33.8 Peratus Pendapatan Isi Rumah di Malaysia RM1,500-RM3000. Adakah Anda Orangnya? Kelantan dan Sabah Termiskin!

33.8 Peratus Pendapatan Isi Rumah di Malaysia RM1,500-RM3000. Adakah Anda Orangnya? Kelantan dan Sabah Termiskin!

Hutang isi rumah di Malaysia yang terkini telah pun dikeluarkan.

pendapatan isi rumah

Terbaru, Laporan Statistik Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia antara tempoh tahun 1970 sehinggalah tahun 2012 telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara.

Berdasarkan semakan Berita Semasa, di atas kertas tampak berlakunya peningkatan terutamanya melibatkan kelas yang berpendapatan serdahana dan juga tinggi. Ini butirannya….

Pendapatan Isi Rumah di Malaysia : Kumpulan Pendapatan?

Butirannya boleh anda semak berdasarkan statistik seperti di bawah :

  1. 33.6 peratus mempunyai purata pendapatan isi rumah melebihi RM5,000 sebulan
  2. 27. 8 peratus mempunyai purata pendapatan isi rumah antara RM3,000-RM5,000 sebulan
  3. 33.8 peratus mempunyai purata pendapatan isi rumah antara RM1,500-RM3,0003 sebulan
  4. 5.0 peratus isi rumah yang mempunyai purata pendapatan kurang RM1,500 sebulan. (Nota : Ralat -0.2 peratus)

Walauapun kepada kalangan anda di sini yang memiliki pendapatan melebihi RM5,000. Tahniah dan jangan lupa bersedekah dan bermala jariah. Tunaikan hak kepada si miskin.

Dan kepada anda yang memiliki pendapatan antara RM3000 hingga RM5000.  Jangan berasa selesa apatah lagi dengan lonjakan kos sara hidup yang semakin melonjak tinggi ketika ini dari hari ke sehari.

Manakala kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah. Lipat gandakan usaha anda. Hentikan sikap “biar papa asal bergaya”. Ini kerana kos sara hidup di Malaysia semakin kejam dan tidak mengenal mangsa dan bangsa.

Akhirnya sekali, kepada mereka yang berada di kelompok berpendapatan RM1,500 ke bawah. Jangan putus asa. rezeki ada di mana-mana. Usaha tangga kejayaan. Insyaallah. Amin.

Butiran Lengkap Statistik Pendapatan isi Rumah di Malaysia

P/S : Golongan berpendapatan RM3,000 dan ke bawah iaitu sekitar (38.8 peratus) layak menerima BR1M Mungkin juga akan ditambah paras kelayakan menjelang pembentangan Bajet Malaysia.

PP/S : Anda di kelompok yang mana satu? Bincangkan…

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Kenaikan Pendapatan Isi Rumah 2014 Rakyat Malaysia (RM5900). Naik 18%. Setuju? Kenaikan Pendapatan Isi Rumah 2014 Rakyat Malaysia (RM5900) Naik 18% "Kita sudah berjaya". Itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, ...
{ 60 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }
  • 1 Panchor Oct 17, 2013, 11:42 am

    tulah duduk lagi bawah kerajaan hamPAS kan dh jadi negeri miskin. Kesian….
    pemimpin kayakn diri sendiri, negeri ttp mundur gak

  • 2 Anonymous Oct 17, 2013, 12:05 pm

    Kt ganu pun ramai miskin…yg kaya wqkil rakyat jew

  • 3 anas Oct 17, 2013, 12:06 pm

    Org atas ni bodoh. Bagi hujah paling bernas pun tak guna. Jgn buang masa anda.

