Pilihanraya Umum ke 14 : Umno dan Barisan Nasional Mahu Rampas Selangor? Apa kata Rakyat Selangor?

40

pilihanraya umum ke 14Pilihanraya Umum ke 14 : Umno dan Barisan Nasional Mahu Rampas Selangor? Apa kata Rakyat Selangor?

Hakikatnya hari ini UMNO dan Barisan Nasional tidaklah sekuat yang seperti dahulu yang mana mereka begitu mudah memperolehi majoriti 2/3 dalam setiap Pilihanraya Umum di Malaysia.

Sekarang ini mereka perlu bekerja keras untuk menawan semula lebih-lebih lagi negeri-negeri kaya yang telah terlepas dalam genggaman mereka termasuklah Selangor.

Rata-rata rakyat di Selangor golongan yang celik Internet dan ramai terdiri daripada kelompok profesional.Cara berpolitik seperti dahulu tidak sesuai lagi diamalkan kepada bakal pengundi anda.

UMNO dan Barisan Nasional terkenal dengan kemenangan di kawasan-kawasan pinggir bandar dan pedalaman di Malaysia, di situ sahaja kita UMNO dan Barisan Nasional boleh menilai semula dan muhasabah diri apa silap anda semua.

  • Mengapa kawasan bandar memilih pembangkang? Adakah pengundi di sana kurang celik?
  • Mengapa kawasan pedalaman memilih Barisan Nasional? Adakah mereka kurang celik?

Jangan angkuh dan sombong kepada rakyat ketika sudah menang, tetapi melutut menagih simpati dan undi ketika menjelang Pilihanraya Umum.

Hasrat Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Naib Presiden UMNO tiada salahnya, untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke 14 di Selangor. Semua orang mahu menang bukan? Tetapi mesti disertakan dengan usaha yang relevan pada masa kini.

Pilihanraya Umum ke 14 : Rakyat Selangor Adalah Pelanggan, Tuan Anda!

  1. Untuk menagih undi, bukan suruh pengundi ikut cara kita
  2. Tetapi anda sebagai pemimpin parti mesti ikut kehendak pengundi
  3. Pengundi adalah pelanggan anda. Patutkah pelanggan ikut cakap dan rentak pemilik kedai?

Jangan hanya bercakap sahaja buktikan. Masih ada masa untuk anda berubah. Rakyat terus memerhatikan anda. Samada pada keputusan Pilihanraya Umum ke 14 kelak, anda bakal merampas kembali negeri Selangor atau anda bakal dihukum?

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Biodata Zahid Hamidi : Kalau Tak Suka Politik Malaysia, Keluar!! (5.6 Juta Rakya... Biodata Zahid Hamidi : Kalau Tak Suka Politik Malaysia, Keluar!! (5.6 Juta Rakyat Malaysia Dikenalpasti)! Listen! Listen! Listen! Berita Semasa sebenarnya agak terkejut kata-kata seperti tajuk di...

SEBARKAN

40 Komen Bernas

  1. Umno berusaha merampas Selangor, hanya nasib dan takdir shj yg akan menentukan Selngor milik siapa nanti

  2. Rasanya agak sukar memandangkan k’jaan pimpinan skrg lebih mementingkan rakyat contoh pa negeri diberi 1.5 bulan bonus berbanding umno/bn 0.5 bulan shj ,hanya cakap pandai urus ekonomi shj ttp pembuktiannya sukar dibukti utk rakyat

  3. najib turun n PM baru, calonkan pemimpin muda berwibawa…Insha Allah boleh jadi kerajaan campuran pas dan umno. MB biar dari PAS dan golongan ulama. Kerajaan sekarang ni pun bukan bagus sangat pun. Banyak isu gak!

  4. Selangor bagi balik kerajaan lama tidak membuktikan selangor akan lebih baik tetapi lebih membantu kerajaan dlm masalah kewangan dan kerajaan skrg tidaklah seteruk yg disangkakan ,sebab belum ada bukti yg kerajaan skrg adalah juga penyamun sebaliknya rakyat sdr boleh tentukan adakah mrk di tindas atau sebaliknya.

  5. Kawasan bandar tetap milik pembangkang tiada peluang rampas balik kerana rakyat bandar telah ditindas disusahkan oleh umno dan mca gerakan tidak bisa membantu lebih pedulikan party dan kuasa. Malah bila pembangkang bersatu hati sepenuhnya pd pru 14 nanti, mungkin byk lg negeri akan hilang. Jadi pertahankan kuasa dulu sebelum fikir nak rampas.

  6. bela dulu penjawat awam persekutuan, kalau nak kembali gagah semula. penjawat awam adalah jentera kerajaan, terutama kumpulan sokongan! diulang. kumpulan sokongan! hapuskan ptd ptd parasit little napoleon tu dari perkhidmatan awam dulu. mereka-mereka ini adalah perosak, membazir wang awam. tak ada mereka pun, pentadbiran awam tetap akan berjalan.

    selagi penjawat awam kumpulan sokongan persekutuan tak terbela nasib dan masa depan mereka, jangan harap nak dapat 2/3 lagi. silap-silap melingkup pada pru akan datang.

  7. Fuyyoo..hebat cita2 derang ni..xpe la, selangor biar la dpt kt bn..tp 12 negeri lain smua kt pembangkang..

  8. umno..pegi JAHANNAM!! howbouthat??? byk bunyi dah tak maw dengar lg dah skg.. umno.. get lost forever,sorry to say buddy..

  9. Hanya rakyat selangor yang tahu mana yg lebih baik sama ada yg sekarang atau yang lain….

  10. Tengok dari jauh nmpak macam karut ! dari dekat lagilah karut !… rakyat Melayu selangor tu realistik & celik it, org Cinanya pulak banyak sertai bersih 4.0…. kalau najib dok simpan duit kt tempat lain x mau bagi bonus 2 bulan gaji mcm Selangor & P.Pinang! Jangan mimpilah… We say ..sori !!

  11. Sekarang dah jelas bukan wang negara tiris TETAPI disalah labur dan terlebur berbilion2 di tempat lain… Rakyat dah nampak P.Pinang dan Selangor bertambah maju, kenapa nak kacau sedangkan yg kita ada sekarang pun berkecelewang. Tahniah MB Selangor dan KM LGE di P.Pinang … bravo ! Harap kerajaan pusat dapat contohi 2 kerajaan little HK & little Brunei ini

  12. Selangor dan P.Pinang jangan harap ! nak rampas peti undi boleh la kot, tapi pengundi2 Selangor …payah !! Org Selangor lebih praktikal dan educated. Azmin pulak hero yg hemsem dan baik….

  13. bimbang kedah, perlis, perak & johor pulak join selangor, penang dan kelantan…. baru bn pulak jadi pembangkang

  14. setuju dgn jacki tu bn kena pertahan kuasa dulu, jgn mimpi nk rampas…. dengar pun naik meluat ekor penuh taik berkokok sebelah petang… mimpi la tu…

  15. Azmin dan LGE tentu tak leka menjaga hati rakyat, jgn terlalai seperti arwah DS Azizan kt Kedah dulu… petua org tua2 “….ada lubang, cepat2 timbus, tutup…, jgn percaya burung tempua bersarang rendah….”

  16. orang Melayu yg menyokong DAP adalah maqnusia tg tak ade otak..DAP anti HUDUD patut ke org Islam sokong

  17. Orang melayu yang sokong umno bn lagi xde otak,patut ke curi 2.6 billion x kena hudud? Padahal dia pegang kerajaan,boleh buat suka hati umno,woi umno bangsat buat la hudud kalau berani! Jadi ketua kerajaan xde telo nk buat apa?! Buktikan sekarang,ko boleh buat hudud denagan majoriti parlimen yg sememangnya lebih ramai dari pembankang…buat cepat!

  18. kikikii… Hahahaa.. Mimpi disiang hari ke umno/bn. Nak rampas Selangor ? Memang spesis Mat Jenin. Jangan haraplah, pilihanraya ke 14 umno/bn akan ada yang hilang DEPOSIT di Negeri PP dan Selangor. Manakala negeri2 lain akan kalah dengan Majoriti. Apa yang dikejar TAK AKAN DAPAT, yang dikendong keciciran.

  19. tansri khalid ibrahim dulu xhensem ker?? abeh lps nih azmin kena sack, ganti dgn rafizi plak, trus nko lupakan azmin & puji rafizi ensem kn kn?? dasar xngenang budi. tipikal pkr

  20. tul tuh bro. skang nih federal govt byk zalim dgn penjawat awam sokongan, yg ptut ader degree/master xnak dinaikkan ke p&p tp dok pi lantik anak branak depa. siap ler pasnih.

  21. …wahai pemimpin2…harap maklum…sekali sudah jatuh ke dalam tangan parti komunis dan parti songsang…janganlah berharap akan dapat semula negeri tersebut…sebab parti komunis/songsang tu sudah menindik hidung penyokong2nya dengan tali sihir…yang penyokong2 melayu pulak mereka sudah menindik hidung dan telinga mereka…sebab mereka tahu yang melayu mudah lupa…

  22. Woi NAJIB lupa aku camne plak?!! Makan billion2 sorang2….perwakilan umno pun xdpat…kah2kah2kah2….bodoh nak mampus

  23. so what parti komunis? kau nak kata bn parti yang paling mulia dan orang bn paling layak masuk syurga?? bn ni hanya parti politik di dunia dan tak boleh bawa ke alam barzakh pun? takde beza pun nak pangkah parti mana di dunia ni, bila mati tetap jasad yang tidak bernyawa. no such thing orang yang undi hidup forever dan kebal daripada seksaan azab api neraka?

  24. untuk pengetahuan TPM yg baru usah mimpi utk mendapat Selangor pd pru ke14 .kuat kan dahulu negeri-negeri yg diperintah oleh BN .mungkin negeri 2 tersebut akan seperti trengganu,kedah ,negeri sembilang,melaka,perak dan kemungkinan Johor ,Sabah dan serawak akan jatuh ketangan HARAPAN BARU;;; sebab kamu jd TPM atas dasar latikan PM bukan atas dasar pemilihan ahli2 umno

  25. TPM….jgn kamu lupa dulu kamu adalah org kuat kpd DSAI semasa kamu jd PEMUDA UMNO PUSAT DSAI lah yg banyak membantu TPM utk sampai ketahad sekrang. walaupun tidak banyak ….sedikit pun jdlah jasa DSAI terhadap kamu .jgn tpm di gelar kacang lupakan kulit…

  26. cakap memang mudah tapi kerajaan BN sekarang dah hampir rebah.Jangan hidup ini dengan angan angan kerana di Selangor apa yang kita perhatikan sebuah kerajaan yang cukup padu Pada pilihanraya umum ke 14 pada pendapat saya Perak akan di pulang kepada pembangkang,
    Kerajaan BN yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang tidak iklas.Kerajaan membeli rakyat dengan duit kerajaan.Apa apa kerja yang di lakukan,kebanyakan ada udang di sebalik batu.itulah matlamat Kerajaan BN sekarang.Saya harap lupakan saja angan untuk ambil balik selangor,SELANGOR LEBIH BAIK DI ERA PEMBANGKANG(PAKATAN RAKYAT)

  27. jangan haraplah dapat tawan selangor . Tima kaseh pada kerajaan selangor kerana saya telah menikmati bil air percuma semenjak tahun 2008 hingga kini dan selamanya.

  28. Orang2 johor bukak mata dan mindset anda.Sepatutnya dari dulu lagi kerajaan pindah markas majukan johor kerana taat setianya johor dgn BN.Duk sibuk kat Selangor tak habis2 jgn negara terlepas nak pindah markas melopongggg lah anda.stick to the plan lah robohkan kastam Lori jb tolak Lori ke gelang patah sekarangggg.Buat skrg tahun depan johor capai wawasan 2016(org melayu spore dtg ramai2 melabur).Beat sekaranggggg.

Kongsikan Pandangan Bernas Bersama Kami Di Sini. Bincangkan..

Please enter your comment!
Please enter your name here