≡ Menu

Review Proton Persona Baru. Harga Spesifikasi dan Gambar Terkini


Review Proton Persona Baru. Harga Spesifikasi dan Gambar Terkini

Jikalau baru-baru ini syarikat Perodua Malaysia mengeluarkan kereta sedan pertama mereka yang dinamakan Perodua Bezza terbaru untuk terus menyaingi Proton Malaysia, nampaknya Proton Malaysia tidak mahu berpeluk tubuh sahaja.

proton persona

Berita Semasa difahamkan yang mana Proton Holdings Berhad akan mengeluarkan buah tangan terbaru iaitu Proton Persona 2016 baru dan terkini. Pada anda yang berminat, Berita Semasa dimaklumkan anda sudah boleh melakukan tempahan bermula 15 Ogos 2016 yang mana ia akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Ogos 2016.

Model terbaru proton ini akan ditawarkan kepada 3 varian iaitu Standard, executive dan juga Premium. Yang pastinya keselamatan yang bercirikan terkini didatangkan sekali untuk model Proton Persona 2016 ini.

Berita Semasa yakin dan percaya model ini akan mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan yang tercari-cari model kereta baru melihatkan beberapa spesifikasi awal yang telah pun didedahkan kepada umum. Antaranya:

Tawaran Harga Proton Persona 2016 Baru Tidak Rasmi?


[table sort=”,desc,asc”]
Model Kereta,Harga Tidak Rasmi
Proton Persona 2016,RM47000 – RM61000
[/table]

[table sort=”,desc,asc”]
Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT
Enjin 1.6 liter VVT
107 hp pada 5750 rpm; 150 Nm pada 4000 rpm
5.6 l/100 km bagi 5MT (90km/j)
6.1 l/100 km bagi CVT (90km/j)
Ecodrive Assist
Lampu utama Relector halogen (tinggi boleh laras)
Lampu kabus belakang
Sensor parkir depan dan belakang
Rim 15 inci kelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer)
Cermin sisi dan pemagang pintu tidak dicat
Cermin sisi elektrik
B Pillar warna badan
Kunci remote dan penghidup enjin dengan kunci
Unit audio Single DIN and Bluetooth
Tempat duduk fabrik
Tempat duduk boleh dinaikkan
Kapasiti but belakang 510 liter
Tempat duduk kanak-kanak Isofix
2 Beg udara
ABS dengan EBD dan BA
Vehicle Stability Control (VSC)
Hill hold assist
Brek cakera depan; brek dram belakang
[/table]

Untuk jadual di bawah ini, terpapar tambahan yang diberikan mengikut spesifikasi yang bakal anda pilih

[table sort=”,desc,asc”]
Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT
Lampu kabus depan
Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
Spoiler but belakang
Unit audio Double DIN dan Bluetooth
KOnsol tengah warna kelabu berkilat
Port mengecaj USB
60:40 lipatan kerusi belakang
Trim pintu fabrik
[/table]
[table sort=”,desc,asc”]
Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT
Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
B Pillar hitam
Masukan tanpa kunci dengan butang penghidup
Unit skrin sentuh (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur
Tempat duduk dan stereng kulit
Trim pintu kulit
Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat
6 Beg udara
[/table]
[table sort=”,desc,asc”]
Proton Persona 2016 1.6 Premium SE CVT
Bodykit dwi tona menyeluruh
[/table]