≡ Menu

Pembantu Tadbir Jadi Pegawai. Tukar Nama Jawatan dan Naik Gred. Setuju?


Pegawai pembantu tadbir. Tukar Nama Jawatan dan Naik Gred. Setuju?

Hanya di Malaysia. Amerika Syarikat rakyatnya berjumlah 250 juta penduduk.

pegawai pembantu tadbir

Tetapi penjawat awam mereka sekitar 800,000 sahaja. Malaysia? Rakyat Malaysia berjumlah 27 juta penduduk tetapi…….penjawat awam di Malaysia berjumlah sekitar 1.4 juta. Hakikatnya….

Hakikatnya, di Amerika Syarikat tiada Kemas, Jasa, Jabatan Penerangan, Kementerian Sukan, Kementerian Pelancongan, Menteri di Jabatan Perdana, orang politik yang kalah bertanding diangkat menjadi penasihat. Di Malaysia?

Di Malaysia ada cadangan terbaru daripada Cuepacs

Mypt3 fikirkan, Presiden Cuepacs mahu tampil ke hadapan bagi membincangkan secara bersama bagaimana mahu menyelesaikan dan usaha penambaikan terhadap Laporan ketua Audit Negara berkaitan kalangan penjawat awam yang terlibat.

Tetapi lain pula cadangannya….

Pegawai Pembantu Tadbir : Cadangan Terbaru Cuepacs

  1. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir
  2. Naik gred seramai 65,000 pembantu tadbir itu di seluruh Malaysia
  3. Cuepacs merasakan Pembantu Tadbir merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pembantu Tadbir tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu tetapi pegawai pembantu tadbir

Nampaknya apabila gred meningkat, skop kerja kenalah lebih besar daripada skop kerja sekarang.

Ada yang mengatakan nama biar ada gaya, macam dulu-dulu nama pegawai. Kemudian tukar pada panggilan yang lebih hebat, Penolong Pengarah yang atasnya menjadi Timbalan Pengarah. Penuh dengan sesuatu jabatan dengan pengarah sahaja.

  • Andaikata Pembantu Tadbir gerd N17/22/26 dipanggil Pegawai Pembantu Tadbir
  • Bagaimana pula dengan jawatan N27/32/36 yang sekarang di panggil Penolong Pegawai Tadbir
  • Cuepacs tidak mahu tukar penggilan jawatan mereka juga?
  • Mana mungkin gred bawah pegawai, atasnya pula adalah penolong

Beginilah, Berita Semasa ada sedikit cadangan, ada baiknya buat cara tentara bagi sektor awam.

  1. Mana-mana penjawat awam yang masuk bekerja pada umur 18 tahun contohnya hanya diberikan tempoh 10 tahun perkhidmatan.
  2. Jikalau mahu dilanjutkan tempoh perkhidmatan mestilah menghadiri kursus (diploma @ ijazah) untuk menaikkan gred masing-masing.
  3. Kemudian mana-mana pegawai yang mahu bersara awal, selepas 10 tahun baru layak menerima pencen

Bagaimana setuju? Apa pula respon balas penjawat awam mengenai cadangan terbaru Cuepacs ini?