN loan. Ini kerana anda tidak layak sama sekali untuk memohon
6) Adakah anda sudah ada akaun SSPN-i?
Jikalau anda benar-benar berminat dengan PTPTN loan, sila pastikan anda sudah mempunyai akaun SSPN-i tidak kira dari Maybank, bank Islam, bank rakyat, RHB Bank ataupun SSPN-i Bank Islam. Ini kerana ia salah satu syarat yang diperlukan sebelum hantar permohonan
7) Berapa agaknya jumlah pinjaman yang boleh anda dapat?
Bergantung. Bergantung kepada intituasi pendidikan yang bagaimana anda dapat tawaran sambung belajar. Bergantung juga kepada berapa pendapatan, gaji ibu bapa anda samada mereka adalah penerima BR1M atau tidak.


Bagaimana mudah bukan?