  • 4 kutooobamboo Oct 17, 2013, 12:09 pm

    tulah dulu suruh bljr tinggi2 tak nk? heeee

  • 5 5050 Oct 17, 2013, 12:09 pm

    tulah duduk lagi bawah kerajaan xxxxNegara kan dh jadi negeri dgn penduduk TERMISKIN. Kesian….
    pemimpin kayakn diri sendiri, negeri ttp mundur gak..alahai Sabah, Sarawak, Pahang

  • 6 Senah Senget Oct 17, 2013, 12:10 pm

    Kesian Kelantan Miskin.
    Sabah miskin bukan sebab kerajaan, tp org sulu

  • 7 Senah Senget Oct 17, 2013, 12:12 pm

    Yg replay pun buang masa jer..
    Sama macam kak senah

  • 8 Senah (Ori) Oct 17, 2013, 12:14 pm

    Salam Sayang & Salam 1Najib

    Akak bangga kerana Malaysia memiliki kadar pendapatan yang membanggaka di bawah pemerintahan UMNO/BN. Walaupun tak sekaya negara maju yang lain. Kerana jurang kekayaan di negara maju sangatlah besar. Jadi Malaysia berjaya membawa bersama rakyat ke arah kekayaan. Bukan hanya pemerintah sahaj yang kaya. Kerajaan UMNO/BN mendengar setiap denyut nadi rakyat.

    Tak seperti PR yang hanya tahu mengorek tabung Petronas untuk tambah subsidi barangan harian.

  • 9 Senah (Original) Oct 17, 2013, 12:16 pm

    Salam Sayang & Salam 1Najib.

    Kelantan tu lagi teruk. Dah la pemimpin miskin, rakyat pun miskin. Minum air keruh dari paip.

  • 10 Replay Oct 17, 2013, 12:17 pm

    Macam game pulak boleh replay ye?

  • 11 joe labu Oct 17, 2013, 12:21 pm

    biar miskin harta,tp xmiskin maruah…jangan jd pengampu kepada harta dunia..duit masuk poket sendiri..duduk di malaysia dah mcm duduk kat tempat orang..sumenya naik…

  • 12 student Oct 17, 2013, 12:24 pm

    Da klau blja tggi tp kje xde xblh jgk…blja smpai degree tp ble hbs blaja kje xde..cbe tye org2 yg kt lua 2..yg ade diploma or degree…kje di thp spm..gji rndh…cmne dyorg nk byr blik pnjmn pljrn dyorg…

  • 13 Firdauz83 Oct 17, 2013, 1:06 pm

    Jangan sampai miskin agama..

  • 14 org ganu Oct 17, 2013, 1:11 pm

    kaya ke miskin ke smuenye akn MATI..baik buruk amalan tanggunglah sndiri!! drpd buang mase baik berZIKIR ingat pd Allah pd setiap mase…

  • 15 Anonymous Oct 17, 2013, 1:12 pm

    jhk,h

  • 16 Anonymous Oct 17, 2013, 1:13 pm

    SANGAT SETUJU

  • 17 Anonymous Oct 17, 2013, 1:41 pm

    Panchor jgn ckp xgna otak.ko nak hrta dnia ka akhirat.

  • 18 pacik wak Oct 17, 2013, 1:42 pm

    Dah biasa hidup susah,mkn nasi campur jagung pun dah merasa,sekarang dah senang sikit,kalau nak kena susah lagi rasanya dh ada pengalaman,yang risaunya anak=anak kita yang baru nak kenal hidup,yang dh biasa selesa,bolehke…..

  • 19 manggo Oct 17, 2013, 2:18 pm

    HU..HU..HU..betol.. betol, sabah sarawak pun bawah pas jugak sebab tu miskin..

  • 20 Komen ajer pandai Oct 17, 2013, 2:25 pm

    Hentikan sikap “biar papa asal bergaya”. Ni sikap terpuji yang selalu dipuji oleh semua lapisan masyarakat terutama yg x tau beza kehendak ngn keperluan.

  • 21 haruan Oct 17, 2013, 2:28 pm

    Duit banyak mana pun , sentiasa nak banyak lagi.
    Dibandar RM 1500 tu , tak cukup untuk sekeluarga 5 orang , tapi kalau dikampong untuk 5 orang, jimat jimat , makan pun tidak membazir, cukup lah untuk hidup .
    Tapi kalau dah biasa dengan internet, astro, kucing mahal, handset mahal, cuti luar negara, kereta berderet, banyak manalah agaknya cukup.
    bab hutang isi rumah tu….biasalah… sapa tak berhutang. Yang gaji kecik hutang sikit, yang gaji besar hutang banyak lagi.
    senah sayang mana?

  • 22 shutup Oct 17, 2013, 2:33 pm

    Mana tidak nyer kekayaan negeri diragut oleh kroni-kroni……yang papa rakyat yang miskinlah dahlah miskin jatuh le pula jadi papa kedana…ini lagi minyak naik semua kos pun melambung naik,,,,negara tak berkebajikan melayu mudah lupa sebab itu masalah ekonomi terus melanda rakyat…..

  • 23 Datu Nuar Berahi-m Kiram Oct 17, 2013, 3:29 pm

    da tu ko nk dok kat mne?
    jgn kata dok kat amerika sanjungan PKR…

    try dlu stay kat australia… tgk ko mampu hidup atau x, disana kalu x suke malaysia…

    tetapi malaysia ni aman… sy nuar berahi-m x suke keamanan… mari kite membuat huru hara di jalanan..
    AYUH!

  • 24 Datu Nuar Berahi-m Kiram Oct 17, 2013, 3:46 pm

    btol tu student
    tu la… ni sume salah umnoggok…
    ada degree tp xde kje… wapun kelulusan takat pagkat 3 je.. atau ngam2 paras lulus je (repeat paper pun 2-3x)… tp
    kje msti nk gempak…. nk kje besar… kje petronas… kje exxon…. kje sime darby… kje shell… nk kje yg besar2 je… kje kcik2 ni x main la kan… ye la.. org ada degree (lulus cukup2 mkn) la katakn.. mne klass keje kcik2

  • 25 DAMN IT Oct 17, 2013, 4:10 pm

    SAPA YANG DOK BISING HARGA BARANG NAIK SEMUA TU, LEPAS NI BARANG MANA YANG NAK PAKAI BUAT SENDIRI K..XPAYAH DOK BISING2..NAK BARANG MURAH, P DOK ZAMAN KUNO BALIK..TERIMALAH HAKIKAT PEREDARAN ZAMAN.DALAM DUNIA NI BUKAN MALAYSIA JE YANG ADA.

  • 26 pop Oct 17, 2013, 4:11 pm

    Berita Semasa,

    Minta maaf lah, Saya tidak percaya dengan Statistik Jabatan Perangkaan Negara. Saya tergolong dalam golongan no.2 tapi 5% (bawah RM1500) adalah tidak logik sama sekali. Pada hemat saya ini semua data daripada amn, kwsp dan little minor here and there.

    Macamana yang tiada kwsp? kerja gaji hari atau kontrak seperti kerja kedai makan, jual air atau gorengan tepi jalan? Kerja sendiri macam penoreh getah (Kebun sendiri 1++ ekar lebih 3000 sebulan), Nelayan, Petani, penternak…..mana ada orang datang collect data? Ianya amat-amat tidak tepat.

  • 27 pop Oct 17, 2013, 4:17 pm

    Ada lagi.

    Penerima br1m yang lepas adalah 5.369 juta orang daripada 28.3 juta penduduk maknanya lebih kurang 19%. So yang gaji bawah 1500 hanya 5%?……

  • 28 ebi adabi Oct 17, 2013, 4:29 pm

    miskin di dunia, kaya di akhirat.
    parti politik tidak boleh dijadikan kayu ukur. Sabah cap BN pun masih miskin.

  • 29 ebi adabi Oct 17, 2013, 4:31 pm

    ahli politik merangkap ahli perniagaan yg biasanya kaya raya. kuasa politik byk membantu ekonomi keluarga mereka.

    takziah rakyat Malaysia kerana memilih mereka.

