Senarai Orang Terkaya di Malaysia. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat atau Minda Subsidi?
Berita Semasa sedikit pun tiada masalah untuk sesiapa untuk menjadi orang kaya atau orang terkaya di Malaysia.
Sesiapa pun sebenarnya mempunyai peluang dan berhak untuk menjadi orang terkaya di Malaysia jika seseorang itu rajin, tidak cepat berputus asa, komited terhadap usahanya dan paling penting menjadi kaya tanpa menindas golongan bawahan atau rakyat marhaen.
Jikalau itu berlaku, ia sangat tidak patut sekali. Kaya atas keperitan dan kesusahan orang lain.
Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia. Berapa Kekayaan Mereka?
Senarainya boleh anda semak seperti di bawah ini :
[table sort=”desc,asc”]
Bil,Senarai Nama terkaya di Malaysia,Kekayaan,Syarikat
1,Robert Kuok Hock Nien,US$11.4 bilion,Kerry Group/Kuok Group
2,Tan Sri Quek Leng Chan,US$6.8 bilion,Hong Leong Group dan Guoco Group
3,Ananda Krishnan,US$6.5 bilion,Usaha Tegas
4,Tan Sri Teh Hong Piow,US$4.75 bilion,Public Bank
5,Tan Sri Lee Shin Cheng,US$4.7 bilion,IOI Group
6,Tan Sri Lim Kok Thay,US$4.45 bilion,Genting Group
7,Tan Sri Yeoh Tiong Lay,US$2.1 bilion,YTL Group
8,Lau Cho Kun,US$2.08 bilion,Hap Seng
9,Tiong Hiew King,US$2 bilion,Rimbunan Hijau Group
10,Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,US$1.8 bilion,MMC Corporation
[/table]
Terus terang Berita Semasa sama sekali tidak cemburu sekalipun dengan mereka-mereka di atas sepertimana senarainya dikeluarkan oleh majalah Forbes.
Tiada sebab untuk kami bertindak begitu apatah lagi ada di antara yang tersenarai antara kalangan orang terkaya di Malaysia disebabkan usaha sendiri yang keras selama ini
Tetapi ada juga kalangan taikun di atas yang boleh Berita Semasa katakan ibarat jenis kapitalis bertongkat, yang acapkali disuap dan dibantu “atas nama persahabatan”. Mereka-mereka ini sebenarnya bukannnya berdiri seperti yang ada sekarang ini atas 100 peratus sendiri.
Acapkali kerajaan menyediakan “silver plate” untuk mereka menjadi lebih kaya dan bertambah kaya.
Kalangan orang terkaya di Malaysia yang sebegini yang kami perlu hormat? Kami pulangkan persoalan ini kepada anda.
Macam-macam polisi yang membantu menyenangkan perniagaan dan usaha mereka untuk menjadi lebih kaya selama ini. Sehingga ada menyebabkan rakyat Malaysia merasa tempias kesusahannya :
- Hak ekslusif perjudian
- Perolehan AP gula, kereta yang cukup ekslusif kepada mereka. Akhirnya apa jadi?
- Hak milik tanah dilanjutkan.
- Menikmati subsidi gas yang tinggi untuk penjanaan bisnes elektrik mereka (IPP)
- Dah jana elektrik, jual pula kepada TNB harga mahal. Akhirnya siapa yang terbeban? Menjadi orang terkaya di Malaysia dengan cara menindas golongan bawahan patutkah?
- Perjanjian berat sebelah
- Jaminan bailout, jaminan untung
- Kebenaran monopoli sesuatu lapangan perniagaan di Malaysia
- Tender rundingan terus (direct nego). Ada yang tiada kepakaran tetapi diberikan juga projek tersebut bernilai berbilion ringgit. Akhirnya selepas menang, bukan nya mereka yang buat sistem itupun, tetapi diberikan pula kepada syarikat lain yang berpengkalan di Britain. Indahnya kapitalis ini buat duit di Malaysia.
- Ada lagi anda mahu tambah rahsia kalangan taikun jadi orang terkaya di Malaysia?
Jikalau rakyat diberikan subsidi dianggap “jelek” oleh pemerintah, tetapi mereka ini telah diberikan pelbagai insentif dan bantuan setelah sekian lamanya. Istilah berlainan tetapi peranan dan faedahnya masih sama.
Kami sedikit pun tidak percaya kekayaan negara diagihkan untuk sebilangan kecil rakyat Malaysia yang “terdekat” dan “terpilih”. Mana satu lebih baik?
- mewujudkan lebih daripada 1000 jutawan di Malaysia?
- atau hanya berbangga dengan kewujudan segelintir Bilionaire di Malaysia?
Apatah lagi melihatkan beban hutang terkumpul mereka yang dijamin oleh kerajaan sekarang sangatlah tinggi. Berapa jumlah terkumpul hutang mereka yang diajmin kerajaan?
Mahukah kita melihat senario yang disebabkan Tan Sri Halim Saad di bawah Kumpulan Renong sekitar 14-15 tahun dahulu sehingga meninggalkan liabiliti besar kepada negara berulang lagi?
Apa pandangan balas anda pula dengan senarai orang terkaya di Malaysia 2017 kali ini?
P/S : Di bawah ini, Berita Semasa kongsikan gambar-gambar di bawah ini yang memaparkan senarai 7 orang Melayu di Malaysia yang tersenarai sebagai orang Melayu terkaya di Malaysia. Siapakah mereka? Bagaimanakah dan apa rahsia mereka boleh jadi kalangan terkaya di Malaysia sebegitu rupa? Boleh semak gambar-gambar di bawah ini……