Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Trumponomics. Kesan Ekonomi Malaysia dan Dunia?

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Trumponomics. Kesan Kepada Ekonomi Malaysia dan Dunia?

pilihanraya presiden amerika syarikat

Jikalau Bernie Sanders diangkat oleh Parti Demokrat sebagai calon Presiden Amerika Syarikat yang baru pasti ada harapan untuk menang Pilihanraya Amerika Syarikat.

Sebaliknya Hillary Clinton yang bermasalah dan mempunyai skandal diangkat menjadi calon utama.

Inilah antara respon balas Penganalisis Politik Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Shakila Parween Yacob apabila ditemubual selepas Donald Trump diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat 2016 yang baru menggantikan Barack Obama yang mula meninggalkan White House.

Hakikatnya realiti yang perlu diterima dunia adalah rakyat Amerika Syarikat sudah pun memilih Donald Trump. Itu negara mereka, itu rumah mereka. Siapa pun dipilih mereka adalah hak mereka. Samada baik, buruk atau sangat buruk.

Apa yang terkejutnya, dah itu pilihan rakyat Amerika Syarikat yang dipilih secara demokrasi. Apa yang mahu terkejutnya?

Jikalau mereka merasakan yang :

  1. Donald Trump mampu menjaga rakyat Amerika Syarikat lebih berbanding daripada sibuk menjaga dunia.
  2. Donald Trump mampu menjaga keselamatan lebih baik daripada sekarang
  3. Donald Trump mampu mencipta lebih banyak pekerjaan untuk rakyat Amerika
  4. Donald Trump mampu mengawal kos sara hidup di sana

Sememangnya jiwa pemimpin politik itu berjanji. Jikalau rakyat yakin mereka akan undi. Benar atau tidak itu risiko yang diambil oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Kadang-kadang berita Semasa terfikir, mengapa masyarakat Islam melatah apabila Donald Trump diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat. Tidak pelik untuk pemimpin kafir seperti Donald Trump untuk tidak suka kepada bukan Islam. Sebab dia bukan Islam.

Tetapi sekurang-kurangnya belum ada rekod lagi Donald Trump menjadi ‘panglima’ untuk berikan arahan membunuh orang Islam. Belum ada lagi. Kita selalu bercakap benda yang akan terjadi, di mana acapkali kita ditakut-takutkan dengan perkara yang bakal, akan, mungkin terjadi.

Kita menjadi diam seribu bahasa, terpinga-pinga apabila melihat ada yang menyalurkan dana untuk menyokong kempen keganasan..

  1. Tetapi yang Berita Semasa pelik ada negara yang mengaku Islam tetapi salurkan senjata kepada pemberontak untuk memusnahkan negara islam yang yang lain selain mendapat kerjasama daripada negara Amerika Syarikat melalui ……..
  2. Negara Palestin yang ditunjal, ditelanjangkan, diseksa, ditindas tetapi macam Palestin ini tidak pernah berjiran dengan negara Islam yang lain. Macam tiada apa-apa yang berlaku.
  3. Boleh tengok pendirian Hillary Clinton tentang tentera US di Syria
  4. Boleh tengok pendirian Hillary Clinton tentang ISIS dan Rusia
  5. Dari situ kita boleh tengok true color Hillary
  6. Kalau benda ni betul…Donald Trump jauh lebih baik dari Hillary
  7. Sejarah sudah membuktikan Hillary Clinton memang pro war, masa jadi senator dia ikut vote resolusi serang Iraq
  8. Hillary Clinton juga yang tidak mahu sertai Rusia ‘belasah dan kitai” ISIS tetapi dalam masa yang sama sibuk menjadi ‘duri dalam daging di Syria’ dan masih berdegil tidak mahu keluar dari Syria

Hakikatnya, pendirian Donald Trump mengenai ISIS ini adalah :

  • Bersetuju untuk bersama dengan Rusia untuk tamatkan riwayat ISIS
  • Ataupun keluar dari Syria dengan segera kerana status sekarang ini dikira menceroboh negara dan kerajaan yang berdaulat. Hakikatnya Rusia dijemput secara rasmi oleh Syria.

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat vs Kesan Ekonomi Malaysia?

Perkara Butirannya
Eksport Malaysia sedikit sebanyak akan terjejas sepertimana yang diberitahu oleh pakar ekonomi Dr Nazri Khan -
Sekaligus beri kesan kepada saham-saham eksport seperti elektrik dan elektronik dan tidak lupa juga sarung tangan -
Seperti yang diperkatakan bekas Ketua pengarah MIDA Datuk Jalilah Baba; jikalau Amerika Syarikat naik tarif import ke atas China contohnya mungkin China akan datang melabur di malaysia sebagai rakan strategik dan eksport barangan mereka dari Malaysia ke Amerika Syarikat -
Statistik eksport dan import negara Amerika Syarikat; peratus dari Malaysia agak tinggi untuk eksport ke US. Jadi anda boleh lihat sendiri impak dan kesan kepada Malaysia jikalau Amerika Syarikat naik tarif import mereka KLIK SINI
Untuk Malaysia; Berita Semasa merasakan lebih baik kita menjaga negara kita sendiri daripada memikirkan dasar negara lain. Apa sahaja boleh berlaku. Sebab itu negara mereka. Kita mesti mempelbagaikan rakan dagangan kita supaya apa sahaja yang berlaku.
Contoh dialog Donald Trump apabila sampai ke White House KLIK SINI

 

TPPA mungkin jadi, tidak mengejutkan jikalau mungkin tidak diteruskan. Perlu ada pelan B. Pelan C. Donald Trump boleh bercakap apa sahaja tetapi apa sahaja keputusan berdasarkan segala manifesto yang pernah dicanang sebelum ini mesti mendapat kelulusan Kongres. Andaikata TPPA gagal, yang paling terkesan adalah Singapore.

Dan Berita Semasa yakin dan percaya kemenangan dalam Pilihanraya Amerika Syarikat ini bukan bermakna Donald Trump bagus, tetapi ia adalah satu responbalas penolakan daripada majoriti rakyat Amerika Syarikat yang tidak senang dengan cara bagaimana pemimpin sebelum ini menjaga mereka amnya dan Amerika Syarikat umumnya. Rakyat sudah tidak mahu lagi ‘another 4 years of Obama’. Bukan bagus pun Donald Trump. Tetapi rakyat Amerika Syarikat sudah pilih, hormatilah pendirian mereka.

P/S : Salah satu kejatuhan Suharto hilangnya Golkar ‘tidak bernafas sama sekali’ ialah soal pangan iaitu makanan. Bukan soal rasuah, korup tetapi Soal makanan yang tidak dikawal oleh regim Suharto.

PP/S : Kepada pemimpin seluruh dunia yang bercita-cita memerintah di negara masing-masing peganglah ayat dan perkataan Sukarno ini, “Kamu jamin dahulu kepentingan umum, sebelum kamu jamin kepentingan diri.”Setelah kamu jamin kepentingan rakyat, terjaminlah kepentingan kamu”.

PPP/S : Harap tiada yang tidak boleh lelap tidur dengan kemenangan Donald Trump jadi Presiden Amerika Syarikat yang baru

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Barack Obama Presiden Amerika Kali Kedua. Review Berita Semasa Pasca Pilihanraya... Barack Obama Presiden Amerika Kali Kedua. Review Berita Semasa Pasca Pilihanraya? Menang Lagi!! Barack Obama Presiden Amerika Kali Kedua. Review Berita Semasa Pasca Pilihanraya? Barack Obama bol...
{ 35 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }
  • 1 teram Nov 10, 2016, 11:31 am

    you are fired!

  • 2 Anonymous Nov 10, 2016, 5:09 pm

    Who is M01?

  • 3 Anonymous Nov 10, 2016, 5:12 pm

    Hakikatnya klu tiada penipuan/telus mmg rakyat us nei brani menukar parti berbeza tapi yg dua utama tu shj silih berganti blh dikatakn.Dh ditakdir dmikian kptusan dr hsl usha dn pilihan yg tlh dibuat rakyat amerika

  • 4 tong Nov 11, 2016, 4:46 pm

    Saper pernah tgk realiti show The Apprentice TV3… Tau la mcm mana Donald Trump tu…

  • 5 azrai Nov 14, 2016, 5:50 am

    Saya pun pelik ramai melayu islam malaysia risau trump tak bagi muslim masuk amerika.terkesankah kita?berapa kerapkah kita ke amerika tu?sebulan sekali?serahun sekali?apa yg nk dirisau.

  • 6 Anonymous Nov 14, 2016, 11:00 am

    Yahudi sesama yahudi biasanya akn menyokong satu sama lain.Yahudikah D.trump ?

  • 7 Anonymous Nov 15, 2016, 11:25 am

    Ketua yahudi nanti ialah Dajjal yg akn dibunuh olh nabi Isa a.h

  • 8 Anonymous Nov 15, 2016, 1:57 pm

    Kos ECRL 55 billion adalah anggaran kos projek .Apabila sesuatu projek telah dianugerahkan ianya adalah kos sebenar projek tersebut spt ECRL nei tlh di anugerah kpd sebuah syarikat dari Cina dgn kos lbh kurang 46 billion iaitu penjimatan sbnyk 9 billion.Persoalannya ada yg mengatakn kosnya masih lagi mahal.Betul ke?

