1.6 Juta Kakitangan Awam, 10 Ribu Pekerja Kontrak Kerajaan Tidak Diberhentikan. Malah Naik Gaji Lagi!

1.6 Juta Kakitangan Awam, 10 Ribu Pekerja Kontrak Kerajaan Tidak Diberhentikan. Malah Naik Gaji Lagi!

pekerja kontrak kerajaan

Terima kasih kepada bantuan daripada rakyat termasuk ibu bapa, golongan pencen, kanak-kanak, pelajar, mahasiswa, kakitangan awam, pekerja swasta yang membayar cukai 6 peratus setiap kali anda semua membelanja.

Jikalau tidak, jikalau tidak sudah pastinya kalangan penjawat awam masih ada kerja, kakitangan awam yang berstatus kontrak tidak terkesan dengan gelombang ekonomi Malaysia hari ini.

Secara statistik, Malaysia hari ini ada sejumlah 1.6 juta kakitangan awam dan 10,000 pekerja kontrak kerajaan. Terbaru, Najib Razak mengatakan :

  • “GST bukan untuk menyusahkan rakyat, GST adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia.
  • “Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.
  • “Tidak ada seorang pun kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak (pekerja kontrak kerajaan),” katanya

Sebelum ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah nafikan laporan berita dan desas-desus kononnya elaun penjawat awam bakal dipotong, pekerja kontrak kerajaan diberhentikan, kena potong gaji dan juga kenaikan pangkat kakitangan awam dimansuhkan. Macam-macam.

Terkini, Perdana Menteri telah menjelaskan dalam pengumumannya di dalam siri pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia dengan mengatakan :

Pengumuman Pengubahsuain Bajet 2016 : Pekerja Kontrak Kerajaan?

  1. Kakitangan tetap kerajaan tidak terkesan dengen ketidaktentuan ekonomi Malaysia hari ini
  2. Pekerja kontrak kerajaan tidak akan berhadapan dengan kemungkinan diberhentikan atau tidak disambung kontraknya
  3. Ketiga, kenaikan gaji tahunan KGT bagi bulan Julai 2016 sepertimana diumumkan dalam Bajet 2016 akan kekal seperti biasa. Itu jaminan Najib Razak

Alhamdulillah.

P/S : Adakah dengan umumkan naik kadar peratus GST akan ada lebih banyak peluang pekerjaan dalam kumpulan kakitangan kerajaan di masa akan datang?

PP/S : Jangan salahkan peniaga naikkan harga barang. Anda buat satu dasar untuk perkenalkan cukai GST 6 peratus, anda mesti bertanggungjawab untuk menguruskannya, mengawalnya, dan menguatkuasakannya. Jikalau anda tiada keupayaan mengawalnya, usah menyalahkan orang lain atas kekhilafan sendiri.

PPP/S : Pada masa negara kita dilimpahi kemakmuran eknomi, kita kurang berjimat, boros. Pada masa kita berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi semasa. Kemudian sekarang, kita perlu berterima kasih kepada pelaksanaan GST 6 peratus? Patutkah?

PPPP/S : Kenyataan pelaksanaan 6 peratus bagi cukai GST telah menyelamatkan jawatan kakitangan awam tetap dan penjawat kontrak kerajaan, tidak patut dikeluarkan daripada mulut seorang yang bergelar Perdana Menteri. Memalukan…

PPPP/S : Tahun 90 dahulu harga minyak dunia sekitar 30 dolar juga, kerajaan Malaysia masih mampu bayar gaji tanpa sebarang rungutan? Siap ada subsidi pelbagai lagi, GST pun tiada. Ermmmm….

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Bajet 2015 : Kenaikan Gaji Naik Tidak Cukup! Naik Elaun Kami & Bantu Nasib ... Bajet 2015 : Kenaikan Gaji Naik Tidak Cukup! Naik Elaun Kami dan Bantu Nasib 630,000 Kakitangan Awam di Malaysia Termasuk Guru, Jururawat, Polis & Tentera! Cuepacs Malaysia yang mewakili 1.5 juta...
92 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 AZMAN NURHAN 12:01 pm

    BERITA SEMASA 30 us DOLAR DULU TAK SAMA DGN SEKARANG NI BONGOK

  • 2 jacki 12:02 pm

    First

  • 3 Najib 12:06 pm

    Kpd 1.6juta penjawat awam, jgn lupa undi BN pru akan dtg. Masa utk balas budi.

  • 4 Anonymous 12:43 pm

    Kamu dpt 2 kenaikan.
    PM dpt 2.6 bil pulang 2.03 bil.
    RM 570 juta mssyukk.

  • 5 o 0 1:00 pm

    ha2 itulah aku dah kata pak najib kita tu baik… wpun dia x buat apa pun, cuma dia x buang pekerja saja

  • 6 0 - 0 1:05 pm

    sekarang ni kita ada 1.6 juta Penjawat Awam & 10,000 pekerja kontrak… kalau najib tambah peluang kerja baru, itu kita kata baik… sebenarnya dgn kutipan GST yg melimpah2 patut lbih banyak peluang pekerjaan baru dibuka

  • 7 Anonymous 1:08 pm

    Dulu ada juga PA yg desak najib letak jawatan, sekarang tiba masa dia pula ugut suroh korang letak jawatan… ha2 baru padan muka nkorang

  • 8 Anonymous 1:10 pm

    Tak ada sapa suka dibuang kerja, dan x ada sapa nak biar hidupnya dianiaya… semuanya akan ditunjukkan dlm PRU 14 nanti

  • 9 Anonymous 1:12 pm

    Tak kan pm berani tarik balik janji kenaikan gaji 2 takah bulan Julai nanti, dah la bonus 2015 kjaan dah ngap tinggal 500 jer

  • 10 Anonymous 1:19 pm

    kerajaan sebelum ni x penah dapat “emas timbul” (GST) sebegitu rupa tapi masih boleh run ini country dgn baik, sekarang dah ada GST naper nak buang pekerja… ketidakcekapan kerajaan mengurus x boleh dibebankan kpda Penjawat Awam & rakyat

  • 11 Anonymous 1:25 pm

    Rata2 rakyat dah cerdik, jgn main ugut2… tunjukkan prestasi kerajaan yg lebih baik, pasti rakyat sokong… atau rakyat dah naik muak, meluat & menyampah ..pastinya PRU 14 akan tukar dgn kerajaan baru

  • 12 Anonymous 1:26 pm

    kalau mb kedah sekarang disingkirkan tentu Tun tambah demam

  • 13 Anonymous 1:30 pm

    sepatutnya Tun lebih berjaya dlm perjuangannya, sebagai bekas pm dia lebih tahu kat mana bukit, pongsu, pagar karan, telaga buruk & perigi buta…. ha2

  • 14 Anonymous 1:31 pm

    Ini bukti hanya kuasa dan wang ringgit disanjung orang… bila dah x ada semua tu, kita jadi sampah

  • 15 Anonymous 1:34 pm

    Ini mungkin satu pembalasan kpda Tun, ingat tak lagi kpda ds Anuar kt dlm penjara… nasib Tun lebih baik

  • 16 Anonymous 1:36 pm

    Dekat PRU 14 kalau ds najib bebaskan ds Anuar, peluang BN menang akan meningkat lagi 10%… ha2

  • 17 Anonymous 1:39 pm

    kenaikan gaji PA 2 takah bulan Julai nanti, akan lebih mengukuhkan kedudukan ds najib sebagai pm Malaysia

  • 18 jacki 1:46 pm

    Negara tak gawat hanya rakyat yg gawat,sebab rakyat bayar lebih utk cukai berlipat ganda iaitu gst telah membantu kerajaan menambah pendapatan sbyk 51 billion dgn ini kerajaan punyai wang utk menghalang kegawatan ekonomi malah menampung kekurangan pendapatan dari cukai minyak.

  • 19 jacki 1:58 pm

    Kerajaan tidak akan tindas pa malah dijaga dgn baik utk hadapi pru 14 agar terus berkuasa dan rakyat akan didoidoi dgn brim beras agar bersimpati terima kasih bantuan kerajaan agar terus diundi sebagai kerajaan paling lama berpenggalaman mampu terus memajukan negara ini walaupun rakyat hidup susah.

  • 20 jacki 2:07 pm

    Rakyat tak miskin masih hidup selesa asal tak melarat kerajaan akan bantu beri beras 20kg cukup mkn sebulan.asal negara selamat dari crisis ekonomi gawat, rakyat susah sikit bayar lebih tak apa sama2 bantu negara terus maju.

  • 21 jacki 2:13 pm

    Gst byk membantu terima kasih rakyat malaysia membantu selesaikan masalah kewangan kerajaan yg dicipta kekurangan wang oleh mrk yg bijaksana dan rakyat bantu selesaikannya. Lepas ni atau masa depan kerajaan punyai masalah lg harap rakyat terus membantu biar hidup susah asal negara maju kerajaan selamat.

  • 22 Looi 2:18 pm

    Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada rakyat miskin kerana mampu membayar GST. Kerana anda semua, kami kakitangan awam dapat hidup dengan lebih selesa.

  • 23 11kV Switchgear 2:22 pm

    terima kasih juga golongan oku, warga emas dn anak2 yatim kerana hari2 byr gst demi kelangsungan hidup pegawai kerajaan

  • 24 Anonymous 2:29 pm

    pehh..ayat mkn dalam..

  • 25 Anonymous 3:05 pm

    Orang miskin bayar cukai. Cam tak betul je.

  • 26 armin 3:52 pm

    hehhh hehhh aku tengok nilai ringgit malaysia kita dah naik banyak, aku pun banyak hairan la, tanya itu mamak money changer apasal duit us dollar jatuh sebab selalu duit us lagi tinggi, perrgh kena ayat makan dalam, “baguslah ekonomi malaysia sudah pulih ringgit naik semula, susah mau berniaga, pergi luar negara, ringgit tak diterima,bersyukurlah”. Lepas tu aku tengok ada mamat cina ni pergi tukar beli duit usd dalam jumlah banyak. Aku tanya mau beli melancong ke, dia kata saja2. Hehehehhe betul la kata2 komen aku pernah dengar di beberapa blog yang cina2 di malaysia cuba nak jatuhkan nilai ringgit malaysia. Mereka mengaku patriotik, tapi tangan dan perlakuan mereka melakukan sebaliknya. Penipu betul!

  • 27 mat 3:56 pm

    dah tu takkan orang miskin makan pasir kot..diorang nye keperluan pun macam manusia lain gak dalam malaysia ni..dah sah2 diorang kene gak tempias gst walaupun tak banyak..

  • 28 armin 3:58 pm

    Looi, kau ingat kau saja ke bayar duit gst, cukai? Penjawat awam pun bayar banyak cukai lebih dari kau bayar. Entah2 kau ni penipu pengelat yang suka elak dari bayar cukai. Ada seorang minah ni kerja cikgu padahal ada master akaun, bila aku tanya kenapa berhenti dari jadi akauntan syarikat besar gaji mahal??? dia kata sebab dia tak nak makan gaji haram besarkan anak2 dia, sebab syarikat2 besar tu semua milik cina, gaji memang best tip top dan mahal tapi tak halal sebab dia disuruh menipu akaun syarikat untuk elak bayar cukai. Dah banyak kali aku dengar pasal kes2 macam ni, baguslah minah ni ada kesedaran tak diperdaya dengan nilai wang besar tapi hasil haram . Kemudian aku tengok banyak cina2 ada kedai2 tip top pergi ambil brim, haiyaaa lu orang cakap lain tapi pergi ambil juga brim, lu tipu slip gaji ke???

  • 29 armin 4:07 pm

    Kenapa nak hina penjawat awam, kita baru kena gst sikit dah melalak bising, sedangkan penjawat awam kena gst, cukai tinggi, ada melalak bising. Bukan semua penjawat awam gaji tinggi, berapa kerat je yang gaji tinggi. Tapi tu la hati melayu dan kebusukan hati kaum2 lain yang dengki sebab kebanyakan penjawat awam adalah orang melayu, Cuba kalau penjawat awam kebanyakan kaum mereka, ada tak diaorang nak melalak, kita yang melayu ni suka sangat melalak hina orang melayu kita baik dari kategori penjawat awam hingga ke perniagaan orang melayu, bangsa kita suka sangat nak hina dan jatuhkan biar semua jadi miskin. Dah la melayu ni banyak miskin, perniagaan orang melayu pun kita nak jatuhkan. Sekarang nak hina penjawat awam, kau ada ke bayar cukai dan gst sebanyak mereka bro? kau ingat syarikat2 cina2 dan india2 nak bayar sangat cukai pendapatan/harta di malaysia? Kalau tak, takde la kes cikgu ada master akaun berhenti kerja akauntan syarikat2 besar yang nak elak cukai sebab haram. Kalau kau mesti dah gelap mata, kan kan??? Jadi jangan kita hina penjawat awam kerana mereka pun manusia, mereka juga bayar hak mereka. Kadang2 mereka lebih mulia dari kita.

  • 30 Looi 5:07 pm

    Sudah terbukti GST adalah penyelamat ekonomi Malaysia. Sejak pengenalan GST pada tahun 2015, kastam telah berjaya mengutip RM51 bilion jika dibandingkan sebelum GST dilaksanakan, kastam mengutip RM37 bilion pada tahun 2014. Lebihan kutipan inilah yang akan dipulangkan kepada kakitangan awam sebagai kenaikan gaji tahunan pada Julai 2016 ini. Syukur kepada tuhan kerana rezeki yang mencurah ini. Tahun 2016 dijangka kutipan GST lagi meningkat. Sama-sama kita nantikan kenaikan gaji kakitangan awam lagi pada tahun hadapan.

  • 31 armin 5:57 pm

    Kau jangan buat2 lupa, kenaikan kos sara hidup dan harga barang kebanyakan berpunca daripada sikap2 peniaga2 cina yang tamak menaikkan harga bila gaji penjawat awam dinaikkan kerajaan. Kalau peniaga2 betul2 ikhlas mahu kesejahteraan negara dan ekonomi, kenapa tak tiru macam peniaga2 di barat yang sanggup buat amal kebajikan? Adakah kerana rakyat disini ramai melayu dan bukan semuanya cina? Aku selalu dengar keluhan orang2 melayu yang rasa teraniaya dengan kenaikan harga barang setiap kali kerajaan naikkan gaji penjawat awam? Sekarang minyak dah turun, kenapa harga barang tak turun2? Kenapa salahkan najib sahaja? Walaupun, harga minyak rendah, peniaga2 terutama peniaga cina sebab di malaysia ni kebanyakannya suka ambil kesempatan naikkan harga barang2 bilagaji penjawat awam dinaikkan, sedangkan peniaga dah untung banyak. Macam mana boleh tahu korang untung, bayangkan kos kilang satu kotak air =rm0.45, korang jual rm1.80, berapa korang untung. Mulut peniaga sentiasa kata rugi, padahal itu hanya untuk tarik simpati rakyat untuk terus salahkan kerajaan. Bila harga minyak jatuh, apa korang buat, mana janji nak turunkan harga barang? Langsung tak ada! Korang memang suka melayu miskin ,supaya boleh korang tindas dan hina kami! Tak dinafikan kerajaan najib bersalah, tapi apakah tindakan peniaga2 yang dah untung berjuta? hanya duduk senyap saja kan?

  • 32 pemerhati 6:19 pm

    dah kantoi PA adalah aset PRU nanti. najib terpaksa mengaku.

  • 33 pemerhati 6:24 pm

    sektor awam yang kononnya berpendapatan rendah. tetap menjadi pilihan rakyat. rakyat sentiasa mahukan kerja sektor awam. bila dah kerja macam macam saja yang tak kena. bila suruh berhenti takot pula dan tak sanggup kerja swasta.

  • 34 pemerhati 6:25 pm

    PA umpama hidup segan mati tak mahu.

  • 35 Anonymous 6:25 pm

    Kasi ambil. Pangkah cerita lain.
    Duit tu pun bukan duit tok nenek dia punye.

  • 36 Anonymous 6:27 pm

    Macam kat selangor.
    Kalau pa sokong umno nak ambil duit gaji ke bonus ke takde hal.

  • 37 Anonymous 6:30 pm

    guru keje paling SENANG DALAM DUNIA…

  • 38 Hero Malaya 7:19 pm

    Sebagai timbal balik kepada kenaikan gaji PA,bulan 6 nanti kerajaan umumkan “kenaikan gst kepada 8% tidak dapat dielakkan” Apamacam? “Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan” Rasionalisasi alasan basi bagai.Bagi tangan kanan ambik balik tangan kiri.

  • 39 gundut 7:31 pm

    Tahniah PA!

