Permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM IPG Pra Ijazah Sarjana Muda PPISMP

26

maktab perguruan

Permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM IPG Pra Ijazah Sarjana Muda PPISMP : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa anda yang berminat yang terdiri calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (KLIK SINI) untuk daftar Permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM IPG bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

Permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM IPG : Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

  • Permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM bagi program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

Permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM IPG Program PPISMP : Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang
  • Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; dan Sejarah. Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris. (Rujuk Lagi Syarat Kelayakan Bidang Pengkhususan dalam permohonanMakTab Perguruan 2014 KPM IPG online DI SINI).

Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM IPG :

  • Iklan Permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM IPG Kursus Lepasan SPM disiarkan (9 Mac 2014)
  • Permohonan Maktab Perguruan 2014 secara online mula dibuka (10 Mac 2014
  • Permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM Kursus lepasan SPm ditutup (30 Mac 2014)
  • Semakan Maktab Perguruan 2014 (Senarai nama calon berjaya menduduki Ujian kKelayakan Calon Guru (UKCG) (9 – 13 April 2014)
  • Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Sila bawa bersama surat panggilan UKCG (14 – 16 April 2014)
  • Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara online. (5 Mei 2014)
  • Sesi Temu Duga (12 – 22 Mei 2014)
  • Semakan Maktab Perguruan 2014 KPM bagi tawaran calon berjaya (10 – 22 Jun 2014)
  • Pendaftaran calon Maktab Perguruan 2014 KPM di Institut Pendidikan Guru. (23 Jun 2014)

Cara Permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM IPG Lepasan SPM

Permohonan Maktab perguruan 2014 KPM IPG Lepasan SPM hanya boleh daftar secara online melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat

http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm

P/S : Semoga usaha anda daftar permohonan Maktab Perguruan 2014 KPM IPG Lepasan SPM melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di www.moe.gov.my dipermudahkan. Insyaallah.

Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

Share.

26 Comments

    • ape brg ye..? pendidikan bermula dr tadika dan skolah rendah jadi peranan terpenting dalam institusi pendidikan adelah cikgu2 skolah rendah… fikir baik2 jgn ikut ckp je.. sebenarnye cikgu skolah rendah lagi berat kerja dia..

        • ya, saya guru veteran sekolah rendah. kecik hati tau dengan komen mcm tu. tugas guru tadika dan sekolah rendah amat penting dalam membentuk sahsiah pelajar dari peringkat asas. melentur buluh dari rebungnya.

    • Mengajar di sekolah rendah sangat mencabar, murid-murid sekolah rendah, merupakan insan yang bertanggungjawab untuk membina negara kearah kejayaan atau sebaliknya. Mereka yang merendah-rendahkan guru sekolah rendah adalah manusia yang tidak memahami tugas-tugas guru, dan boleh dikatakan “kacang lupakan kulit”. Kalau bukan guru, bagaimana mereka-mereka ini boleh membaca dan mengira.

  1. slmt sejahtera,,sya mahu btanya sma ada prmohonan guru 2014 masih ada utk kali yg kedua,krna sya tlh t’lpas prmohonan guru utk pgambln jun.

  2. Berapa bnyk tmudge kne pegi?LPs tmudge yg uji kecergasan tu,Kala brjye,kne tmudge interview brkumpuln pulak Kew?

  3. murtadha muhammad on

    salam….saya terlambat untuk menyemak status permohonan sedangkan tarikh telah melepasi 18 april…bagaimana saya hendak menyemak….

  4. nurain wahida on

    Salam, saya nak tanya kalau pelajar lepasan ipt, nak memohon masuk maktab perguruan boleh ke walaupun syarat umur melebihi 1 tahun

  5. assalamualaikum,selamat sejahtera…sya hawa lepasan spm 2013 nak bertanya cikit la…sblom nie saya kat plkn,jd sush nk thu perkembangn dunia luar..internet pon tak mudah nk dapat..sya trlepas tarikh,mcm mane sya nk cuba mohon belajar dalam bidang perguruan nie yek??boleh bantu saya tak??saya berminat sangt dalam bidang perguruan nie..sekian terima kasih

  6. Hanisah Md Hussain on

    Anak ke5 (lelaki) saya akan menduduki SPM pada November ini. Beliau amat berminat untuk menjadi pendidik & mengajar subjek yg paling diminatinya iaitu matematik.
    Perlukah beli nombor pin dari BSN sekarang, sepertimana permohonan Matrikulsi & UPU.
    Mohon pencerahan & nasihat.

Leave A Reply

https://plus.google.com/+BeritasemasaMy