  • 9 Anonymous Nov 15, 2016, 2:07 pm

    46 billion ialah satu angka yg besar so memang satu jumlah/amaun yg besar/ mahal sbb bukan sedikit duit/wang/pitih yg dicurahkan.Walaupun mahal diharap pulangannya berbaloi-baloi.Alhamdulillah

  • 10 Anonymous Nov 15, 2016, 2:20 pm

    Dua khutbah mnggantikn dua rakaat jadi jgn trtinggal khutbah krn dikatakn tiada jumaatnya.Minta jauh/ nauzubillah.Begitu juga org brckp smasa imam mmbaca khutbah akn sia2 jumaatnya.Minta jauh/nauzubillah.

  • 11 Anonymous Nov 15, 2016, 2:29 pm

    Dua khutbah mnggantikn dua rakaat jadi jgn trtinggal khutbah krn dikatakn tiada jumaatnya.Minta jauh/ nauzubillah.Begitu juga org brckp smasa imam mmbaca khutbah akn sia2 jumaatnya.Minta jauh/nauzubillah.Imam hendaklah mengingatkn makmum supaya bertakwa semasa khutbah.Klu ikut afdhal solah lebih panjang berbanding khutbah adalah lebih afdhal.Ada yg mengatakn kita menjurus ke arah itu.Orang2 Arab mereka faham al Quran yg dibacakn ketika solah sudah cukup untuk mmberi petunjuk dn keinsafan kpd mereka drpd kita kat Msia

  • 12 Anonymous Nov 16, 2016, 8:56 am

    Itulah kita sepatutnya cuba mempelajari bahasa Arab supaya mudah kita memehami akn maksud al Quran nei. Untuk memudahkn kita memahami dn menepati maksud ayat diturunkan kita kena lihat antaranya peristiwa ayat Al Quran ini diturunkan.Ada makna al Quran ini yg maksudnya perlu difahami maksudnya/mutasyabihat (klu tak silap) iaitu ada takwilnya dn ada yg direct/langsung maksudnya.Klu yg mutasyabihat tu kena hati2.Contoh lbh kurang didalam dalam tanganNya (Tuhan).Maksudnya di dalam kekuasaan NYa.Sbb Tuhan yg Esa bersalahan dgn segala sifat yg baru/makhluk

  • 13 Akim Akmal Nov 19, 2016, 11:44 pm

    tunggu dan lihat jela.. huhu

  • 14 HALIPULU Nov 22, 2016, 12:24 pm

    LEMBU APA CERITA BERAPA BANYAK SUDAH EKSPORT HASIL PELABURAN LEMBU 250 JUTA BANYAK TU 250 JUTA BUKAN 250 RINGGIT

  • 15 Anonymous Dec 1, 2016, 3:46 pm

    Ittaqullahafissolaah Ittaqullahafissolaah Ittaqullahafissolaah

  • 16 Anonymous Dec 1, 2016, 3:53 pm

    Utk sesuatu kebaikan itu diterima Tuhan Rabbul’alamin perlulah niat (niat betul/ikhlas),perlaksanannya betul dan natijah betul/baik.Klau niat betul ttp perlaksanaannya tak betul/tdk menepati kehendakNya jugak dikatakan tertolak amal tersebut.Cth kalaulah ada yg beramal spt Robinhood katakn berlaku adalah ditolak

  • 17 Anonymous Dec 1, 2016, 3:58 pm

    Kalau sesiapa yg berkemampuan zahir/batin nikah(dn blh adil) blhlah nikah/kahwin 2/3 org isteri dibenarkan.Kalau tak sorgpun cukup.Dlm syurga Tuhan akn cabut dr hati sifat cemburu tiada kebencian dn dengki melainkn kasih syg jua…..4? huh mampukah?

  • 18 Anonymous Dec 1, 2016, 4:00 pm

    Baik jugak tu dr membuat maksiat kat luar sana tu….baiklah halal

  • 19 Anonymous Dec 1, 2016, 4:02 pm

    Sbb zina adalah slah satu dosa bsr.Nauzubillah.Ister yg izinkn dapat pahala yg besar

  • 20 Anonymous Dec 1, 2016, 4:03 pm

    Negara akan berkat dan rezki dr langit dn bumi serta kaya hati

  • 21 Anonymous Dec 14, 2016, 10:56 am

    Diharap kjaan skrg tidak lagi menswastakn agensi kjaan krn semata2 nak kurangkn bilangan kakitangan awam sbb biasanya kos perkhidmatan agensi diswastakn tersebut akn meningkat dn blh membebankn kpd org ramai -cth lembaga letrik negara kpd ten skrg ni–charge elektrik kerap dinaikkn dn blh dikatakn membebankn orgramai.Klu blh charge kena review dn diturunkn.Boleh?

  • 22 Anonymous Dec 14, 2016, 12:02 pm

    Peningkatan pelancong asing kena sejajar dgn peningkatan penghasilan makanan jika tidak berlaku inflasi dn kos barangan mkanan yg meningkat.Teruskn dasar peningkatan penghasilan makanan dn imbangi/surplus bot

  • 23 Anonymous Dec 14, 2016, 12:14 pm

    Sebagai seorang islam lagi mukmin/mukminat teruskn tanggung/jb melakukn pembacaan al-Quran .Soal al Quran akn disoalkn slps kita mati/akhirat. Sama2 kita amalkn tilawah al Quran ini dn seterusnya memahami kandungan/tafsir sebenar al Quran dn seterusnya mengamalkannya…

  • 24 Anonymous Dec 14, 2016, 2:16 pm

    Adalah dikatakn jugak bahawa seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang yg lalai sekiranya tidak membaca sekurang2nya (Klu tak silap ) 11 ayat dari al Quran dalm sehari/mlm

  • 25 Anonymous Dec 14, 2016, 2:18 pm

    Ittaqullahafissolaah Ittaqullahafissolaah Ittaqullahafissolaah. Jagailah solah 5 waktu sehari semlm dgn sempurna

  • 26 Hanz Dec 24, 2016, 11:18 am

    beri kesan sementara jer…
    ekonomi USA akan kembali melemah bila Trump rasmi jd Presiden USA…
    ekonomi Malaysia kembali meningkat dgn peningkatan harga minya dunia tahun depan..
    ringgit kembali kukuh…

  • 27 Anonymous Dec 28, 2016, 9:03 am

    Kita kena yakin dengan hukum Tuhan Rabbul’alamin

  • 28 Anonymous Dec 28, 2016, 9:19 am

    Wajib yakin….dan komen mesti positif takut nanti tergelincir akidah…..Nauzubillah

  • 29 Anonymous Jan 4, 2017, 8:47 am

    Kita kena yakin dengan hukum Tuhan Rabbul’alamin
    Wajib yakin….dan komen mesti positif takut nanti tergelincir akidah…..Nauzubillah

  • 30 Anonymous Jan 4, 2017, 2:05 pm

    Ittaqullahafissolaah Ittaqullahafissolaah Ittaqullahafissolaah. Jagailah solah 5 waktu sehari semlm sesempurnanya

  • 31 Anonymous Jan 16, 2017, 8:43 am

    Amalkan Sunah Rasulullah s.a.w antaranya spt bersugi,menyimpan janggut,pendekkan misai dan solah berjemaah serta berdakwah ada kebaikan dan keberkatannya dunia dn lbh2 lagi di akhirat.Hindarilah kita dari jalan yahudi dn nasara dan sambunglah silaturrahim antara kita blh memanjangkan usia kita

  • 32 Anonymous Jan 17, 2017, 8:33 am

    Btultu….kita berdoa dlm solah fardhu 5 waktu sehari semalam sebnyak 17 kali dalm surah al-Fatihah dan mungkin lbh lagi dlm tambahan solah2 sunat yang lain.

  • 33 SambalBelacan Jan 23, 2017, 9:55 pm

    Janganlah harap apa2 kebaikan dengan mereka setan2 ni… sesungguhnya Allah sudah maklumkan bahawa mereka tidak akan senang dengan umat Islam… yang peliknya tu ada jugak umat2 Islam yang sanggup cium bontot setan2 tu…

  • 34 positive Jan 24, 2017, 10:51 am

    Make America Great Depression Again??? adakah kita dah bersedia untuk menghadapi great depression sekitar tahun 2020, 2030??? nauzubillah min zalik.. jangan lalai.. survival of the fittest… hanya jiwa kental yang boleh terus bertahan hidup.

  • 35 azmin ali teringin aiskrim Jan 25, 2017, 8:38 pm

    Patutnya Bernie Sanders yang jadi Presiden Amerika Syarikat… hisshhh terkilan.. duka cita lara hiba hampa terluka.. muahhahaha.. ek eleh.. takde beza mana pun jikalau Bernie Sanders jadi Presiden Amerika Syarikat sekalipun.. ingat jadi Presiden AS ni kuasa mutlak ke.. hanya simbolik je.. yang kerja buat keputusan penting tu nama pun media tak mention.. yang media tau mention dasar presiden lah punca bala bencana.. dasar presiden lah yang patut dipuji.. hah dunia oh dunia.

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini