Permohonan SBP 2018 Kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Secara Online
Sekolah Berasrama Penuh telah terbukti seringkali mengeluarkan bekas pelajar yang memenuhi permintaan negara yang memerlukan lebih ramai modal insan yang berkualiti baik sudut ketrampilan, kepimpinan, berintegriti mahupun idea dan buah fiiran mereka sendiri.
Pastinya inilah peluang bagi kalangan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang bercita-cita ke sekolah sekolah yang boleh dikatakan antara yang terbaik di Malaysia bagi Sekolah Berasrama Penuh untuk pengambilan dan kemasukan tahun 2018.
Dan sekolah berasrama penuh juga semestinya mahukan kalangan pelajar yang terbaik dan cemerlang di Malaysia yang memenuhi kriteria.
Contohnya syarat kelayakan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia KPM baik daripada Tingkatan 1 ataupun untuk kemasukan Tingkatan 4 untuk permohonan sbp seperti yang disenaraikan di bawah :
Bagaimana Cara Permohonan SBP Tingkatan 1 Secara Online
[table sort=”desc,asc”]
Permohonan SBP 2018 Kemasukan Tingkatan 1,mypt3
Tarikh Buka,15 Oktober
Tarikh Tutup,15 November
Link Permohonan SBP Tingkatan 1,KLIK SINI
Link Portal Rasmi,AKSES SINI
[/table]
Syarat Kelayakan Permohonan SBP 2018 Tingkatan 1
- Pelajar, ibu bapa atau penjaga mestilah merupakan warganegara Malaysia
- Pelajar dari sekolah kebangsaan sahaja
- Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan memperoleh gred A dalam dua mata pelajaran iaitu Matematik dan Sains
- Haruslah aktif dalam kokurikulum
- Walaubagaimanapun, jikalau anda aktif kokurikum sehingga mewakilki negeri anda ke peringkat kebangsaan dan memperolehi sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR, permohonan SBP anda akan dipertimbangkan
- Selain, itu jikalau anda datang daripada keluarga miskin tegar tetapi berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR 2017 serta aktif dalam kokurikulum, anda juga akan dipertimbangan kemasukan ke sekolah berasrama penuh
Langkah dan Cara Permohonan SBP Tingkatan 4 Secara Online
[table sort=”desc,asc”]
Permohonan SBP 2018 Kemasukan Tingkatan 4,Butiran
Tarikh Buka,1 Disember
Tarikh Tutup,30 Disember
Link Permohonan SBP Tingkatan 4,KLIK SINI
Link Portal Rasmi,AKSES SINI
[/table]
Syarat Kelayakan Kemasukan Ke SBP Tingkatan 4
- Semestinya anda dan keluarga adalah warganegara Malaysia
- Aktif dalam kokurikulum
- Keputusan PT3 mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 6A termasuk subjek Matematik dan Sains PT3, wajib A
- Bersekolah di sekolah kebangsaan
Berita Semasa ingin nasihatkan kepada adik-adik di sini, pastikan anda mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibubapa anda sendiri ataupun kalangan yang lebih arif dan berpengalaman untuk membantu anda memberikan tips dan panduan ketika daftar dan mohon untuk masuk ke sekolah berasrama penuh bagi Kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Sebarang kesilapan dan kecuaian boleh membuat permohonan anda gagal dan ditolak.
Berita Semasa doakan semoga urusan anda dipermudahkan. Amin.