MyASNB : Login Untuk Akses Pelaburan ASB Secara Online
Kini, tiada lagi penggunaan buku akaun untuk pertambahan perlaburan, mengeluarkan duit atau mengemaskini bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Sudah tiada lagi sebarang cetakan rekod transaksi dan rekod baki terkini dalam buku akaun yang sebelum ini boleh disemak.
Tapi usah khuatir dan bimbang, semakan ASB masih boleh dilakukan di kaunter dan juga secara online di Portal MyASNB dengan cara login asb online banking atau semak baki asnb online
Selain itu kesemua unit amanah seperti ASB, ASB2, ASW 2020, ASM, AS1M, ASD, ASG, ASN, ASN2 dan ASN3 juga boleh diakses melalui sistem yang dibangunkan oleh PNB melalui portal MYASNB.
Mari Register dan Daftar Akaun di Portal MyASNB
Terlebih dahulu anda hendaklah register dan daftar diri sebagai pengguna MyASNB melalui laman web www.myasnb.com.my untuk mengakses perkhidmatan online atas talian yang disediakan oleh portal ini.
Mari register dan daftar sekarang.
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Akses Portal MyASNB Online,myasnb
[/table]
Langkah dan Cara Daftar dan Login Portal MyASNB
Sila ikuti cara-cara di bawah untuk mendaftar akaun:
- Mana-mana cawangan boleh dilawati atau ejen ASNB untuk proses mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit dan untuk mendapatkan nombor 12 digit ahli yang baharu. Semasa mendaftar, nombor telefon bimbit diperlukan bagi menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC).
- Kemudian, pergi ke www.myasnb.com.my
- Sila skrol ke bawah dan butang “DAFTAR DI SINI” hendaklah diklik.
- Untuk mendaftar, ikut cara-cara seperti diarahkan. Kata laluan sementara akan diberikan setelah selesai pendaftaran.
- Dengan menggunakan ID pengguna yang sudah didaftarkan bersama kata laluan sementara, sila lakukan log masuk untuk kali pertama. Seterusnya, tukar kata laluan kepada yang baharu.
- Untuk mula mengakses perkhidmatan yang ditawarkan, boleh login masuk dengan menggunakan kata laluan yang baharu.
Senarai Perkhidmatan Online Yang Ditawarkan
Berikut di bawah adalah antara servis dan perkhidmatan yang boleh didapati di portal ini:
- Kedudukan Pegangan Portfolio – Untuk pelaburan tunai setiap produk amanah ASNB anda, baki unit akan dipaparkan. Semakan pada penyata akaun boleh dimuat turun (lihat langkah 5) bagi status pegangan pelaburan melalui sijil dan pelaburan melalui KWSP.
- Rekod Transaksi – Butiran urusniaga unit amanah ASNB yang dilaksanakan sepanjang 90 hari yang lalu secara atas talian akan dipaparkan.
- Pelaburan Tambahan – Pelaburan tambahan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB boleh dilakukan secara atas talian.
- Muat turun penyata akaun (account statements) – Penyata urusniaga terperinci, penyata pegangan (pegangan dalam bentuk sijil dan pelaburan dari KWSP juga termasuk), penyata tahunan untuk setiap jenis unit amanah dan EPF Quarterly Statement
- Maklumat peribadi dikemaskinikan.
Semoga dengan perkongsian berkenaan cara menyemak transaksi dan baki akaun bagi produk-produk ASNB akan bermanfaat anda semua.