Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Diperketatkan BNM : Kesan Kepada Penjawat Awam? Koperasi?
Semua orang tahu, BNM telah mula mengejutkan kalangan peminjam terutamanya penjawat awam daripada “tidur” bahawa apa yang kalangan peminjam miliki selama ini & bakal ingin “miilki” hasil daripada kemudahan pinjaman peribadi contohnya telah ditarik kelebihan sedikit demi sedikit.
Dalam erti kata lain, permohonan pinjaman peribadi bank rakyat tidak semudah dahulu. Apa yang cuba BNM……
Apa yang BNM cuba lakukan sekarang ini bertujuan untuk mengawal peningkatan hutang isi rumah dengan cara mengetatkan setiap permohonan pinjaman.
Ketakutan mula timbul, apabila kalangan peminjam yang dilihat agak sukar selepas ini mula cuba memohon pinjaman dengan “orang lain” atau mendapatkan duit daripada “orang lain”
Dengan dasar baru Bank Negara Malaysia (BNM), pastinya pekerja daripada sektor awam & swasta yang akan terjejas, bagi pendapatkan kemudahan pinjaman daripada bank-bank ataupun institusi kewangan bukan bank (NBFIs) termasuklah pinjaman peribadi bank rakyat
Dengan BNM memperkenalkan langkah-langkah penyejukan baru, akan ada dua kemungkinan, samada :
- Peminjam akan cenderung untuk terlibat dengan rasuah bagi mendapat duit dengan jalan mudah
- Ataupun meminjam dengan Along, penyedia pinjaman berlesen
Jikalau ditanya, adakah Berita Semasa bersetuju dengan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) kali ini termasuklah mengetatkan semua pinjaman peribadi termasuklah pinjaman peribadi bank rakyat?
Semestinya Berita Semasa bersetuju. Tetapi ia tidak boleh terhenti setakat mengurangkan had tempoh pinjaman semata. Tetapi sepatutnya BNM mengeluarkan juga pekeliling seperti mengurangkan kadar faedah. Mungkin tidak lama lagi. Siapa tahu? Tan Sri Zeti…..Tan Sri Zeti…..Ok.
Pinjaman Peribadi Bank Rakyat vs Jumlah Hutang Semua Bank
Berdasarkan semakan Berita Semasa melalui laporan statistik BNM, setakat Mac 2013 :
- Jumlah hutang peribadi : RM133 bilion
- Hutang Pinjaman peribadi : RM56 bilion (42.1%) diuruskan oleh bank-bank
- Hutang Pinjaman peribadi : RM77 bilion (57.9) diuruskan oleh institusi kewangan bukan bank (NBFIs). Antaranya didahului pinjaman peribadi Bank Rakyat (59%), MBSB (26%) & BSN (13%).
Antara ini, yang mana paling terjejas dengan dasar baru BNM?
Institusi kewangan bukan bank seperti yang Berita Semasa senaraikan di atas sememangnya mensasarkan kalangan pelanggan kesayangan mereka, iaitu penjawat awam yang mempunyai akses kepada Angkatan Koperasi kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) termasuklah pinjaman peribadi bank rakyat
Tinjauan kami Berita Semasa di Bank Rakyat semalam, mendapati ramai kalangan penjawat sudah mula “datang meminang” dengan harapan dapat kelulusan bagi pinjaman peribadi bank rakyat untuk mereka bagi tujuan overlap, overlap dan overlap contohnya sejurus penjawat awam sudah mendapat akses untuk semakan status KGT mereka melalui e penyata gaji
Tetapi malangnya ramai juga yang tidak lepas, disebabkan dasar baru BNM ini.
Hutang Isi Rumah Malaysia Berjumlah RM800 bilion
Hakikatnya hutang isi rumah terus melonjak daripada :
- 60.4% daripada KDNK pada tahun 2008 kepada
- 83% tahun ini, tahun 2013 ini yang bernilai RM800 bilion
- bermakna kadar purata kenaikan setiap tahun adalah sejumlah 12% sepanjang tempoh 5 tahun ini.
Daripada jumlah RM800 bilion hutang terkumpul ini, pecahannya ada di bawah ini :
- Hutang rumah (45%)
- Hutang kereta (19%)
- Hutang pinjaman peribadi (16.8%)
Melihatkan kadar hutang isi rumah yag terus melonjak tinggi, Pasukan BNM yang diketuai Tan Sri Zeti tidak boleh berdiam diri walaupun ekonomi Malaysia dilihat terus berkembang pada kadar 4%-6%
Jadi, adakah kita mahu BNM terus-menerus berpeluk tubuh lagi membiarkan rakyat Malaysia membuat pembiayaan tanpa kawalan yang akhirnya nanti, siapa yang susah, siapa yang rugi? Walaubagaimanapun, seperti yang berita Semasa katakan tadi, BNM perlu terus membuat langkah susulan.
Walaubagaimanapun, secara tersiratnya berdasarkan maklumat yang Berita Semasa perolehi, jika tiada aral melintang di mana ekonomi negara terus berkembang & bertambah baik pada tahun hadapan, sebenarnya BNM dijangka akan menaikkan kembali Kadar Dasar Semalam (BNM OPR) yang mana sekarang berada pada paras 3.0% sejak sekian lama.
Apa apa yang BNM lakukan sekarang adalah bertujuan untuk mengawal hutang isi rumah, dan terdapat isyarat jelas dijangka pada tahun hadapan juga BNM lebih memfokuskan & komited untuk terus memperlahan peningkatan dalam hutang isi rumah dan dalam pada masa yang sama mengurangkan pembelian hartanah secara spekulatif. Apa respon balas dan pendapat anda pula?