≡ Menu

30 Pencuci Muka Terbaik Malaysia Yang Boleh Dipakai Hari-hari

30 Pencuci Muka Terbaik Malaysia Yang Boleh Dipakai Hari-hari bagi kulit berminyak, kulit kering, kulit berjerawat, kulit kusam, ada jeragat

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kulit berjerawat iaitu terlalu sering merokok, faktor keturunan, iritasi kulit, penggunaan kosmetik, perubahan hormon ketika hamil dan ketika datang haid.

pencuci muka terbaik

Kita tidak boleh mengabaikan dan mengambil ringan akan masalah jerawat kerana ia akan membawa kepada pembiakan bakteria kepada bahagian wajah yang lain.

Jadi, untuk mengilangkan jerawat pada wajah, langkah yang tepat dan berkesan perlu diambil.

Caranya dengan menjaga kebersihan kulit dengan mencucinya dengan pencuci wajah yang khususnya untuk kulit berjerawat dan sensitif.

Oleh itu kali ini saya akan berkongsikan pencuci muka terbaik yang boleh digunakan hari-hari untuk kulit berjerawat.

30 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Jerawat dan Kulit Kering

1. Pencuci Muka Terbaik :  Acnes Foaming Wash

Pembersih muka ini diciptakan untuk kulit sensitif dan berjerawat. Formula yang ada di dalam produk ini dapat mengurangkan radang pada kulit wajah akibat jerawat, mampu menghilangkan minyak yang berlebihan dan kotoran yang boleh menyumbatkan pori-pori serta dapat melawan bakteria yang mengakibatkan jerawat.

Tekstur Acnes Foaming Wash ini ringan dan lembut sahaja di kulit. Disarankan untuk menggunakannya pada waktu pagi selepas bangun daripada tidur. Harganya yang mampu milik sangat sesuai untuk para pelajar.

2. Pencuci Muka Terbaik : Acnes Creamy Wash

Acnes Creamy Wash ini adalah pencuci muka yang fungsinya untuk membunuh bakteria penyebab jerawat, melembutkan kulit kerana diperkaya dengan Vitamin C, E yang bertindak sebagai antioksidan serta mampu melindungi kulit wajah daripada radikal bebas.

Pencuci muka ini sangat efektif dalam membersihkan kotoran dan minyak berlebihan penyebab kepada penyumbatan pori-pori. Kulit berminyak mahupun kering sangat sesuai untuk menggunakan produk ini.

3. JF Sulfur Acne Care

JS Sulfur Acne Care adalah sabun pencuci muka untuk kulit berjerawat yang kuat kesannya dan telah dibuktikan oleh ramai orang. Sabun ini dapat menghilangkan minyak berlebihan pada wajah seterusnya menghilangkan jerawat. Ia telah diuji secara klinikal untuk menghilangkan jerawat di wajah.

JF Acne Care ini menjadi idaman dan digunakan oleh ramai orang kerana kesannya yang sangat efektif dalam menghilangkan jerawat. Ia telah diperakui oleh kebanyakan pengguna yang memakainya.

4. Pencuci Muka Terbaik : The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash

Pencuci muka ini didatangkan dalam bentuk gel yang diformulasikan daripada minyak pohon teh untuk kulit berjerawat yang boleh digunakan setiap hari.

Adalah sangat disarankan untuk menggunakan produk ini bagi sesiapa yang memiliki kulit berminyak. Kebanyakan produk Body Shop diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi yang tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit.

5. Pencuci Muka Terbaik : Kojie San Kojic Acid Soap Skin Lightening

Sabun pencuci muka ini sangat disyorkan untuk kulit berjerawat kerana sifatnya yang kuat untuk menghilangkan jerawat. Anda boleh mencuba sabun wajah ini untuk mengetahui rahsia dan khasiatnya.

Kojie San Kojic Acid Soap Skin Lightening ini bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat pada wajah tetapi juga dapat mencerahkan wajah dengan meratakan warna kulit yang tidak sekata kerana terdedah kepada cahaya matahari. Adalah dinasihatkan untuk menggunakan pelembap selepas menggunakan produk ini kerana ia menyebabkan kulit agak kering.

6. Pencuci Muka Terbaik : Acnes Natural Care Complete White Face Wash

Kebanyakan produk dari Acnes mampu menghilangkan jerawat, dan salah satu daripadanya adalah Acnes Natural White Complete White Face Wash. Pencuci muka ini mampu mengurangkan dan seterusnya menghilangkan jerawat kerana sifatnya yang kuat. Namun kesan untuk mencerahkan wajah tidak terlalu ketara seperti produk lain tetapi kulit akan terasa lembut, segar dan tidak pedih selepas menggunakannya.

7. Pencuci Muka Terbaik : Sebamed Clear Face Antibacterial Cleansing Foam

Produk Sebamed ini boleh digunakan oleh kaum lelaki juga. Kestabilan kulit muka dapat ditingkatkan kerana ia mengandungi nilai pH 5.5. Kelebihan produk ini adalah dapat merawat jerawat degil yang sukar dihapuskan. Kulit sensitif dan berminyak sangat sesuai menggunakannya kerana produk ini mempunyai pH yang normal.

8. Pencuci Muka Terbaik : Cow Brand Skinlife Facial Foam

Produk dari Jepun ini cukup berkesan untuk menghilangkan jerawat pada wajah anda. Terdapat 2 jenis pek yang boleh didapati bagi jenis pencuci muka ini iaitu tiub dan juga pam. Anda boleh memilih antara kedua-keduanya yang bezanya cuma pada tekstur sahaja. Produk ini sesuai bagi anda yang suka mencuci muka dengan berbuih. Cow Brand Skinlife Facial Foam ini tidak membuatkan kulit anda menjadi kering malah melembutkan dan mencerahkan wajah.

9. Pencuci Muka Terbaik :  Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini sangat sesuai untuk lelaki dan juga perempuan. Produk ini diformulasikan bebas sabun, jadi tidak akan menyebabkan iritasi ketika menggunakannya. Menariknya mengenai produk ini adalah ia boleh juga digunakan pada bayi. Walaupun ianya tidak mempunyai buih, namun kulit akan terasa lebih lembut dan anjal tanpa meninggalkan sebarang kesat pada wajah selepas menggunakannya.

10. Pencuci Muka Terbaik : Phisohex Facial Wash Daily Antiseptic

Hasil daripada beberapa pandangan orang yang sudah memakai produk ini, mereka berasa produk ini sangat sesuai dengan mereka kerana tidak membuat kulit menjadi kering dan sesuai digunakan hari-hari. Mereka yang sering menggunakannya akan membeli produk ini lagi kerana harganya yang sangat murah.

11. Pencuci Muka Terbaik : Acnes Spot Care

Acnes Spot Care adalah satu rawatan wajah untuk mengatasi noda bekas jerawat. Ini kerana kebanyakan jerawat yang sudah mengecut akan meninggalkan bekas hitam atau merah. Oleh itu, produk Acnes ini boleh digunakan sebelum memakai Acnes Sealing Gel untuk mengatasi bekas jerawat di wajah.

12. Pencuci Muka Terbaik : Acnes Sealing Gel

Gel ini berfungsi untuk mengatasi, menghalang pembesaran jerawat dan mengelakkannya dari meradang. Acnes Sealing Gel ini jika dipakai secara teratur dan konsisten akan mengecutkan jerawat selama 2 hari dan menghilangkan noda bekas jerawat.

13. Pencuci Muka Terbaik : Acnes Point Clear

Produk ini digunakan untuk mencegah kemunculan jerawat pada kulit wajah yang mulus. Kami sarankan anda menggunakan Acnes Point Clear untuk memiliki kulit wajah yang mulus.

14. Pencuci Muka Terbaik : Acnes Oil Control Film

Produk ini adalah kertas yang berfungsi untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah anda. Minyak yang berlebihan dipengaruhi oleh genetik dan makanan yang diambil. Maka oleh itu, ia disarankan untuk anda yang memiliki kulit yang sangat berminyak.

15. Pencuci Muka Terbaik : Acnes UV Tint

Ia berfungsi untuk melindungi wajah dari sinaran pancaran cahaya matahari. Jika terdedah kepada sinaran matahanri secara berlebihan akan merosakkan permukaan kulit seterusnya akan membentuk melanin pada kulit dan mengakibatkan kanser kulit. Jadi produk ini sesuai bagi anda yang banyak melakukan aktiviti luar secara kerap.

16. Pencuci Muka Terbaik : Acnes Control Milk Cleanser Toner

Anda tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakannya, kerana ia memang khusus untuk kulit yang berjerawat. Kandungannya daripada estrak tanaman herba serta minyak zaitun untuk melembapkan kulit wajah dan mengatasi minyak yang berlebihan pada kulit.

17. Pencuci Muka Terbaik : La Tulipe Acne Cleansing Lotion

La Tulipe ini memiliki pelbagai pencuci yang muka yang boleh dipilih bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda. Ia memang diformulasikan untuk kulit berjerawat bagi membantu mengatasi jerawat pada wajah.

18. Pencuci Muka Terbaik : Viva Milk Cleanser & Astringent Lotion

Produk pencuci muka dari Viva ini sesuai digunakan untuk kulit orang Asia dan untuk merawat masalah kulit yang anda hadapi.

Pembersih muka berasaskan lemon ini memang khas untuk kulit berjerawat bagi mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada muka. Di samping itu, ia juga mengandungi Vitamin C yang membantu menghilangkan parut jerawat.

19. Pencuci Muka Terbaik : Sariayu Acne Care Facial Foam

Produk ini diformulasikan daripada ekstrak pegaga untuk mengurangkan jerawat. Selain itu, di dalamnya juga terdapat minyak kenanga untuk meredakan iritasi kulit akibat jerawat.

20. Pencuci Muka Terbaik : Murad Acne Complex Clarifying Cleanser

Pembersih muka dari Murad ini mampu mencegah jerawat dari datang kembali dan membantu membersihkan jerawat. Formulanya boleh menghilangkan minyak yang berlebihan dan menyembuhkan pori-pori yang tersumbat sehingga jerawat tidak mudah terbentuk.

21. Pencuci Muka Terbaik : Melanox Facial Cleansing Gel

Melanox Facial Cleansing Gel ini akan membersihkan dan mengurangkan jerawat pada kulit wajah. Ia adalah produk yang terkenal dan sifatnya yang kuat untuk menghilangkan jerawat dari hari pertama hinggalah minggu seterusnya.

22. Pencuci Muka Terbaik : Neutrogena Oil Free Acne Wash

Produk Neutrogena Oil Free Acne Wash ini diimport dari California, Amerika Syarikat ini sangat berkesan untuk mengurangkan jerawat pada wajah. Harganya lebih mahal sedikit berbanding produk yang lain, namun kesannya yang mengagumkan membuatkan anda tidak akan menyesal mencubanya.

23. Pencuci Muka Terbaik : Biore Blemish Fighting Ice Cleanser

Biore Blemish Fighting Ice Cleanser sama seperti pencuci muka Neutrogena iaitu sesuai untuk kulit berjerawat. Pencuci muka ini memfokuskan untuk mengurangkan kemerahan yang disebabkan jerawat atau iritasi. Ia juga berfungsi untuk membersihkan kekotoran dan lebihan minyak di wajah sehingga 99% tanpa membuatkannya menjadi kering. Ia berkemampuan untuk membersihkan pori-pori secara mendalam untuk membuang segala kekotoran di wajah anda.

24. Pencuci Muka Terbaik : Nivea Acne Control Brightening Facial Foam

Nivea Acne Control Brightening Facial Foam ini membantu mengurangkan jerawat pada kulit wajah dengan kandungan manovate 10 kali ganda untuk mencegah keradangan dan iritasi pada kulit. Manfaat dan kelebihan lain untuk produk Nivea ini adalah :

  • Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah.
  • Membantu mengecilkan pori-pori besar pada wajah.
  • Fungsinya yang melembapkan kulit tidak akan membuat kulit menjadi kering.

25. Pencuci Muka Terbaik : Garnier Pure Active Fruit Energy

Garnier kini sudah terkenal dalam memberikan rawatan yang terbaik untuk kulit bermasalah seperti jerawat. Produk ini daripada bahan-bahan semulajadi seperti citrus dan buah delima yang membuatkan baunya wangi.

Garnier Pure Active Fruit Energy ini mengandungi anti-bakteria, mampu mencerahkan kulit dan mengurangkan minyak yang berlebihan. Ia didatangkan dalam 100 ml yang boleh didapatkan dengan harga yang murah sahaja.

26. Pencuci Muka Terbaik : Biore Acne Care

Biore daripada keluaran PT Kao ini sudah lama dikeluarkan sejak dari tahun 1969 dan cukup terkenal dengan produk-produknya untuk merawat kulit berjerawat. Ia mempunyai anti-bakteria, dapat membersihkan lebihan minyak tanpa mengeringkan wajah dan seterusnya menjaga kelembapan kulit.

Di dalamnya juga turut terkandung triclosan agar wajah bebas dari bakteria yang menyebabkan jerawat.

27. Pencuci Muka Terbaik : Wardah Acne Series

Wardah adalah produk dari negara jiran kita iaitu Indonesia yang merupakan produk kosmetik dan kecantikan yang halal dari Indonesia. Produk Acne Series ini mengandungi Wardah Acne Gentle Scrub dan Wardah Acne Cleansing Gel  yang akan membantu menangani jerawat degil.

Wardah Acne Cleansing Gel digunakan 2 kali sehari untuk kulit wajah yang bebas minyak dan jerawat. Warda Acne Gentle Scrub pula boleh digunakan sekali setiap 2 hari dengan mengurutnya secara perlahan-lahan untuk menghilangkan jerawat.

28.Pencuci Muka Terbaik : Pond’s Acne Clear White Facial Foam + Scrub

Dengan harga yang murah dan senang diperolehi di mana kedai-kedai mini, anda boleh mencuci muka dengan produk ini dengan 10 manfaat yang terdapat di dalamnya. Ia akan melawan bakteria yang menyebabkan jerawat, mengurangkan jerawat dan mencerahkan kulit denan formulasi aktif di dalamnya.

29. Pencuci Muka Terbaik : Pure Active 12 in 1 Acne Care Whitening Cream

Seperti nama yang tertera pada produk ini, ia memang diciptakan untuk mengatasi masalah jerawat. Terdapat 12 masalah kulit yang boleh diatasi dengan pencuci muka iaitu minyak yang berlebihan, kulit gelap, jerawat, parut jerawat, warna kulit yang tidak sekata, kulit kusam, bintik hitam, pori besar, komedo, pori tersumbat, terdedah kepada UV ray dan kulit tidak licin.

Kandungan yang terdapat di dalam produk ini adalah :

  • Perlite berfungsi untuk menyerap penghasilan minyak yang berlebihan pada wajah
  • UVA/UVB yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari
  • Salicylic acid untuk mengatasi jerawat pada kulit wajah

30. Pencuci Muka Terbaik : Garnier Light Complete White Speed Facial Scrub

Produk Garnier ini berfungsi untuk mengatasi jerawat dan bekas jerawat. Ia sangat disyorkan untuk kulit berminyak kerana di dalamnya terkandung ekstrak lemon tulen dan juga spf yang akan menjaga kulit daripada rosak terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan. Ia juga mampu mencerahkan kulit dan telah terbukti dalam masa seminggu kulit akan lebih cerah, licin dan jerawat akan beransur pulih.

Sekarang anda boleh pilih dan tentukan pencuci muka terbaik yang ingin digunakan untuk merawat kulit wajah anda dan boleh digunakan hari-hari. Diharapkan entri ini sedikit sebanyak berguna buat anda semua.