≡ Menu

Pendapatan Gaji 5 Juta (71.3 peratus) Isi Rumah di Malaysia Lebih RM3,000 Sebulan. Jumlah Gaji Naik Purata 8 peratus Setahun!

Pendapatan Gaji 5 Juta (71.3 peratus) Isi Rumah di Malaysia Lebih RM3,000 Sebulan. Jumlah Gaji Naik Purata 8 peratus Setahun!

Ada yang bertanya kepada Berita Semasa, mengapa kerajaan Malaysia melalui Jabatan Statistik Malaysia dilihat lebih gemar untuk menggunakan data isi rumah?

gaji isi rumah

Mengapa tidak, kerajaan Malaysia keluarkan sahaja data daripada segi pendapatan per individu.

Bukankah baik pendapatan individu dikaitkan dengan perbelanjaan individu dan tanggungan. Bukankah data-data tersebut boleh diambil dari penyata pendapatan tahunan LHDN?

Inilah antara soalan-soalan yang dihantar oleh pembaca Berita Semasa. Ok baik….

Apa yang boleh Berita Semasa jelaskan di sini, mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia menggunapakai data isi rumah, adalah kerana data pendapatan isi rumah di Malaysia adalah termasuk dengan tanggungan. Contohnya :

  • Jikalau isi rumah ada 2 orang yang bekerja (digabungkan pendapatan & gaji sejumlah RM4,000 sebulan), 2 orang anak (tanggungan), seorang ibu mertua (tanggungan), maka sudah semestinya purata (mean) akan bagi nilai yang rendah
  • Manakala apabila dikirakan berdasarkan pendapatan individu, tidak termasuk tanggungan lagi

Yang acapkali menjadi isu dalam memprosesan data biasanya melibatkan perkara samada mahu menggunakan nilai mean (purata) atau nilai median (tengah)

Berdasarkan data dan maklumat yang terbaru diperolehi daripada Jabatan Statistik Malaysia (JPM), Datuk Seri Abdul Wahid Omar berbesar hati untuk berkongsi beberapa lagi kejayaan melibatkan kadar kenaikan pendapatan dan gaji rakyat Malaysia berbanding dengan pergerakan kos hidup secara purata tahunan. Antaranya ialah :

Statistik & Berita Kejayaan Pendapatan & Gaji Isi Rumah Di Malaysia

pendapatan isi rumah

  1. 71.3% isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan & gaji lebih RM3,000 sebulan bagi tahun 2014 Adakah anda orangnya?
  2. 71.3% adalah bersamaan dengan 5 juta isi rumah di Malaysia
  3. Manakala bagi tahun 2012, kalangan yang mempunyai pendapatan gaji isi rumah lebih RM3,000 sebulan hanya 61.3%
  4. Kerajaan Malaysia akan menumpukan usaha meningkatan pendapatan dan gaji isi rumah yang yang masih berada di bawah RM3,000 sebulan iaitu seramai 2 juta orang
  5. Negara Malaysia bercita-cita besar mahu menjadi negara berpendapatan tinggi dengan Pendapatan Negara per kapita sebanyak RM49,000 (USD15,000) mengikut kadar tukaran wang semasa
  6. Untuk 5 tahun terkahir ini iaitu antara tahun 2008-2013, ekonomi Malaysia telah berkembang 5.1% peratus setahun
  7. Jumlah gaji telah meningkat pada kadar purata 8% peratus setahun. Sekaligus, membolehkan nisbah atau peratusan gaji kepada KDNK meningkat dari 29.3% pada tahun 2008 kepada 33.6%pada tahun 2013
  8. Purata pendapatan isi rumah meningkat dari RM4,025 pada tahun 2009, RM5,000 pada tahun 2012 dan RM5,919 pada tahun 2014.
  9. Pendapatan median telah meningkat daripada RM2,830 pada tahun 2009 RM3,626 pada tahun 2012 dan kepada RM4,258 pada tahun 2014 yang mana ia merupakan peningkatan sebanyak 8% setahun antara tahun 2009 hingga 2014
  10. Akhir sekali, Wahid Omar ingin memaklumkan di sini yang mana hakikatnya pendapatan isi rumah meningkat lebih tinggi berbanding peningkatan kadar inflasi dalam jangka masa lima tahun terakhir ini.

Berdasarkan perkongsian terbaru Datuk Seri Wahid Omar kali ini, anda termasuk di dalam kumpulan yang mana satu? pendapatan & gaji isi rumah di bawah RM3,000 atau di atas RM3,000? Kongsikan realiti pendapatan isi rumah anda sekarang ini?