≡ Menu

Permohonan MRSM 2018 : Kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4


Permohonan MRSM 2018 Kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Secara Online

Permohonan secara online Kemasukan ke MRSM ke Tingkatan 1 dan 4 untuk pelajar Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak seperti kebiasannya akan diumumkan menerusi portal rasminya Majlis Amanah Rakyat (MARA) : www.mara.gov.my

permohonan mrsm

Berdasarkan maklumat dan informasi yang Berita Semasa perolehi, bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke MRSM, borang permohonan mrsm 2018 secara online sudah pun anda isikan dan hantar daripada sekarang. masih belum terlambat lari.

Tarikh Permohonan MRSM 2018 Kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Kedua-dua pengambilan adalah mengunakan tarikh dibuka permohonan dan tarikh tutup yang sama:

  • Tarikh Buka : 13 September 2017
  • Tarikh tutup : 31 Oktober 2017

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Pautannya
Penting! Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan MRSM 2018 bagi Kemasukan Tingkatan 1,KLIK SINI
Penting! Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan MRSM 2018 bagi Kemasukan Tingkatan 4,KLIK SINI
LINK Permohonan MRSM Tingkatan 1,mypt3
LINK Permohonan MRSM Tingkatan 4,KLIK SINI
[/table]

Berikut di bawah ini dikongsikan untuk anda adalah syarat minimum kelayakan dan cara atau prosedur permohonan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 tahun 2018 ini:

[table sort=”desc,asc”]
Syarat Kelayakan dan Cara Permohonan
Pastikan anda sudah memilih kata laluan untuk akses permohonan MRSM secara online di portal MARA
Cara untuk dapatkan akses kata laluan mudah sahaja; daftar terlebih dahulu akaun anda di portal MARA
Bagi kemasukan ke Tingkatan 1; pemohon perlulah membawa dokumen salinan surat beranak dan salinan keputusan UPSR yang telah disahkan manakala bagi kemasukan ke Tingkatan 4; salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) harus dibawa semasa mendapatkan kata laluan.
Segala maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online haruslah diisi dengan penuh dan teliti oleh pemohon di laman web MARA dan borang tersebut hendaklah dihantar secara online.
Pemohon mestilah memilih Maktab Rendah Sains MARA yang dinyatakan mengikut program yang telah ditetapkan sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang secara online untuk mengambil ujian khas dan juga temuduga.
Cetakan borang permohonan MRSM mestilah dihantar ke alamat berikut:
[/table]

Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
21. Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Syarat Kemasukan MRSM  Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

  1. Anda sebagai pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa anda juga mestilah warganegara Malaysia
  3. Permohonan MRSM ini dibuka kepada pelajar Tahun Enam yang bersekolah di Malaysia
  4. Pelajar adalah bumiputera Tahun Enam untuk kemasukan Tingkatan 1 ataupun Tingkatan 3 untuk kemasukan Tingkatan 4
  5. Pelajar bukan bumiputera juga masih boleh memohon dengan syarat,mestilah sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
  6. Untuk kemasukan Tingkatan 1, pemohon dari Semenanjung hendaklah mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR bagi pelajar Semenanjung
  7. Manakala pemohon Sabah dan Sarawak hendaklah mendapat keputusan minimum atau sekurang-kurangnya 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  8. Untuk kemasukan Tingkatan 4 pula, pelajar Semenanjung mesti lulus subjek Sains dan Matematik dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak mengambil kira mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Seni Visual).
  9. Manakala pemohon Sabah Sarawak pula perlu memastikan subjek Matematik dan Sains T3, memperoleh gred A. Mesti dapat keputusan PT3 2016 yang minimum iaitu 5A 5B (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Seni). Subjek Matematik dan Sains PT3 mesti daat A
  10. Temuduga akan dijalankan terlebih dahulu dan calon akan menjalani ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKMM) iaitu ujian khas untuk yang benar-benar layak sebagai pelajar MRSM. Ujian UKMM tidak diwajibkan bagi calon Sabah dan Sarawak.

Peringatan Kepada Adik Yang Mohon MRSM

Untuk makluman, Kementerian Pelajaran Malaysia KPM sama sekali tidak membenarkan dan tidak akan menawarkan kemasukan ke MRSM bagi pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

Berita Semasa doakan adik-adik yang ada membuat permohonan kemasukan ke MRSM mendapat Maktab Rendah Sains MARA  yang dihajati.

Ramai adik-adik kita yang ingin masuk ke Maktab Rendah Sains MARA kerana merasakan Maktab Rendah Sains MARA antara tempat yang sangat membantu untuk mengembangkan setiap potensi yang ada dalam diri mereka. Tapi ini semua bergantung atas diri dan usaha kita, bagaimana kita membawa dan menyesuaikan diri di tempat yang mungkin asing bagi kita. Semoga berjaya.

[table sort=”desc,asc”]
Informasi Terkini Pecahan Sistem Maklumat bagi Program SPMRSM
Program IGCSE
Program MYP
Program Teknikal
Program Ulul Albab
[/table]