≡ Menu

Barack Obama Presiden Amerika Kali Kedua. Review Berita Semasa Pasca Pilihanraya?


Barack Obama Presiden Amerika Kali Kedua. Review Berita Semasa Pasca Pilihanraya?

Menang Lagi!! Barack Obama Presiden Amerika Kali Kedua. Review Berita Semasa Pasca Pilihanraya?

presiden amerika

Barack Obama boleh dikatakan “menang” agak awal seperti yang dijangka. Kami sempat memerhatikan “daripada jauh” laporan demi laporan sebelum keluarnya di mana menunjukkan proses pengiraan undi masih belum seleai lagi tetapi Barack Obama sudah jauh mendahului dengan 284 undi.

Sedangkan untuk menang beliau hanya memerlukan 270 undi sahaja di mana jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 538 kesemua.

Kemenangan banyak dibantu undi…..daripada “swing state” contohnya di Ohio…

Kalau di Amerika, walaupun hebat mana sekalipun Presiden Amerika hanya boleh memegang tampuk pemerintahan paling maksimum 2 penggal sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu.

Tidaklah sampai 20, 30 tahun lamanya “melekat” di kerusi pemerintah. 2 penggal sahaja Barack Obama boleh berkuasa, selepas daripada itu berikan peluang kepada yang lain pula untuk memerintah dan memimpin Amerika.

Bagi kami Republikan dikenali sebagai sebuah parti yang ……

  • berjuang untuk rakyat, tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah mereka sebenar banyak berjuang untuk puak-puak yang kaya-raya
  • kuat berpegang kepada ketuanan kulit putih
  • kuat menghalau pendatang
  • majoriti penyokongnya adalah terdiri daripada orang-orang kampung di sana
  • majoriti penyokongnya juga tidak berpendidikan tinggi
  • majoriti penyokongnya terdiri daripada orang-orang tua
  • suka perguna orang agama untuk kepentingan politik

Walaubagaimanapun, kalau kita bercakap mengenai suasana politik di Amerika yang berlaku hari ini Barack Obama sepatutnya boleh dikalahkan. Sebab apa? Ini kerana prestasi Barack Obama kurang baik semasa 4 tahun beliau memimpin Amerika. Calon Republikan yang akan datang perlu bekerja lebih kuat selepas ini. Kalau nak dibandingkan dengan zaman Ronald Reagan, Theodor Reesovelt dan Abraham Lincoln, calon Demokrat langsung tidak boleh lawan.

  • Walaupun ekonomi Amerika teruk, kadar pengangguran masih tinggi, rating Barack Obama makin menjunam…tetapi Matt Romney masih tidak mampu menang.
  • Ini menunjukkan calon Republikan kali ini sangat teruk.

Kalau berbalik kepada sejarah lampau Amerika, yang suka perang ini cuma individu yang dikenali sebagai “3 stooges” dalam Republikan iaitu Dick Cheney – George W.Bush – Donald Rumsfeld.

Walaubagaimanapun, itu bukan dasar republikan sebenarnya. Abraham Lincoln yang telah menggadai nyawa hapuskan “slavery” aka penghambaan itu pun terdiri daripada pemimpin Republikan juga. Hakikatnya, yang banyak terlibat dalam perang-perang besar terutamanya yang melibatkan ramai umat Islam adalah presiden Demokrat. Contohnya?

  1. Harry Truman (Perang Israel-Arab 1948)
  2. JF Kennedy (Perang Vietnam-Amerika)
  3. LB Johnson (Perang Yom Kippur)

Presiden Amerika : Barack Obama VS Matt Romney?

Kalau diceritakan apa pendirian kedua-dua parti dominan di Amerika ini. Nah…ini jawapannya….

  1. Demokrat = Pro kepada perkahwinan sejenis, pro gay, pro gay/lesbian, ultra liberal, mendapat sokongan daripada industri Hollywood/perjudian, dan tidak lupa juga sokongan daripada Jews (Zionist)
  2. Repubalikan = Nilai kekeluargaan dan kroni, Menitikberatkan nilai agama, menyokong corak ekonomi lama (bisnes “halal”), anti kepada perkahwinan sejenis,pro kepada pemilikan senjata, menolak LBGT dan paling penting sekali ia turut didukung juga oleh Jew (Zionis)

Presiden Amerika : Demokrat VS Republikan?

Jadi amat pelik jika, ada Muslim Sunni yang menyokong Republikan. Kami bertambah pelik ada yang menyokong Demokrat.

  • Demokrat ini juga lebih banyak rancangan mereka nak mengagihkan kekayaan yang dimiliki kepada kumpulan sasaran. Lebih kurang subsidi tetapi mereka lebih kepada “food stamps programme”, program memulihkan kadar penganguran dan sebagainya. Tetapi mereka (demokrat) juga lebih liberal di mana LBGT, gay/lesbian.
  • Orang kulit hitam, Latino, Arab-Amerika, Muslim-Amerika, Jew, kelompok LGBT, pelajar universiti dan golongan muda adalah penyokong terbesar Demokrat.
  • Manakala Republikan pula lebih mementingkan kekuatan prinsip ketuanan mat saleh mereka dan sangat menjaga kekayaan yang dimilki untuk diagihkan kepada rakan-rakan dan kelompok mereka sahaja (dalam erti kata lain, KRONI)

Walaubagaimanapun, kami percaya seperti mana di”highlightkan” di portal berita terkemuka lain kemenangan tipis Barack Obama, angkara bantuan taufan . Ini kerana secara tradisi biasanya  rakyat Amerika TIDAK akan menyingkirkan Presiden Amerika yang sedang menangani perang atau dikala negara mereka dilanda bencana. Ditambah faktor gambar di bawah banyak membantu Barack Obama untuk menang…..

Jangan difokuskan mata anda terhadap aksi Barack Obama memeluk perempuan tua itu. Ini kerana bukan gambar peluk itu yang telah menaikkan  populariti Barack Obama. Tetapi…..tetapi, lelaki yang berbadan besar itulah yang memberikan “powerful message” kepada Mitt Romney amnya dan rakyat Amerika umumnya.

  • Beliau ada Chris Christie, Gabenor New Jersey, antara sekutu paling kuat Mitt Romney.
  • Pengkritik Barack Obama “no wahid”, sudahnya saling puji-memuji antara satu sama lain..

Apa Yang Dipelajari Disebalik Corak Pemilihan Presiden Amerika kali Ini?

  1. USA tiada SPR. Yang buat kerja dan tugasan pilihanraya ini cuma kerajaan negeri sahaja. Peraturannya berbeza-beza mengikut negeri. Ada yang boleh buat undi pos, ada negeri yang tidak boleh. Terbaru terdapat 2, 3 negeri termasuk New Jersey sudah mula buat “online voting”, negeri-negeri lain masih belum buat. Tetapi mereka hanya berpegang pada prinsip – TRANSPARENCY, INTEGRITY dan TRUSTWORTHY, tiada penipuan-penipuan yang tidak masuk akal seperti yang terdapat di……………….
  2. Yang menjalankan proses pengundian ini, bukan “pak turut kepada Barack Obama ataupun Mitt Romney”
  3. Kemenangan tidak memerlukannya menghulur “kain pelikat” dan beras sekampit kepada rakyat Amerika bagi mendapat undi
  4. Barack Obama tidak memerlukan ilham bagi rakyat Malaysia mengetahui “tarikh Pilihanraya Umum Amerika”
  5. Apabila keputusan pilihanraya diumumkan, yang kalah seperti calon Republikan (Mitt Romney) akan buat “concession speech” dan yang menang akan buat “victory speech”. Tidak kedengaran yang kalah, mereka baling kerusi, merusuh tidak tentu hala ataupun sepak tong undi. Oooops!!
  6. Semua calon yang bertanding pemilihan Presiden Amerika mendapat akses yang sekata terhadap media cetak dan elektronik
  7. Barack Obama tidak menggunakan duit negara, duit rakyat Amerika untuk tujuan kempen parti Demokrat. Tidak juga menggunakan institusi kerajaan untuk kepentingan parti mereka. Dan…sama sekali tidak menyalahguna kakitangan kerajaan Amerika untuk menjadi sebahagian daripada kakitangan parti Demokrat yang bertugas
  8. Di Amerika, undi pos tidak sama sekali dianggap  undi automatik kepada kerajaan Amerika yang dipimpin Barack Obama sebelum ini
  9. Akhirnya kami suka perjalanan menuju pemilihan Presiden Amerika. Sangat matang dan berinformasi. Mereka saling berdebat dan berdiskusi bagaimana cara nak naikkan ekonomi Amerika, bentang fakta, soal jawab secara live…

P/S : Agak-agaknya kalau di Malaysia kita tiru apa yang dilakukan semasa pemilihan Presiden Amerika, yang mana setiap Perdana Menteri Malaysia hanya boleh memegang 2 penggal sahaja. Maksimum!! Setuju?

PP/S : Yang contoh yang baik sahaja semasa mereka menjalankan pemilihan Presiden Amerika jadikan sahaja kita jadikan panduan dan boleh diikutinya. Mengapa tidak bukan? Yang tidak baik, usah ambil pusing.