≡ Menu

Restoran Menu Rakyat 1Malaysia. Pengalaman Anda?

Restoran Menu Rakyat 1Malaysia. Pengalaman Anda?

Berita Semasa merasakan cadangan Restoran Menu Rakyat 1Malaysia agak baik.

menu rakyat 1malaysia

Walaubagaimanapun, kecoh sekarang ramai  mempertikaikan harga yang dibayar oleh Datuk Seri Najib ketika berkunjung dan makan di Kedai Menu Rakyat 1Malaysia baru-baru ini.

Bagi Berita Semasa, ia tak sepatutnya menjadi satu isu besar pun dan mengapa mesti dilihat lauk yang Datuk Seri Najib Razak ambil itu :

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Tun Razak memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti.

Perdana Menteri menyatakan sedemikian selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku di sini hari ini.

Dah nama pun Perdana Menteri :

  • Memang dah terang-terang memang harga lauk yang diambil itu bukan harga pakej Menu Rakyat 1Malaysia
  • Dek kerana lawatannya itu ke kedai Menu Rakyat 1Malaysia mendapat liputan media, Perdana Menteri buat-buatlah bayar atau sebagai simbolik sahaja. Sebenarnya beliau kalau nak dapat free, senang-senang sahaja.
  • Disebabkan kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri, ada kemungkinan harga yang dikenakan “agak berpatutan”

Itu sahaja. Yang jadi masalahnya terdapat akhbar yang “spin” cerita asal. Wartawan pun kalau nak bodek pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, berpada-padalah sehingga tajuk dan liputan yang diberikan boleh menyebabkan sesetengah rakyat Malaysia terkeliru :

  • Suratkhabar kata RM3,
  • Tapi Presiden Koperasi Ukhwah Datuk Rahim Baba kata RM4

Perbandingan Harga Menu rakyat 1Malaysia? Berbaloi?

Walaubagaimanapun, bagi kami harga RM6 masih lagi boleh dipertimbangkan sebagai murah dengan hidangan yang sebegitu rupa. Buang masa sahaja kita kesan jenis pembohongan yang seperti ini. Jikalau terdapat rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang diperbincangan ada juga faedahnya.

“Kalau nak jimat, ambil menu yang jimat. Kalau ambil menu yang “berlebihan”, dapatlah harga lebih”

Bagi Berita Semasa konsep Kedai Menu Rakyat 1Malaysia lebih kepada membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk menikmati hidangan pada harga yang berpatutan. Ini bukanlah bermaknan, anda nak ambil pelbagai menu tetapi masih mahu dianggap menu rakyat lagi. Tak padanlah kan?

Mungkin kami rasakan formula RM4 yang dikenakan oleh kedai Menu Rakyat 1Malaysia adalah seperti di bawah, mungkin anda juga boleh memahaminya :

if (nasi+sayur+(ayam||daging||ikan)){
return “RM4”;}
else{
return RM4++;}

Di sini ada senarai restoran/kedai Menu Rakyat 1 Malaysia :

  • Kedah
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Perlis
  • Pahang
  • Selangor
  • Putrajaya
  • Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Terengganu
  • Kelantan
  • Sabah
  • Labuan
  • Sarawak
P/S : Jadinya di sini, kami lebih suka untuk bertanya kepada mana-mana yang ada pengalaman datang ke Kedai Menu Rakyat 1Malaysia ini, bagaimana pendapat anda daripada menu dan harga yang dikenakan?