≡ Menu

Borang Rumah PR1MA Malaysia : Daftar Harga PRIMA RM400K


Daftar Borang Rumah PR1MA Malaysia : Perumahan Rumah PRiMA RM100K-RM400K. RM200K Bulanan RM400-RM500 sahaja?

Berita Semasa mendapatkan aduan daripada kalangan pembaca, yang mana portal PR1MA Malaysia sedang mengalami masalah akses ketika ini.

rumah pr1ma

Beberapa halaman pada portal PR1MA mengalami gangguan dan tidak boleh dibuka.

Portal mypt3 mengatakan bilangan yang mula daftar borang permohonan rumah PR1MA Malaysia semakin meningkat dan melonjak naik dengan projek perumahan rumah prima ini.

Rakyat Malaysia terus tercari-cari dan teraba-raba apa yang dipanggil rumah mampu milik untuk mereka yang mana harga yang ditawarkan dalam skim ini adalah 20 peratus lebih murah daripada market value atau harga pasaran. Berminat?

Walaubagaimanapun, Berita Semasa difahamkan masalah tersebut sedang cuba diperbaiki secepat mungkin oleh pihak PR1MA Malaysia sendiri. Harap bersabar…..

Yang mana belum daftar permohonan prima secara online dan dalam pada masa yang sama memiliki pendapatan isi rumah bulanan (suami dan isteri), anda boleh hantarkan borang permohonan secara online dengan cara dengan seperti di bawah ini.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PRIMA

rumah prima

  • Rumah teres PR1MA Malaysia berukuran dari 1,400 kps hingga 1,700 kps
  • Apartmen pula berukuran dari 670 kps hingga 1,300 kps
  • Projek perumahan PR1MA Malaysia berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000
  • 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran sebenar

Cara Daftar Rumah Pr1ma 1 Malaysia

Jangan terlepas satu pun aturan seperti di bawah ini :

  1. Anda perlu daftar terlebih dahulu, dan selepas itu anda akan mendapat akses bagi borang permohonan PR1MA secara online dengan layari layari portal rasmi PR1MA
  2. Sila baca syarat kelayakan terlebih dahulu dan dokumen yang diperlukan.
  3. Anda perlu mohon rumah PR1MA Malaysia berdasarkan senarai projek perumahan rumah mampu milik yang diumumkan dan disiarkan di portal online
  4. Undian akan dilakukan jikalau nama anda lulus dan tersenarai anda akan dipanggil untuk memilih unit
  5. Skim pembiayaan dan pinjaman mudah akan ditawarkan keada anda

[table sort=”desc,asc”]
Sumber Rujukan Penting Perumahan Rumah Prima, Pautan dan Butirannya
Senarai projek prima mengikut negeri,KLIK SINI
Daftar Permohonan PRIMA,KLIK SINI
Keputusan permohonan PR1MA,Anda akan dimaklumkan menerusi email dan sms selepas proses undian yang telus dilakukan
[/table]

  • Keputusan undi akan diumumkan daripada masa ke semasa
  • Jikalau anda berjaya terpilih, pihak PRIMA Malaysia akan menghubungi anda melalui SMS dan juga emel. Surat rasmi juga akan dihantar bagi membolehkan anda memilih unit kediaman anda.

[table sort=”desc,asc”]
Ada masalah?
Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang)
Pusat Panggilan 03-7962 4374
E-mel: info@pr1ma.my
[/table]

Senarai Projek Perumahan Rumah PRIMA Malaysia seperti di bawah ini….

  1. Rumah 1 Malaysia di Negeri Sembilan (6,174 unit rumah)
  2. Rumah 1Malaysia di Selangor (8,872 unit rumah)
  3. Perumahan Rumah PRIMA 1 Malaysia di Kuala Lumpur (4,636 unit rumah)
  4. Rumah PRIMA di Johor (7,539 unit rumah)
  5. Rumah Prima di Pulau Pinang (2,510 unit rumah)
  6. Rumah PRIMA di Kedah (1,349 unit rumah)
  7. Perumahan di Perak (208 unit rumah)
  8. Perumahan PR1MA 1 Malaysia di Pahang (1,152 unit rumah)
  9. Rumah PRIMA di Sabah (9,910 unit rumah)
  10. Rumah PR1MA di Sarawak (1,877 unit rumah)

Bagi yang berminat daftar borang rumah PR1MA Malaysia ini, anda wajib untuk tinggal di rumah tersebut dan anda sama sekali tidak dibenarkan jual rumah dan sewa rumah tersebut atau pindah milik tanpa kebenaran dalam tempoh 5 tahun lamanya.

Berita terkini daripada pihak PRIMA Malaysia, jika anda mahu rumah PR1MA sebagai rumah kedua sudah dibenarkan untuk hantar permohonan bermula hari ini.

P/S : Berita terkini berdasarkan pembentangan Bajet 2018 Malaysia, akan lebih banyak lagi rumah Prima yang bakal dibina untuk anda, dan dijangka jumlahnya akan terus melonjak kepada pembinaan perumahan sebanyak 175,000 unit rumah. Semoga berjaya kepada anda semua yang memohon sekaligus merealisasikan impian memiliki rumah sendiri kelak.

PP/S : PR1MA ada menawarkan banyak projek antaranya Pasir Mas, Kuala Terengganu, Padawan, Kuching Utara, Kota Kinabalu, Sandakan, Kora Murudu, Tawau, Kangar, Balik Pulau, Teluk Intan, Bayan Lepas, Langkawi, Tanjong Malim, Ipoh, Bagan Serai (Kerian), Bukit Gelugor, Batu Gajah, Kampar, Tapah, Alor Setar, Kulim, Sungai Petani, Taiping, Baling, Bandar meru, Klebang, Padang Temu, Alor Gajah, Tanjung Kling, Melaka Tengah, Pasir Gudang, Tebrau Johor Bahru, Setapak, Kajang, Seremban, Bandar Bukit Mahkota, Ampang Jaya, Pandan Jaya, Pandan Indah, Rantau Nilai, Port Dickson, Cyberjaya Sepang, Brickfileds (Damansara – Pencala), Bukit Jalil Seputeh, Bukit Bintang, Alam Damai Bandar Tun Razak.