≡ Menu

Pekeliling Perkhidmatan : Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam


Pekeliling Perkhidmatan SSM. Kenaikan Gaji Baru SSM Kakitangan Awam. Respon Anda?

Bermula sekitar 8 malam tadi, beberapa kandungan di laman web JPA berkenaan dengan SSM telah mula kelihatan dan sekitar seawal pukul 11 malam pula, pekeliling perkhidmatan bagi gaji baru SSM telah mula dimuat naik dan kelihatan di laman JPA.

pekeliling perkhidmatan

Ya…seperti yang dijanjikan. Adakah penantikan dan kesabaran kakitangan awam sebelum ini dilihat berbaloi? Sama-sama kita perhatikan….

Pengiraan Pemindahan Gaji Baru SSM

Apa yang perlu anda lakukan ialah mengira berapa gaji baru SSM anda berdasarkan peratusan kenaikan gaji naik untuk 13 peratus yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Caranya :

  1. Pilih samada anda daripada daripada pecahan kumpulan yang berkaitan dengan anda
  2. Masukkan gaji lama anda pada 31 Disember. Dan akan tertera gaji baru SSM anda secara automatik selepas itu bermula 1 Januari
  3. Tahniah kami ucapkan

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) – SSM

  • KGT SSM baru sama macam seperti yang terkandung dalam SBPA. Tiada perubahan
  • Berkaitan dengan kenaikan gaji tahunan (KGT), anda perlu menunggu surat kelulusan pergerakan gaji terlebih dahulu. Biasanya sekitar hujung bulan 5 atau awal bulan 6.
  • Jikalau sudah dapat surat daripada jabatan, barulah boleh dapat gaji baru SSM untuk tangga gaji baru bersama-sama tunggakan kenaikan gaji tahunan (KGT)
  • Berdasarkan maklumat yang diperolehi berdasarkan lampiran gaji, kenaikan gaji tahunan melibatkan gred 41 adalah sebanyak RM225. Maknanya kalau sebelum ini sudah bertahun-tahun, anda hanya menerima kenaikan gaji tahunan RM90 sahaja, kali ini ia melompat terus kepada RM225. Itu untuk DG41, sebagai contoh daripada kami.
  • Apabila sudah menerima surat pengesahan daripada jabatan, barulah kirannya seperti ini :
  • RM225 x dengan berapa bulan yang tertunggak. Contohnya : Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Januari, tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) anda boleh dapat sekitar bulan 7.

Pengiraan Gaji SSM Baru :

Anda boleh mula mengira gaji masing-masing bersama-sama rakan-rakan pembaca Berita Semasa yang lain di sini. Mungkin anda boleh kongsikan anda daripada gred mana, dan disertakan juga contoh pengiraan di sini….

  • Dapat kenaikan gaji baru SSM itu sebanyak 13%, kemudian anda akan dapat tunggakan sebanyak tunggakan 13%
  • Gaji baru SSM = (Gaji 31 Disember x 13%) + Gaji pada 31 Disember)
  • Seperti yang kami katakan sebelum ini, pada bulan April ini tunggakan 13% (selama 3 bulan) sekali dengan gaji baru SSM) anda
  • Merujuk semula kepada kenaikan gaji tahunan (KGT), ini bermakna pada bulan Julai kelak contohnya. anda akan memperolehi => RM225 x 6 (Januari – Jun) + (RM gaji baru  SSM + RM225 KGT)

Antara Butiran Penting Pekeliling Perkhidmatan SSM Bagi Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam :

  • COLA kakitangan awam akan mula berkuatkuasa pada 1 April. Ini bermakna tiada tunggakan melibatkan COLA. Pelarasan 13 % itu mungkin datang sekali dengan penambahan COLA
  • Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus itu, hanya sekali sahaja
  • Gaji minimum – maksimum bergantung kepada peringkat semasa SSM
  • Dan apabila sampai sahaja tarikh pergerakan gaji tahunan, naik satu tangga gaji atau naik gaji sejumlah yang telah ditetapkan, sehinggalah mencapai gaji maksimum pada tangga gaji berkenaan
  • Semua berkuatkuasa 1 Januari. Cuma KGT tu akan naik mengikut bulan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) masing-masing (samada Januari, April, Ogos, Oktober)

Download Pekeliling Perkhidmatan (Gaji Baru SSM)

Untuk mendapatkan pekeliling perkhidmatan kenaikan ini, sila klik link di bawah ini dan download fail-fail yang terkandung di dalamnya :

  • PP 1/2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  • PP 2/2012: Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  • PP 3/2012: Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (elaun COLA)
Diharap juga selepas ini, skuad-skuad “pemantau harga barang” mempergiatkan operasi bagi mengelakkan manipulasi dan gelombang kenaikan harga barang dikalangan peniaga.
Supaya dilihat kenaikan gaji kakitangan awam kali ini “lebih berbaloi” dan dalam pada masa yang sama tidak memberikan kesan besar kepada kelompok bawahan daripada sektor swasta.

P/S : Sekarang ini, orang bank-orang bank mungkin sedang memerhati daripada jauh perkembangan pekeliling perkhidmatan SSM (Kenaikan gaji baru SSM Kakitangan awam). Mereka sudah lama menunggu saat ini.

PP/S : Semoga ruang yang kami khaskan ini, berikutan keluarnya pekeliling baru SSM ini, diharap di sini bakal menjadi perbincangan yang menarik dikalangan kakitangan awam di Malaysia. Apa yang boleh anda katakan selepas meneliti pekeliling perkhidmatan gaji baru SSM kali ini?