  • 30 Datu Nuar Berahi-m Kiram Oct 17, 2013, 4:45 pm

    damn it,
    mereka mne bole terima kenaikan barang.. mahupun peredaran zaman…

    mereka hanya mahu kekal sbg pemalas tegar cam lembu…
    hnya perlu percuma…
    mahu myk harga seposen… gula seposen… letrik 1 sen seunit air prcuma smpi mati… pelbagai lg brg keperluan percuma dan murah…
    bkn stkt murah.. tp byk… kalu bole nk beli beras 10kg pd harga seposen jer….

    tetapi gaji mahu giler babun besar… skrg2nye 8k utk pak guard… tu bru pak guard lom kje lain…

    tu yg kami PKR perjuangkn.. brg murah dan percuma pd kuantiti besar, gaji tiggi melangit wapun kje malas ya rabbii…..

    PKR mahu rkyat hidup selesa dan kekal pemalas lembu tegar

  • 31 Anonymous Oct 17, 2013, 4:48 pm

    x tgk result pru ka?

  • 32 Anonymous Oct 17, 2013, 4:49 pm

    yala manggo terang2 BN mng besar d sabah sarawak..xkan masi d bawah pas…sekolah ma ko blajar ni?

  • 33 Abang Oct 17, 2013, 5:03 pm

    Kelantan kan sbhgian Malaysia…..
    Malaysia kan diperintah oleh BN.
    Salah siapa?
    Mesti lh salah Obama, kan…?

  • 34 Syamsul Arif Oct 17, 2013, 6:34 pm

    Kelantan mungkin miskin dari segi pembangunan…tapi dari segi value for money Kelantan adalah negeri nya…kalau xpercaya, sebuah rumah teres 2 tingkat masih blh didapati dgn harga bawah dari RM350k…tapi di Negeri2 lain Rumah teres 2 tingkat pn dh blh menjangkau harga tidak kurang dari RM 500k

  • 35 luv u senah Oct 17, 2013, 8:09 pm

    jauhnya nk ulangalik kel ke kl…

  • 36 matlom Oct 17, 2013, 9:29 pm

    Kawe ore Kelate. Walau pun demo dok kutuk negeri kawe, kawe tetap suka dok Kelate. Tadak masalah langsung……. Hanya Jauhari Mengenal Manikam…

  • 37 Orang Lama Oct 17, 2013, 11:17 pm

    Apa nak jadi ? pelaburan yang dilabur oleh rakyat malaysia juga tergugat. Nilai simpanan yang dilaburkan untuk masa tua pun jadi susut nilai. ingatlan pencen nanti dapat 100k kira banyak tu.. tapi akandatang nilai tu macam 30 k saja.. fikirkanlah..

  • 38 pdp Oct 18, 2013, 8:00 am

    Laporan dari Wall Street Journal,USA pada Disember 2012,Msia dinobatkan negara yang paling rasuah di dunia dalam pengurusan perniagaan diikuti oleh Mexico.
    Japan dan Singapore menyandang tempat paling bersih .
    Apakah pendapt dan Ulasan anda ???

  • 39 kalut Oct 18, 2013, 8:43 am

    Habis sabah di bawah UMNO BN?sabah antara negeri terkaya di malaysia dari segi pendapatan negeri dan sumber asli tetapi kenapa boleh jadi negeri termiskin?mana pergi nya duit negeri sabah?negeri semenanjung sudah ambi ke?

  • 40 kalut Oct 18, 2013, 8:48 am

    Sarawak dan sabah betul2 menjadi lubok rezeki org di semenanjung…..kakitangan kerajaan persekutuan di sarawak dan sabah kebanyakannya dari semenanjung.guru,polis,askar,pembantu akuntan semua di kontrol org semenanjung.hasil bumi sarawak sabah pun banyak di ambi pergi semenanjung.

  • 41 peaceYO Oct 18, 2013, 9:00 am

    tnya sama UMNO knapa jd cm nih? hahaha, dasar dachenGGgg

  • 42 :p Oct 18, 2013, 9:07 am

    amboi ng senang snang ja ngata ngeri orang haha,. sat nah, aku nk tanya hang nih
    “apakah perbezaan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri di malaysia?”
    hah jawab sonang ja nih

  • 43 mantad sabah Oct 18, 2013, 10:02 am

    SENAH MEROYAN I WANT TO REMIND YOU, WALAUPUN KO NAK MENCACI KELANTAN MISKIN TAPI DIORANG KAYA ILMU AGAMA TAK MCM SENAH KAYA DNG MEMBODEK KRAJAAN. APA KAU INGAT KLU DAH KITA MATI BAWA KLCC SKALI DAN DUIT KAU YG BERJUTA TU SKALI KE.

  • 44 rossa sumandak Oct 18, 2013, 10:09 am

    Sabah tanahairku walaupun miskin tapi tetap ku sanjung. Kepada menteri yg makan duit milik sabah kenyangkanlah perut mereka.. tunjukkanlah kami perut2 mereka yg kenyang itu, mudah mudahan mereka makin sihat dan makin bertenaga untuk makan dan makan duit pribumi sabah. Biarlah kami makan pucuk ubi dan ikan masin demi menteri kami yg kami sayang..

  • 45 1 malaysia Oct 18, 2013, 10:18 am

    Kita boleh kaji sendiri perbezaan gaji di sabah sarawak dan semenjung. Sabah dan sarawak purata gaji yg rendah, pemberian elaun di sabah pun tidak sama seperti d smnnjung. Inikah 1 malaysia???? Kesian rakyat sabah…

  • 46 cucu senah Oct 18, 2013, 3:30 pm

    (tulah duduk lagi bawah kerajaan hamPAS kan dh jadi negeri miskin. Kesian….)

    br aku tau sabah bawah kerajaan PAS…whahaha

  • 47 cik Lat Oct 18, 2013, 7:25 pm

    Org kelantan walau konon plg miskin tp taukeh2 yg umah besar2 tu majoriti org melayu. Negeri lain bole kira dgn jari taukeh melayu. Ramai stakat mampu dok umah teres makan gaji je

  • 48 Carlos Santiago Oct 20, 2013, 3:51 pm

    kalau mcm tu. sepatutnya bajet pembangunan negeri banteras kemiskinan dilebihkn untuk negeri kelantan dan sabah. pelabur sepatutnya diminta melabur di negeri kelantan or sabah. secara tak langsung dapat mengurangkan kadar kemiskinan.

    tapi politik membodohkan manusia.

  • 49 tlrdhjngtnduk Oct 20, 2013, 7:59 pm

    cerita pasal pendapatan….sy terpangil tuk kongsi pendapat

    sy nie golongan sederhana gaji antara 3k-4k, tp hdp cam org susah…dr mata ksr cam blh hdp tp hakikatnya agak susah.byr rmh(kecik je pun),byr kete(myv je),utiliti rmh,ank2 sekolah,mnyk kete n beri ibu n mertua ban….last skali bulanan hampir tk ckp…susah hdp skarang ni….

    br2 ni lhdn pulak bg tau yg saya byr cukai tahunan tak cukup…so kena tambahan byran cukai lhdn…rase bnd ni cam melampau plak….kita byr ikut yg sepatutnya so last lhdn kata tak cukup…ape bnd semua ni….org lg susah lg nak kena byr……kebetulan dgr crt dr phk kwn yg lembaga hasil punya staf gaji tinggi sgt wlpn hny kerani dan bonus tahunan staf lembaga hasil mencecah 6 bln…..wah hbt mereka staf2 lhdn ni….ambek duit rakyat bg kerajaan n kemudian staf lembaga hsl kaya n hdp senang…..sy terpngl untuk mohon berita semasa kuarkan berita tntg lhdn….btl ke gaji mereka tinggi wlpn hny kerani n betul ke bonus mereka jg tinggi sdngkan hasil kutipan dr org lain yg mcm kita ni…..mne lhdn dapat duit sebanyak itu tuk salur kemewahan pd staf mereka

