≡ Menu

Semakan Penyata KWSP Caruman Online Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


Semakan penyata kwsp Caruman Online Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Kini, anda boleh semak penyata caruman KWSP hanya melalui online sahaja. Pasti lebih mudah untuk anda membuat semakan penyata KWSP online menerusi online bagi mereka yang tidak sempat untuk ke pejabat cawangan KWSP di kawasan anda.

penyata kwsp

Semak penyata KWSP ini boleh dilakukan di portal rasmi KWSP iaitu di laman web i akaun kwsp dengan mengikuti beberapa langkah dan cara mudah membuat semakan online.

Simpanan Pekerja KWSP ialah simpanan kewangan untuk masa hadapan masing-masing untuk mereka yang telah bekerja. Jadi, dengan membuat semakan penyatan caruman KWSP secara online, anda sudah tidak perlu ke kaunter untuk berurusan ataupun memberi alasan kekangan masa untuk membuat semakan baki pinjaman KWSP.

Oleh itu, kami dengan berbesar hati akan berkongsi langkah-langkah mudah untuk semak penyata KWSP.

Cara Semakan Penyata KWSP Online

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran
Cara Semak Penyata Caruman KWSP Online,1. Anda dikehendaki untuk terlebih dahulu mendaftar di Portal rasmi i-Akaun KWSP.
,2. Anda dikehendaki untuk ke kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendapatkan nombor pin yang sah dalam tempoh 90 hari untuk mendaftarkan diri anda di akaun laman KWSP.Untuk mengambil no pin KWSP itu; kad pengenalan anda diperlukan ketika berurusan di kaunter.
,3. Seterusnya; anda pergi ke portal rasmi KWSP iaitu www.kwsp.gov.my. Kemudian; klik pada butang ‘login kali pertama’ pada laman itu atau KLIK SINI
,4. Anda boleh memilih untuk pertanyaan bersetuju atau tidak mengaktifkan i-Akaun seperti ( saya bersetuju untuk mengaktifkan i-Akaun) dan tanda di kotak yang tersedia.
,5. Seterusnya; no kad pengenalan masing-masing hendaklah anda masukkan.
,6. No pin yang diambil di kaunter tadi mestilah anda masukkan dan tekan (supaya aktif).
,7. Akhir sekali; nama pengguna dan kata laluan sendiri dimasukkan dan butang hantar diklik.
[/table]

Setelah selesai pendaftaran ID di laman web KWSP, simpanan dan penyata KWSP terkini masing-masing sudah dapat disemak hanya melalui paparan dan semakan online sahaja. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang bekerja untuk semak penyata KWSP.