Program Assessment Centre Spa. Tips Terbaik Buat Anda!

Program Assessment Centre Spa. Tips Terbaik Buat Anda!

Berdasarkan pengalaman dan maklumat yang Berita Semasa ada, suka untuk berkongsi dengan anda semua yang bakal terbabit mengenai Program Assessment Center SPA (PAC).

program assesment centre spa



Dahulu tiada Program Assessment Center SPA (PAC), tetapi sejak tahun 2011 Program Assessment Center SPA (PAC) diwajibkan kepada kalangan anda yang mahu bergelar penjawat awam untuk menyertainya sebelum anda menghadiri proses temuduga yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.

Ia wajib untuk semua skim jawatan penjawat awam yang lain termasuklah kepada skim gred Pegawai Penerangan, Pegawai Sukan, Pegawai Akauntan W41, Pegawai Hal Ehwal Islam dan lain-lain lagi selepas anda berjaya lulus ujian bertulis.

Anda jangan rasa terbeban kerana Program Assessment Center SPA (PAC) ini hanya berlnagsung selama sehari sahaja. Tidak lama mana pun. Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan aktiviti dan jadual yang bakal berlangsung pada hari tersebut.

Program Assessment Centre Spa. Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Turutan Program Assessment Center SPA (PAC)
1. Berpakaian format dan kemas seperti anda bertugas dalam sektor kerajaan dengan mengikut 'dress code' yang telah ditetapkan. Pastikan anda datang awal dan isi borang-borang yang lengkap diisi butirannya. Berita Semasa cadangan anda membawa bersama blazer sebagai bonus kepada penampilan anda pada hari tersebut.
2. Nombor akan diberikan untuk dipakai dan dipamerkan sepanjang program tersebut berlangsung
3. Slip kehadiran akan diberikan kepada anda juga bagi membolehkan anda membawa bersama untuk ditandatangan dan direkod pada setiap sesi dan aktiviti yang perlu anda hadiri mengikut masa dan tempat (nombor bilik) yang telah ditetapkan. Pada akhir program; anda dikehendaki untuk pulangkan semula slip kehadiran tersebut kepada pegawai bertugas.
4. Program Assessment Center SPA (PAC) ini akan berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga berkahir pada pukul 6 petang
5. Akan ada 6 aktiviti yang perlu anda selesaikan dengan jayanya

Ada 6 elemen aktiviti yang terkandung sepanjang Program Assessment Center SPA (PAC) ini.

Antaranya ialah…

Bil. Aktiviti Apa itu?
1. Ujian personaliti SPA Anda akan diberikan masa sekitar 30 minit yang mana anda dikehendaki jawab banyak soalan (250 soalan kesemuanya) yang bakal dikemukakan kepada anda. Ini semua bagi menilai samada anda sesuai atau tidak untuk mengalas tanggungjawab dan tugas bagi jawatan kosong tersebut
2. Debat ala Parlimen Tajuk isu semasa di Malaysia akan diberikan dan anda akan berhujah dan berdebat selama tempoh 30 minit sesama ahli kumpulan yang telah diagihkan. Di mana dalam sesi tersebut; fasilitator akan menentukan kumpulan mana yang pembangkang atau dipihak kerajaan. Apa yang penting bagi sesi ini ialah lontaran suara anda mesti jelas; isi mantap dan dilihat berkeyakinan untuk mengutarakan pendapat dan hujah.
3. Daya Penyelesaian Masalah Masa yang ada hanya 45 minit. Anda diberikan satu masalah untuk kumpulan anda selesaikan. Pilih ketua kumpulan yang berwibawa dan berbincang semasa ahli kumpulan. Sepanjang sesi ini anda akan dinilai daripada pelbagai aspek antaranya ialah kemahiran berfikir di luar kotak; lontaran idea; kerjasama; kepimpinan.
4. Perbincangan Kumpulan Dengan masa 45 minit anda perlu bercakap dalam bahasa Inggeris (English) sepanjang tempoh perbincangan dengan ahli kumpulan anda yang lain. Anda akan dinilai daripada sudut berkompromi ketika berbincang; keyakinan ketika berhasa Inggeris dan juga idea yang anda lontar sepanjang perbincangan.
5.&6. Pengucapan awam dan Public Speaking Masa yang diberikan masing-masing anda 5-6 minit dan 4-5 sahaja di mana anda dikehendaki berhujah di hadapan panel berdasarkan tajuk yang diberikan pada ketika masa pendaftaran di awal bagi dengan menggunakan lenggok bahasa dan bahasa badan yang betul; bercakap dengan ada intonasi; kedudukan eye contact yang meyakinkan. Semua ini dinilai pada 2 sesi terakhir ini. Jadi gunakan masa yang terluang untuk membuat persediaan secukupnya.

 

P/S : Ingat zaman hari ini untuk bergelar penjawat awam dan kakitangan kerajaan tidak semudah yang disangka. Slot jawatan tidak banyak tetapi yang hantar permohonan jawatan kerajaan terlampau ramai. Jadi pastikan anda berusaha menampilkan yang terbaik untuk setiap proses dan prosedutr yang telah ditetapkan. Buat kajian, ulangkaji dan latihan berterusan.


Kongsi dan Viralkan!

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Daftar Borang Permohonan SPA8i 2017 Online Semakan Lepasan SPM, STPM, STAM Daftar Borang Permohonan SPA8i 2017 Online Semakan Lepasan SPM, STPM, STAM Ada yang baru sahaja menghabiskan pelajaran peringkat sekolah Menengah sudah mempunyai perancangan dan cita-cita masing-...
{ 0 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini

shares