  • 50 Aku Konfius... Oct 21, 2013, 11:44 am

    kejap.. aku konfius gila babas nih.. Kemiskinan sesorang di ukur pada isirumah atau gaji ke?? nak tanya lah.. kalo pendapatan tinggi rm5000 tinggal kat kl yg rumah harga berjuta2 nasi sebungkus rm7 VS gaji rm1500 tinggal kat kg yg rumah beratus ribu nasi sebungkus rm2.50.. mana satu miskin??

  • 51 tlrdhjngtnduk Oct 21, 2013, 12:13 pm

    aku konfius…..btl hang kata tu……kalau gaji bnyk dgt pun tp tngl kat bndr bsr beban sma cam yg tngl kat pendalaman gji kecik….hakikatnya semua org rase bahang yg sma…..sma2 susah….betul tak….kat mana slpnya skarang…..kita tk blh ubah ape2 kecuali bg pendapat kat forum2 je……so mintaklah pemimpin2 yg kita hormati supaya depa semua tgk situasi skarang ni…..tlng la rakyat skit….

  • 52 naz Oct 21, 2013, 3:11 pm

    bayak je keje swasta kalau u berkelayakan,,, xsalah mula dari bawah itu pengalaman,,, kalau u nak harap kan keje kerajaan mmg sampai ke tua u tak kerja dan xdapat bayar pinjaman, ada juga yang gaji dah besa dapat kje elok pun masih xnak baya utang balaja,,, mana ada free dlm dunia nie,,,

  • 53 ayu Oct 21, 2013, 3:16 pm

    celik mata, buka minda wahai rakyat malaysia…

  • 54 naz Oct 21, 2013, 3:17 pm

    kadang 2 nak kata orang malaysia ni ditindas kerajaan tapi masih boleh bergaya dengan kereta oversea, barangan berjenama, bercuti ke oversea tapi masih nak cakap hidup susah mcm xcukup makan,,, bersyukurlah wahai manusia..

  • 55 naz Oct 21, 2013, 3:23 pm

    tapi ada ke orang yg nak duduk sana, kalau tak ada peluang pekerjaan, sedangkan orang kelantan bayak datang ke negeri luar untuk cari duit dan dibawa balik ke kg.. kalau xde persaingan bukan kehidupan la namaya maka xada lah kemajuan…

  • 56 tlrdhjngtnduk Oct 21, 2013, 8:36 pm

    tak semua yg atas jln raya tu kete oversea….dr mata sy ramai je pakai kete malaysia n paling ramai yg pakai kete low budget cam viva,kncil,wira,saga n beberapa kete lain yg low budget .bkn la kami tak bersyukur tp kalau dah simpanan bulanan pun tk dapat nk d tabung….bila sesak terpaksa meminjam….mgkn naz bukan golongan cam kami…..blh la kata kami tak syukur…..

  • 57 yee 2013 Oct 22, 2013, 10:06 am

    kaya budi bahasa ada lebih baik dari kaya wang

  • 58 Anonymous Oct 26, 2013, 10:16 am

    haha,,,betul

  • 59 golongan pertengahan Oct 28, 2013, 11:18 am

    rata2 saya lihat ada juga golongan gaji besar juga tidak cukup setiap bulan krn tidak pandai mengurus wang gaji..terutama penggunaan kad kredit dan tidak tahu beza antara keperluan dan kehendak..gaji besar@kecil jika tidak pandai mengurus kewangan keluarga tetap tidak cukup..cadangan saya buat potongan simpanan tiap2 bulan untuk kes kecemasan cth saving rm100-rm250 setiap bulan bg perbelanjaan hari raya dan perbelanjaan buka sekolah,balik kampung etc..

  • 60 Anonymous May 23, 2015, 2:42 pm

    Jurang pendapatan di negara maju tinggi? Buktinya?

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini