Biodata Nedim Nazri. Harga rumah banglo Mewah RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes?
Senang atau tidak bergelar pemimpin?
Susah, kena “melabur”, kena yakinkan rakyat Malaysia, bersusah payah berkempen, mesti menjawab persoalan rakyat Malaysia lebih-lebih persoalan yang membabitkan keraguan perbelanjaan yang telus melibatkan duit rakyat Malaysia dan lain-lain.
Nah…inilah antara harga yang perlu dibayar apabila bercita-cita bergelar pemimpin.
Sekali lagi nama anak Nazri Aziz Nedim Nazri Aziz “bergema” apabila sebelum ini isu pelantikkan anaknya mendapat perhatian ramai pihak termasuklah kalangan yang terima gaji kakitangan kerajaan.
Terbaru, Nedim Nazri Aziz dikatakan berkemampuan memiliki banglo mewah bernilai RM7.218 Juta bersama-sama dengan diskaun RM500,9444.08 (-7%) atas nama bumiputera bumiputera.
Bangga? Sedikit bangga, apabila seorang anak Melayu kita berjaya memiliki sebuah banglo yang cukup mewah pada usia yang cukup muda? Tetapi……..persoalannya sekarang ini, mewahnya hidup beliau? Perniagaan apakah yang beliau jalankan? Bisnes apa yang beliau usahakan? Hanya berbekalkan status kakitangan kerajaan untuk jawatan pegawai khas Kementerian Pelancongan mampu berbelanja mewah seperti ini?
Jadi, adalah lebih baik bola persoalan isu pemilikan banglo mewah bernilai RM7.242 juta Berita Semasa dipulangkan semula kepada keluarga Nedim Nazri Aziz termasuklahlah ayahnya, Datuk Seri Nazri Aziz dikala rakyat Malaysia dan juga penjawat awam yang lain berperah keringat dan tenaga untuk memilki rumah idaman mereka berharga hanya sekitar RM200,0000-RM400,000.
Jikalau keluarga Shahrizat Jalil mampu membeli kondo mewah bernilai RM34.56 juta (KLIK SINI), Berita Semasa tidak terkejut. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan lembu peringkat kebangsaan. Tetapi…..bagaimana pula, Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri boleh memiliki banglo mewah ini? Sumber?
Semak Biodata Nedim Nazri Suami Nora Danish
Nama Penuh : Mohamed Nedim Mohamed Nazri
Tempat lahir : Perak
Tarikh Lahir : 9 Disember 1983
Umur : Akan dikemaskinikan
Nama Isteri : Nora Danish
Nama Ayah : Nazri Aziz
Nama Anak : Mohamed Nedrin
Nama bekas isteri : Nabilah Khan aka Bee Khan
Instagram : Akan dikemaskinikan
facebook : Akan dikemaskinikan
Twitter : Akan dikemaskinikan
Sekolah Rendah : Akan dikemaskinikan
Sekolah Menengah : Akan dikemaskinikan
Pengajian Tinggi : Tidak ada
Kerjaya : Merupakan Pegawai Khas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Apa pandangan anda pula?