  • 40 bravo 10:21 pm

    PM ..DSNR bijak dapat ramalkan kejatuhan harga minyak….,,ambil tindakan pro aktif kenakan gst agar negara tak bankrup…

  • 41 Anonymous 12:36 am

    jangan banding harga minyak rendah zaman dulu dgn skang. dulu minyak murah, segala harga barang pun murah. bilangan penjawat awam tak cecah 700k pun dulu. gaji paling rendah pun rm300. sekarang? paling rendah pun dekat nak 1k, harga barang pun naik sampai 4-5x ganda.

  • 42 jacki 5:50 am

    PUTRAJAYA – 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia diingatkan bahawa mereka masih kekal dalam jawatan masing-masing kerana adanya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    “GST dilaksanakan bukan untuk menyusahkan rakyat, tetapi adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia. Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$20 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.

    “Tiada seorang pun yang kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak,” katanya ketika menghadiri Hari Kastam Sedunia yang ke 34.

    Difahamkan, kerajaan mempunyai 1.6 juga penjawat awam, manakala 10,000 kakitangan kontrak.

    “Kita masih mampu menyediakan biasiswa, memberi bantuan BR1M dan sebagainya. Keadaan ekonomi dan kewangan negara amat stabil ini adalah salah satu faktor kerajaan melaksanakan GST,” katanya.

  • 43 Anonymous 6:37 am

    Orang kasi ambil.
    Pangkah parti tu tak kan.
    Itu prinsip aku dari dulu lagi.

  • 44 jacki 7:51 am

    Teda maruah, duit ambil. Kerja malas. Cilaka PA.

  • 45 Anonymous 9:08 am

    syukur masih ada kerja..

  • 46 jacki 11:22 am

    Apa nak jadi semua peniaga disalahkan disebabkan kenaikkan harga brg!! Nilai rm jatuh 40% rm 100 bernilai rm 60 harga brg naik sebab nilai rm jatuh dan gst 6% utk cukai tambahan dgn ini nilai rm telah jatuh 46% berbanding nilai sebenar. Paling kurang harga brg naik 40% dan peniaga serap 6%.

  • 47 jacki 11:30 am

    Memang ada peniaga yg naik berlebihan sebagai contoh kedai kopi dan makanan, namun tak semua begitu malah kita boleh buat pilihan dan jgn lupa sewa tempat niaga juga naik tinggi bagi bukan peniaga memang tak faham dan kos2 tertentu.pembeli tahu harga brg tanpa mengira kos2 lainnya.

  • 48 jacki 11:42 am

    Begitu juga perkerja buruh bawahan dgn kerja yg sgt susah mengunakan byk tenaga tetapi gaji kecil jauh berbeza dgn perkerja hanya mengunakan sedikit tenaga tetapi gaji yg tinggi. Adakah adil?? Ini belaku sebab yg bijak dianggap emas yg kurang bijak dianggap tembaga sentiasa di bawah .

  • 49 jacki 12:00 pm

    Gst sememangnya membantu negara malah setiap rakyat tak dpt lari dari cukai baik kaya atau miskin, malah jauh lebih byk cukai yg dipungut oleh kerajaan.tetapi dgn gred gaji yg tidak seimbang antara rakyat bawahan dan atasan tidak membawa kebaikkan pada rakyat bawahan.

  • 50 armin 12:19 pm

    Nak marah penjawat awam tapi ada kau bising gaji menteri campur elaun dan kontrak bisnes sampai juta2?????????? Tak melalak pulak kau???! Tapi gaji penjawat awam yang baru beberapa ribu juga yang kau melalak bising, memang celaka kau orang. Anak kau orang melalak merempit atas lebuh raya kena gilis macam ayam togel kau tak bising nak ubah keadaan, gaji orang kerja kerajaan yang bayar cukai,gst juga kau bising, kau nak tengok siapa yang suka curi tulang keluar office tu yang kerja kerani, par, mereka semua kerja sedikit, bosan duduk pejabat lari keluar pejabat pergi shopping. Kau gila cikgu2 nak tinggal kelas pergi shopping tinggal anak murid bergaduh bagai sampai berdarah??????? Bukan semua perangai macam tu, jangan sebab segelintir kecil buat perangai kau hukum semua, celaka kau!

  • 51 Anonymous 12:30 pm

    JANGAN salahkan Penjawat Awam naik gaji…. ada korang peduli bila bonus tinggal 500 & tiap2 bulan kami potong zakat dan PCB.. duit tu kami tolong org miskin dan bayar BRIM untuk korang

  • 52 Anonymous 3:21 pm

    Aku sokong…..

  • 53 Anonymous 3:23 pm

    Potongan pcb aku lebih 2000 utk tahun 2015…

  • 54 Anonymous 3:55 pm

    kos belanja mengurus kerajaan meningkat disebabkan bayar gaji penjawat awam peringkat tinggi seperti gred 52 sehingga ke turus/gred khas. bilangan mereka ini ramai, tapi kerja macam takda apa, tapi gaji elaun kemain hebat. siap disediakan kereta, tuntutan perjalanan yang melimpah ruah, kemudahan itu ini dan sebagainya.

  • 55 Anonymous 9:54 pm

    GST bukan penyelamat ekonomi malaysia, tp GST dilaksanakan untuk menyelamatkan Najib yang tak pandai urus ekonomi negara. Klu najib pandai urus ekonomi, negara tak perlukan GST. Berapa billion wang negara hangus mcm tu je? Semuanya sebab kerajaan yang tak amanah. Bila hasil minyak, hasil institusi kewangan makin parah diperah najib, hingga kering, maka duit rakyat dia terpaksa perah dgn melaksanakan GST.

  • 56 Anonymous 9:59 pm

    Apa kau cakap ni mungkin sesuai untuk zaman batu dulu. Setiap jawatan ada syarat kelayakan.

  • 57 Anonymous 10:04 pm

    Betul tu, PA keje dpt naik gaji bonus pun rm500 sebab mereka bekerja. Yang dpt BR1M pun lagi bnyak dr bonus PA tak ada yg persoalkan wlupun ada segelintir yg sihat duduk goyang kaki je tunggu br1m.

  • 58 Anonymous 10:09 pm

    Tu rezeki dia. Mana kau tau dia tak buat keje sedangkn tekanan kerja mereka lagi bnyak. Takkn nak tggu mereka pikul kayu baru kau kata mereka buat keje. Kau pun blh dpt gred tu klu kau usaha. Mungkin hari ni rezeki mereka, esok lusa mungkin rezeki kau lagi bnyk. Usahalh dn jgn memburukkn org baru berkat.

  • 59 Anonymous 12:00 am

    Kakitangan awam pun bayar GST dan cukai pendapatn. Sekurang2nya gst dan cukai pendapatn penajawat awam diberi kpd penerima br1m.

  • 60 Anonymous 12:04 am

    Br1m kan ada. Kalau miskin tegar dpt bantuan beras tiap bulan. Ada yg duit banyk pun menipu nak dpt br1m. Br1m pun lg banyk dr bonus penjawat awam.

  • 61 besaki 10:01 am

    Kihkih…ramainye keyboard warrior

  • 62 Anonymous 3:20 pm

    Wang kutipan GST adalah penyelamat politik najib, tanpa GST, dah lama projek x jalan & BRIM x leh bagi… tempias duit GST hantaq pi sabah & sarawak… yg selebihnya cover 1MDB punya hutang…

  • 63 Anonymous 3:22 pm

    Mukhriz di Kedah dok gigit jari, kuku habis dah… projek x jalan, duit federal depa x pam turun…. begitulah umno sesama umno pun depa tendang tepi kalau dah x sekepala

  • 64 Anonymous 3:27 pm

    Mukhriz disukai rakyat kedah baik PAS maupun UMNO,tapi ada org yg gila nak jadi mb baru kedah wpun namanya busuk mcm taik kt kedah

  • 65 Anonymous 3:30 pm

    DS Najib boleh letak org ksayangannya ganti mukhriz yg ternyata ditolak 99% rakyat kedah kerana rekod buruk & busuknya… Tapi PRU akan datang org kedah dah bersumpah… PAKATAN memerintah kedah

  • 66 o O 3:32 pm

    aku x penah tengok rakyat kedah begitu marah, penyokong muda umno hantar mesej kat aku kata depa ni dah gila… !!

  • 67 o 0 3:34 pm

    Tak pernah aku tengok org2 muda UMNO sebulat suara tolak org yg gila kuasa nak ganti mukhriz tu…

  • 68 o 0 3:37 pm

    Org kat parlimen dia x boleh lupa tanah2 org kmpong yg dia balun….

  • 69 Anonymous 3:39 pm

    Org Kedah x marah kalau pengganti Mukhriz org baik dan berilmu, mat rempit dan kutu lepak kt kedah pun busuk2 ada spm

  • 70 mat rempit 3:41 pm

    woii apa spm ? kami diploma politikal sains pun ada

  • 71 mat rempit 2 3:42 pm

    gua diploma pendidikan la.. bakal cikgu…

  • 72 boy dadih 3:44 pm

    Gua diploma kujuteraan…

  • 73 Anonymous 3:47 pm

    Memang PA tak nampak buat kerja, tapi kami nak dapat kerja yg ada sekarang pun mcm nk mampus punya susah, kecuali yg guna kabel politik dan anak vvip

  • 74 Anonymous 3:49 pm

    Pegawai2 Kerajaan perlu org yg ada ilmu/pelajaran… letak lulusan SRP & SPM jadi bos nanti habis kepentingan Melayu & rakyat negara ni dia let go…

  • 75 Anonymous 3:54 pm

    gaya penulisan, pertuturan & idea2 mereka pun cukup semasa & insitu dan lebih bersifat “asyuk”..

  • 76 Anonymous 3:57 pm

    kebanyakan mereka yg standard srp bila dah tua pilih jdi guard, watchman, lepak kedai kopi,ulang ke mesjid… tak kan nak letak org mcm ni tadbir sebuah negeri

  • 77 Anonymous 3:57 pm

    Dah la pelajaran tak ado, back ground pun buruk …kan !

  • 78 Anonymous 4:00 pm

    Tak kan ambik budak2 SRP dgn rekod buruk nak control pegawai2 lulusan degree, master dan phd… satu pghinaan yg cukup kotor

  • 79 Red Army 9:10 pm

    Kami sokong mukhriz!!

  • 80 Anonymous 10:06 am

    BANYAK KAU PUNYA SELASA DAN AMAN , KALAU PENJAWAT AWAM GAJI TAK NAIK SEMUA HIDUP KEBANYAK PARAS HIDUNG DENGAN KOS SARA HIDUP SEKARANG NI , LAIN LA KALAU TOKEY ……TUT…ZZZ… KE ,PEKERJA SWASTA KE BONUS JE DEKAT 6 BULAN , BARU BOLEH HIDUP AMAN , YANG PENTING KENA BANYAK BERSYUKUR..

  • 81 Anonymous 5:21 pm

    betul ke ko ada diploma ni? eja kejuruteraan pun ntah apa2.

  • 82 11kV Switchgear 12:43 pm

    mukhriz for pm

  • 83 Anonymous 11:31 pm

    TPM kata jadi pemimpin politik tak perlu pelajaran tinggi, pengalaman lbh penting. Mungkin sebab sekarang pemimpin belajar tinggi2 sampai luar negara tp memimpin dan buat keputusan mcm org SRP jg.

  • 84 SambalBelacan 6:02 pm

    …ha…ha…ha…haaa…

  • 85 Anonymous 2:26 am

    Buang menteri dulu, tak guna ramai sangt menteri.

  • 86 Nurul 8:31 pm

    Cakap je pekerja kontrak x kan di tamatkn..mcm sy dh tiga tahun kontrak…tetiba tahun ni tukar lantikan jadi pekerja sambilan harian lk..gaji pun diturunkn kepada gaji hari..apa citer tu

  • 87 lisha lie 11:25 pm

    Silakan berpartisipasi dengan kami ya iBCL0TT0 (com)…. blackberry 55BC424F.. silakan bergabung ya…

  • 88 Anonymous.1 12:04 pm

    Kenapa saya punya komen itu di buang…..tak adil you…

  • 89 Anonymous.1 12:06 pm

    Dulu dato.najib kata gst laksanakan baru naik gaji..sekarang belumpun….

  • 90 Anonymous.1 12:08 pm

    Di cadabgkan ubah potongan melebehi 60% itu kepada struktur semula dan kekalkan potongan itu….

  • 91 Anonymous.1 12:10 pm

    Panjang masa bayaran tak apa yang penting anm teruskan potongan sedia ada diteruskan….

  • 92 Anonymous.1 12:13 pm

    Klu angkasa mahu berbayar struktur semula pinjaman itu….panjang masa tak apa yang penting jangan melebehi 6o % …..

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini