Personal Loan Bank Rakyat: Pinjaman Peribadi 2023 Swasta

Cara Apply Personal Loan Bank Rakyat 2023: Pinjaman Peribadi Bank Kerjasama Rakyat untuk kakitaan kerajaan & pekerja swasta

bank rakyat personal loan

Bank Rakyat menawarkan tiga pelan pinjaman peribadi iaitu Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam untuk penjawat awam dan juga personal loan 2023 untuk pekerja Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pembiayaan Peribadi-i Pesara khusus untuk pesara kerajaan dan Anggota Tentera Malaysia (ATM) serta Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Pinjaman personal loan untuk swasta seperti ini memberi peluang pinjaman kepada pekerja sektor swasta serta mereka yang bekerja sendiri samada berpendapatan tetap atau pun tidak.

BACA SINI: Pinjam duit terus masuk akaun

Ketiga-tiga pinjaman peribadi bank rakyat 2023 ini merupakan pinjaman islamik yang patuh syariah sepenuhnya yang bermaksud tiada cagaran dan penjamin diperlukan untuk memohon.

Bank Rakyat Personal Loan 2023

Berikut merupakan huraian bank rakyat pinjaman peribadi dan personal loan kerajaan atau untuk swasta tersebut:

PELANPERIBADI-i (AWAM)PERIBADI-i (SWASTA)FINANCING-i (PESARA)
SASARANDireka khas untuk penjawat awam, pekerja GLC dan anggota ATMMensasarkan pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri samada secara kontrak ataupun tetapDitawarkan kepada pesara kerajaan dan ATM
JUMLAH DAN TEMPOH PEMBIAYAANRM5000 – RM200000 1 hingga 10 tahunRM5000 – RM150000 1 hingga 10 tahunRM5000 – RM100000 1 hingga 10 tahun

BACA SINI: Skjp loan pinjaman tanpa slip gaji

Syarat Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2023

Di bawah ini dikongsikakan syarat pinjaman peribadi bank rakyat untuk peribadi-i (Awam), (pinjaman peribadi swasta 2023) dan juga loan peribadi bank rakyat Financing-i (Pesara).

SYARAT PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT i (AWAM)
– Warganegara Malaysia.
– Berumur 18 hingga 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran 
– Penjawat awam, pekerja GLC terpilih dan anggota ATM
– Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan 
– Gaji bulanan tetap Rm1000 atau tahunan sebanyak RM12000.
– Bersih dari senarai hitam bank lain Bebas dari Akaun Pemerhatian Khas (SAA).
– Tidak di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
PERIBADI-i (SWASTA)
Syarat Umum
Warganegara Malaysia.
Bersih dari senarai hitam bank lain Bebas dari Akaun Pemerhatian Khas (SAA).
Tidak di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Berpendapatan Tetap
– Berumur 18 hingga 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran 
– Gaji bulanan RM2,000 atau tahunan sebanyak RM24,000. untuk jawatan tetap
– Gaji bulanan RM8,000 atau tahunan sebanyak RM96,000 untuk Jawatan Kontrak

Berpendapatan Tidak Tetap
– Berumur 18 hingga 55 tahun pada tarikh akhir pembayaran
– Gaji bulan minimum RM5,000 atau tahunan sebanyak RM60,000 berpeluang apply pinjaman peribadi untuk pekerja swasta
FINANCING-i (PESARA)
– Warganegara Malaysia
– Berumur 45 tahun ke atas dan 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran 
– Minimum pencen RM800 sebulan atau RM9600 setahun
– Bersih dari senarai hitam bank lain
– Bebas dari Akaun Pemerhatian Khas (SAA).
– Tidak di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Senarai Dokumen Sokongan Pinjaman Bank Rakyat 2023

(i) PERIBADI-i (AWAM)

  • Salinan Kad Pengenalan MyKad/MyTentera.
  • Penyata gaji 3 bulan terakhir
  • Penyata bank gaji 3 bulan terakhir
  • Surat pengesahan jawatan atau borang EA terkini.

(ii) PERIBADI-i (SWASTA)

Berpendapatan tetap

  • Salinan Kad Pengenalan 
  • Penyata gaji 3 bulan terakhir
  • Penyata bank gaji 3 bulan terakhir
  • Surat pengesahan jawatan atau borang EA terkini atau slip e-B LHDN

Berpendapatan Tidak Tetap

  • Salinan Kad Pengenalan 
  • Borang B LHDN atau resit bayaran.
  • Penyata Bank (6 bulan terkini)

Pemilik Perniagaan & Golongan Profesional (dokumen tambahan)

  • Salinan Penyata Bank akaun syarikat (6 bulan terkini)
  • Borang pendaftaran A dan D atau Borang 24 dan 49 untuk syarikat.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.

Berpendapatan Komisen (dokumen tambahan)

  • Penyata komisen 6 bulan terkini.

(iii) PINJAMAN BANK RAKYAT FINANCING-i (PESARA)

Pesara di Bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  • Salinan Kad Pengenalan 
  • Kad Pesara Kerajaan.
  • Penyata pencen.

Pesara di Bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)

  • Salinan Kad Pengenalan 
  • Kad Pesara Tentera
  • “Ledger Pensioner”.

Jumlah Kelayakan Personal Loan Bank Rakyat 2023

KATEGORIPERIBADI-i (AWAM)
Bayaran secara pindahan gaji atau Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM)Maximum RM200000
Bayaran ElektronikBerdasarkan mana yang lebih rendah antara gandaan gaji sehingga 10 bulan gaji kasar atau RM200,000.
KATEGORIPERIBADI-i (SWASTA)
Bayaran secara pindahan gaji atau BPA atau PGMdaripada 15 hingga 25 kali ganda gaji mengikut jumlah pendapatan bulanan.
Bayaran Elektronikdaripada 5 hingga 10 kali ganda gaji mengikut jumlah pendapatan bulanan

Jadual pembayaran bank rakyat pembiayaan peribadi i adalah seperti di bawah ini

PERIBADI-i (AWAM)
Kadar Pinjaman Bank Rakyat (TETAP)
– Bayaran secara pindahan gaji atau BPA atau PGM (dari 4.64% hingga 6.25%)
– Bayaran Elektronik (dari 5.75% hingga 6.31%)

Kadar Terapung
– Bayaran secara BPA atau PGM (dari 4.42% hingga 4.77% termasuk KA)
– Bayaran secara pindahan gaji (dari 5.78% hingga 6.42%) termasuk KA
– Bayaran Elektronik (6.42% hingga 6.77% termasuk KA KA – 2.85%)
PERIBADI-i (SWASTA)
Kadar Terapung
– Bayaran secara pindahan gaji atau BPA atau PGM (Daripada 8.22 peratus  hingga 8.62 termasuk Kadar Asas KA)
– Bayaran Elektronik (Daripada 10.22 peratus  hingga 10.62 termasuk Kadar Asas KA 2.85 peratus)
JADUAL PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2023 i (PESARA)
Bayaran secara pindahan pencen ke bank 5.3 peratus hingga 5.65 peratus termasuk KA KA 2.85 peratus

Cara Permohonan Loan Bank Rakyat

Selain daripada berkunjung ke institusi kewangan seperti Bank Rakyat anda boleh membuat permohonon pembiayaan peribadi bank rakyat di laman web mereka.

  • Layari https://www.bankrakyat.com.my dan pilih produk peribadi.
  • Pada menu tarik turun, pilih pembiayaan-i, seterusnya pembiayaan peribadi-i dan pilih jenis pembiayaan yang anda seperti gambar rajah di bawah:
pinjaman peribadi bank rakyat 2023 swasta

Pada halaman berikutnya sila tekan butang menu “Mohon Sekarang” dan anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah:

loan bank rakyat 2023

Pada paparan ini anda perlu melengkapkan maklumat peribadi anda dan memilih produk yang anda inginkan.

Pastikan anda skrol hingga ke bawah dan tandakan petak dasar privasi, seterusnya tekan “saya bukan robot” dan butang “hantar”. Tunggu sehingga anda dihubungi oleh pihak bank.

Semak Kelayakan Pinjaman Perniagaan Bank Rakyat

Bank Rakyat menawarkan beberapa pelan pinjaman perniagaan & business loan yang direka khas untuk syarikat dan koperasi yang mempunyai kadar keuntungan yang tetap.

Semua entiti perniagaan termasuk syarikat dan koperasi layak untuk memohon bank rakyat loan yang menawarkan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun ini.

Berikut merupakan senarai pinjaman perniagaan & business loan Bank Rakyat:

(a) Bank Kerjasama Rakyat Pembiayaan Berjangka-i

Menyediakan modal kerja untuk mengembangkan perniagaan

Kelayakan

Semua jenis perniagaan.

Dokumen Diperlukan

  • Maklumat lengkap tujuan pembiayaan.
  • Laporan jurunilai hartanah yang akan dijadikan jaminan (jika berkenaan).
  • Aliran tunai dan unjuran keuntungan/kerugian projek.

(b) Pembiayaan Penyambung-i

Pembelian tanah bagi pelaksanaan dan pembangunan projek.

Kelayakan

Semua jenis perniagaan.

Dokumen Diperlukan

  • Kelulusan daripada pihak berkuasa
  • Kajian daya maju dan kebolehpasaran pembangunan yang dicadangkan.
  • Laporan jurunilai sebagai jamian terhadap tapak projek.
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Tanah
  • Rekod lampau.
  • Senarai pakar runding dan kontraktor

(c) Pembiayaan Hartanah-i

Pembelian tanah bagi tujuan kediaman dan juga bukan kediaman

Kelayakan

Semua jenis perniagaan.

Dokumen Diperlukan

  • Salinan Perjanjian Jual Beli.
  • Laporan jurunilai yang akan dijadikan sebagai jaminan.
  • Unjuran aliran tunai perniagaan.

(d) Kontrak-i

Menampung kos untuk menyiapkan atau melaksanakan kontrak yang diterima.

Kelayakan

  • Koperasi/Syarikat
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad

(e) Kenderaan-i

Bagi tujuan pembelian kenderaan komersial dan industry

Kelayakan

Semua jenis perniagaan

Dokumen Diperlukan

  • Sewa Beli-i
  • Sebut harga dan maklumat lengkap kenderaan
  • Maklumat kewangan projek

(f) Share-i

Membantu peniaga membeli saham siarharga yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Kelayakan

  • Koperasi/Syarikat
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad

(g) Pembiayaan Kontrak-i Tijari

Membiayai kontrak kerajaan atau syarikat

Kelayakan

Semua jenis perniagaan

Dokumen Diperlukan

  • Surat Anugerah.
  • Bon pencapaian atau Jaminan Bank atau Insuran Kontrak.
  • Aliran Tunai Kontrak
  • Unjuran Keuntungan & Kerugian Kontrak.
  • Jadual Kerja Kontrak.
  • Prosedur Pembayaran Kontrak.

(h) Pembiayaan Modal Kerja Berjangka-i untuk Ar-Rahnu X’Change

Membiayai keperluan modal kerja

Kelayakan:

Dikhaskan untuk Koperasi.

(i) CashLine-i

Pembiayaan keperluan modal kerja dan pembiayaan kontrak

Kelayakan

  • Syarikat berdaftar dan dimiliki oleh orang Malaysia.
  • Telah beroperasi dengan menjalankan aktiviti perniagaan utama selama 3 tahun berturut.
  • Tahap modal yang mencukupi dan boleh diterima
  • Prestasi keuntungan sekurang-kurangnya untuk 3 tahun berturut.
  • Dana pemegang saham yang positif.
  • Tiada rekod perundangan
  • Tiada hutang

Dokumen Diperlukan

  • Profail syarikat
  • Salinan Borang 24, 44 & 49 yang telah disahkan bersama Memorandum & Artikel Persatuan atau Perlembagaan atau pengesahan bertulis
  • Salinan Laporan kewangan yang telah disahkan dan diaudit bagi tempoh 3 tahun berturut-turut dan akaun Pengurusan atau draf yang terkini
  • Senarai terkini pembekal dan pembeli utama
  • Senarai terkini penghutang dan pemiutang
  • Senarai pembiayaan
  • Penyata 6 bulan terkini akaun semasa Bank
  • Laporan akaun dan tunai untuk 2 tahun.
  • Maklumat mengenai nilai aset bersih
  • Maklumart tentang nilai aset bersih Pemegang saham atau Pengarah Syarikat atau rakan kongsi
  • Senarai projek
  • Borang Permohonan lengkap
  • Lain-lain dokumen jika perlu

Cara Memohon Apply Bank Rakyat Business Loan

Selain daripada berkunjung ke bank kerjasama rakyat anda boleh membuat permohononan di laman web mereka.

  • Layari https://www.bankrakyat.com.my dan pilik produk peribadi.
  • Pada menu tarik turun, pilih pembiayaan perniagaan-i seperti gambar rajah di bawah:
bank rakyat hotline

Pada halaman berikutnya sila tekan buatng menu “Mohon Sekarang” dan anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah:

bank kerjasama rakyat

Pada paparan ini anda perlu melengkapkan maklumat peribadi anda dan pilih pembiayaan perniagaan.

Pastikan anda skrol hingga ke bawah dan tandakan petak dasar privasi, seterusnya tekan “saya bukan robot” dan butang “hantar”. Tunggu sehingga anda dihubungi oleh pihak bank.

Kelebihan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2023

Tawaran kepada pekerja kontrak dan juga mereka yang tidak berpendapatan tetap.

Selain menawarkan pinjaman dan personal loan kerajaan kepada penjawat awam, pesara kerajaan dan pekerja tetap di sektor swasta, Bank Rakyat juga memberi peluang kepada mereka yang berstatus kontrak ataupun yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memohon.

(i) Pinjaman 100% patuh syariah

Pinjaman peribadi Bank Rakyat mengamalkan konsep Tawarruq yang bermakna pinjaman yang ditawarkan patuh syariah sepenuhnya dan tidak memerlukan penjamin ataupun cagaran.

(ii) Jumlah pembiayaan yang felksibel dan tinggi 

Bank rakyat menawarkan jumlah pembiayaan dari RM5000 sehingga ke RM200000 kepada peminjam. Jumlah ini adalah jumlah yang besar bagi pelan pinjaman yang tidak memerlukan penjamin atau cagaran

(iii) Tempoh bayaran yang panjang dan fleksibel

Tempoh bayaran balik adalah dari 1 hingga 10 tahun

(iv) Kelayakan umur yang fleksibel

Dari 18 hingga 60 tahun untuk pelan pembiayaan sektor swasta dan kerajaan

(v) Tiada caj penamatan awal

Anda tidak akan dikenakan sebarang caj sekiranya anda ingin melunaskan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang telah dipersetujui. Malah anda akan menerima rebat dari pihak Bank.

(vi) Kaedah pembayaran yang flesksibel

Anda boleh memilih untuk membayar dengan cara pemindahan gaji ke Bank Rakyat, melalui BPA, PGM ataupun melalui pembayaran elektronik.

(vii) Caj kadar keuntungan yang rendah

Kadar keuntungan serendah 4.54%

(viii) Ciri penyatuan hutang

Peminjam boleh menyatukan hutang-hutang lain di dalam satu pinjaman bagi memudahkan proses pembayaran hutang.

(ix) Kelulusan yang pantas dengan jumlah yang tinggi

Anda boleh mengetahui keputusan permohonan anda dalam masa 3 hari dan kelulusan yang anda akan dapat boleh mencecah sehingga 25 kali ganda gaji kasar anda.

Kelemahan Bank Rakyat Personal Loan 2023

  • Kelayakan gaji untuk pekerja yang berjawatan kontrak agak tinggi
  • Penyediaan dokumen bank rakyat pinjaman peribadi untuk pekerja swasta agak rumit terutama yang tidak berpendapatan tetap
  • Bagi penjawat awam, sekiranya tiada borang EA, anda perlu mendapatkan pengesahan majikan untuk memohon dengan bank kerjasama rakyat
  • Bagi pelan pinjaman pesara, sesetengah kes memerlukan penjamin.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia