Pengambilan Tentera Darat Temuduga Terbuka Pemilihan Perajurit Muda
Seperti yang kita semua rakyat Malaysia sedia maklum, komponen TDM antara komponen yang terpenting sebagai benteng di barisan hadapan dalam mempertahan tanahair kita.

Secara faktanya juga ia juga merupakan komponen yang terbesar dalam Angkatan Tentera Malaysia ATM. Masakan tidak mereka mempunyai bala tentera yang terdiri daripada 17 rejimen dan kor yang meliputi pasukan bantuan tempur, pasukan bantuan dan pasukan tempur.
Yang mana mereka sentiasa bersiap siaga untuk mengangkat senjata dan mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi negara. Antara yang disegani dan terunggul adalah Rejimen Askar melayu Diraja.
Berdasarkan rekod yang terkini Rejimen Askar Melayu Diraja ada sejulah 25 batalion.
Terkini, kepada anda semua yang berumur 18 tahun dan ke atas dan memiliki sekurang-kurangnya kelulusan SPM dan mempunyai semangat yang tinggi menyertai keluarga besar Tentera Darat Malaysia Angkatan Tentera Malaysia mempelawa anda semua untuk menghadiri temuduga tentera darat di tempat-tempat pemilihan yang telah ditetapkan dan tersenarai seperti di bawah ini :
- Kangar Perlis
- Alor Setar Kedah
- Kulim Kedah
- Pulau Pinang Penang
- Ipoh Perak
- Kuala Lumpur KL
- Johor Bahru JB
- Kluang Johor
- Melaka
- Seremban Negeri Sembilan
- Temerloh Pahang
- Kuala Terengganu
- Kota Bahru Kelantan
- Sandakan Sabah
- Kota Kinabalu Sabah
- Kota Belud Sabah
- Tawau Sabah
- Miri Sarawak
- Kuching Sarawak
- Sri Aman Sarawak
- Sibu Sarawak
Rujukan Iklan Pengambilan Tentera Darat Temuduga Perajurit Muda?
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannnya
Jom Masuk Tentera Lepasan Ijazah,KLIK SINI mohon
Iklan Pegawai Kadet Muda UPNM,KLIK SINI mohon
Iklan Perajurit Muda,KLIK SINI mohon
[/table]
[table sort=”desc,asc”]
Ada Persoalan? Hubungi
Sel Pengambilan Tentera darat; Cawangan Sumber Manusia; Markas Tentera Darat 2; Kementerian Pertahanan; Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur
Tel: 20-2071 3807/4254/4523/4258/2188/6030
Portal Rasmi : army.mod.gov.my
[/table]
P/s : Berita Semasa doakan agar permohonan anda akan diterima kelak dan sekaligus dapat menjadi sebahagian daripada yang jadi benteng terakhir untuk pertahanan negara Malaysia.
PP/S : Berita Semasa jangkakan permohonan dan pengambilan tentera darat Malaysia akan mendapat sambutan yang hangat melihatkan kepada tangga gaji dan skim gaji tentera yang telah pun ditambah baik