Penjawat Awam Rasuah, Rompak, Songlap Duit Rakyat Untuk Hidup Mewah. Tidak Malu Kamu!

14


Penjawat Awam Rasuah, Rompak, Songlap Duit Rakyat Untuk Hidup Mewah. Tidak Malu Kamu!

Jikalau tidak mampu buatlah cara tidak mampu. Usahlah berbelanja lebih daripada kemampuan.

penjawat awam rasuah

Tidak usahlah juga kita mahu memuaskan hati orang lain untuk menunjukkan kepada orang lain yang anda sedang hidup sennag lenang dengan perbelanjaan itu dan ini, melancong ke sana dan kemari. Sedangkan realitinya anda hidup mewah dengan berhutang.

Berpijaklah di bumi yang nyata, jatuh bangun anda dikemudian hari mereka-mereka ini yang sering memuji pakaian, kereta, beg tangan, jam mewah, percutian anda di Facebook tidak akan memperdulikan anda dikala anda dalam kesusahan.



Ada…

Penjawat Awam Rasuah : Biar Rakyat Susah Tapi Hidup Sendiri Senang

  • Penjawat awam biasa – hidup mewah dengan personal loan
  • Penjawat awam gred atas – hidup mewah dengan kuasa dan rasuah

Pedulikan mereka, hidup di atas kemampuan sendiri. Tetapi, bukan semua penjawat awam begitu. Ada yang bijak menguruskan kewangan tetapi kebanyakan tinjauan Berita Semasa memperlihatkan ramai yang lebih gemar berhutang untuk menaikkan prestij masing-masing.

Bertambah teruk lagi apabila mereka songlap duit rakyat dan menyalahgunakan dana yang ada untuk kepentingan diri dan keluarga sendiri.

Dikala ramai rakyat marhaen perlukan bantuan dan tempat berpauh, kamu senang-senang rompak, curi, songlap hak mereka semua. Apa tak malukah kamu? Mereka-mereka inilah yang telah memberikan persepsi yang tidak baik kepada kumpulan penjawat awam.

Gaji kakitangan awam yang diberikan cukup untuk anda hidup berserdahana.

P/S : Tetapi itulah, kadang-kdang yang di atas, sendiri ‘bengkok’ dan ‘tidak betul’ buat-buat terkejut apabila anak buah sendiri kena tangkap rasuah. Cuma tidak kena tangkap sahaja. Tunggu masa dan ketikanya.

PP/S : Tahniah SPRM berjaya buat tangkap rasuah terbesar di Malaysia. Anak murid dah tertangkap, selepas ini boleh tangkap pula ‘tok gurunya’ pula

PP/S : Selari dengan ketegasan Tan Sri Ali Hamsa, Berita Semasa suka untuk ulangi penjawat awam di Putrajaya dan kakitangan kerajaan negeri juga jikalau ada bukti rasuah dikalangan bos dan pengarah anda sila laporkan sahaja kepada SPRM juga berpandukan ketua yang sebegitu rupa.


Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi? Punca Makin Naik? Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi? Punca Makin Naik? Apabila membaca satu fakta daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh orang-orang SPRM, memang patut pun kedudukan indeks rasuah di Malaysia ber...
SEBARKAN

14 Komen Bernas

  1. Apakah masalah yg terlebih besar dari umat ini yg mengabaikan/tidak mengerjakan solah lima waktu sehari semalam? Nauzubillah

  2. Pada pandangan saya dgn persepsi rasuah yg agak tinggi dan dalam keadaan yg berterusan begini (persepsi) adalah wajar pru 14 check n balance bagi kjaan yg memerintah perlulah kuat(jika bn terus memerintah) sementalah nak beri 2/3 kemenangan adalah sesuatu yg perlu difikirkn 2/3 kali.atau just terus je beri parti alternatif tu berjaya pru nanti(tapi biarlah yg lbh Islamik)

  3. Yang curi duit lembu sampai rm 250 juta tu boleh bebas pulak.
    Ktangan awam ke tu.
    Siapa yg melindungi tu.
    SPRM tak nampak ke.

  4. 2×5 jeww..Mana2 parti yg pegang amanah skrg smada BN dan pmbangkang..haku tgk d setiap negeri masih lg mrungut pasal harga brg segala cukai hatta apa jadah tak juga turun2…

  5. Memang budaya penjawat awam lebih memandang gaya dari otak dan sumbangan budi. Saya selalu dipandang hina kerana berjimat cermat dan tidak bergaya. Seharusnya penjawat awam perlu mengubah persepsi dari bergaya kepada berbelanja berhemah dan bijak menabung untuk kemudian hari

  6. Sepatutnye strategi dia songlap tu patut diterbitkan.. juai confirm laku… senang buat duit.. x yah susah2….

  7. Perdana Menteri dan Ketua Menteri seharusnya dihadkan hanya dua penggal sahaja. Telah tiba masanya kita ikut jejak Amerika dalam pemilihan Ketua Tertinggi kerajaan. Mari kita fikirkan bersama. Kerajaan yang memerintah sekarang ini gagal menaikkan taraf hidup rakyat dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak terkawsal. Ini isu yang WAJIB diberi keutamaan oleh kerajaan yang memerintah. Jangan sampai ekonomi negara tidak menentu dan kerajaan hanya mampu berhutang untuk memenuhi keperluan kerajaan yang memerintah dan rakyat yang menderita.

Kongsikan Pandangan Bernas Bersama Kami Di Sini. Bincangkan..

Please enter your comment!
Please enter your name here